Saturday 15 July 2017

Pembantu Khas ADUN DAP Ramas Dada, Kemaluan


GEORGE TOWN – Padah meramas dada dan kemaluan wanita muda, seorang pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Paya Terubong berjaya direman dua hari bagi membantu siasatan kes cabul.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang merupakan seorang pelayan di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini turut ditawarkan sejumlah wang setelah habis memuaskan nafsunya di kawasan parkir kereta di Lebuh Pantai.

Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun itu dibawa ke sebuah mahkamah pada pukul 10.45 pagi Jumaat. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Majistret George Town, Ahmad Tajuddin.

Semalam, suspek itu berjaya ditahan selepas hadir bersama-sama tiga peguamnya untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes serangan seksual tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani di sini.



Dalam kejadian pada Khamis lalu, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk akibat arak telah membawa mangsa yang merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan berusia 21 tahun ke kawasan letak kereta.

Suspek kemudian dilaporkan memeluk erat tubuh si mangsa termasuk memegang bahagian dada dan kemaluan wanita berkenaan sebelum berjaya mencium serta memaksa gadis tersebut untuk melakukan pula seks oral.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar turut mengesahkan berita penahanan reman lelaki terbabit dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.

Ia bakal memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan di mahkamah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments