Saturday 22 July 2017

Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mi Goreng Pelajar


ALAHAI… Nak bergurau pun ada hadnya ya wahai pembaca sekalian. Jangan ingat semua benda boleh dibawa bergurau.

Apabila sudah jadi kes, baru nak kelam kabut menyesal dan minta maaf? Terlajak perahu boleh berundur, terlajak perbuatan tak boleh nak reverse balik dah dik…

Inilah yang berlaku dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Sarawak melibatkan dua orang pelajar tingkatan satu.

Akibat terlampau suka berjenaka, seorang pelajar telah ditahan kerana ‘bergurau’ kasar apabila meletakkan racun lipas ke dalam mi goreng milik rakannya sendiri.

Mangsa langsung tidak tahu bahawa di dalam hidangannya sudah diletakkan racun serangga tersebut sebelum dia dikatakan mual dan muntah setelah beberapa minit menjamah mi tersebut.

Kawan tu dah muntah, baru awak nak takut ya dik. Sebelum buat tak fikir pun akibatnya? Bila dah jadi baru nak takut lepas tu nak salahkan kawan-kawan yang lain pulak.

“Melihat mangsa yang lemah menyebabkan pihak sekolah bergegas hantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar.

Bapa si mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sri Aman pukul 2.30 tengah hari semalam. Si anak telah dirawat di hospital manakala suspek utama telah dibebaskan dengan jaminan setelah disoal siasat oleh pihak polis.

Jika disabitkan kesalahan, pelajar ini boleh disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan racun serta boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Moral ceritanya, berhati-hati ya kalau nak bergurau tu… Jangan sampai membahayakan keselamatan orang lain. Takut nanti awak sendiri yang kena tanggung akibatnya. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments