Monday 24 July 2017

Lelaki Mengaku Salah Liwat Anak Tiri 7 & 11 Tahun


MERSING – Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan liwat dan seks luar tabii ke atas dua anak tiri lelakinya berusia 11 dan tujuh tahun.

Lapor Harian Metro, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Bagi empat tuduhan pertama, dia didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun di sebuah rumah di tepi kolam udang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam, antara 17 April hingga 12 Julai lalu.

Lelaki itu turut menghadapi tuduhan melakukan persetubuhan tanpa kerelaan dengan mangsa di dalam kereta di kawasan pantai Mersing antara 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.

Manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia tujuh tahun dengan cuba memasukkan jari ke dalam dubur mangsa di sebuah kilang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selepas menerima pengakuan tertuduh, Mohammad menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan tidak membenarkan ikat jamin.

Difahamkan, tertuduh masih tinggal bersama isteri berusia 26 tahun dan tiga anak tiri lelaki berusia 11, tujuh dan empat tahun di Mersing.

Dia ditahan pada 21 Julai lalu di rumahnya selepas polis menerima aduan daripada pihak kebajian melalui talian Nur.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments