Tuesday 25 July 2017

Opss… Jantina Nur Sajat Kini Disiasat Netizen!


NUR Sajat mula menempa nama berikutan suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengambil keputusan untuk memakai tudung.

Selain itu, jutawan kosmetik ini juga pernah tampil dengan kenyataan yang mengejutkan netizen apabila mendedahkan bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.

Bukan itu sahaja, malah Sajat turut mengeluarkan satu posting yang kurang sopan untuk dikongsi umum di mana mengatakan dia datang bulan dan pada masa itu mengeluh kerana tidak mempunyai tuala wanita.


Apa yang lagi menggemparkan, dia pernah diiktiraf dengan penganugerahan Selempang Tokoh Srikandi Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Wow! Setelah berjaya menggemparkan tanah air dengan segala statement kekeliruan identiti dan penafian demi penafian yang dibuat kini, tersebar pula data pengenalan sebenar siapakah Nur Sajat!

Beberapa keping gambar identiti Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah dimuat naik oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah beberapa perkongsian identiti Sajat:


Memetik satu sumber, salah seorang rakan Sajat juga telah mengeluarkan satu pengakuan bahawa jutawan kosmetik itu sebenarnya adalah lelaki tulen.

Lelaki tersebut mendakwa, dirinya pernah melihat sendiri alat sulit Sajat yang merupakan milik ‘lelaki’ serta tiada kena mengena dengan khunsa. Selain itu, lelaki itu turut bersumpah, kenyataan yang diberikan adalah benar.

Berikut adalah perkongsian lelaki tersebut:


Susulan itu, begitu banyak reaksi dan pandangan diberikan oleh pengguna media sosial terhadap Sajat. Ramai yang mendoakan dan meminta agar jutawan kosmetik ini kembali ke pangkal jalan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments