Saturday 29 July 2017

Buruh Curi Sedozen Pakaian Dalam 2 Gadis Dicekup


BARU-BARU ini seorang lelaki telah ditahan bersama beg yang mengandungi pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita di Taman Desa Putra Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh itu telah ditahan oleh pihak berkuasa pada tengah hari 12.10 tengah hari Rabu selepas berada dalam keadaan yang agak mencurigakan.

Memetik sumber, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun itu kemudian telah menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.

Terdahulu, suspek yang pernah ditangkap berikutan kes pecah rumah ini kemudian mengaku mencuri pakaian dalam wanita di kawasan perumahan berkenaan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengatakan suspek telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.


Gambar suspek yang ditahan bersama beg penuh dengan pakaian dalam itu telah tular di laman media sebelum ini mengingatkan agar para suri rumah di kawasan kejadian lebih berhati-hati berikutan kes seperti ini.

Suspek yang dikenali sebagai Shum Kok Fai ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan curi 15 helai pakaian dalam milik dua wanita.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mencuri 14 helai pakaian dalam wanita milik mangsa berusia 19 tahun di belakang rumah sewa di Taman Desa Putra kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kok Fai yang berbadan kurus dan memakai baju lokap berwarna ungu itu turut didakwa mencuri sehelai lagi pakaian dalam milik mangsa berusia 18 tahun di alamat, waktu dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan Kok Fai diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudian menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes

Hmm…Curi pakaian dalam pun ada? Nak buat apa pakaian dalam itu. Jual balik ke?– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments