Thursday 30 November 2017

'Dia mengekori dan berkata sesuatu mengenai dada saya'


Kecoh di Twitter seorang wanita mendakwa dia diganggu oleh lelaki yang cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya. 

Dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta berdekatan Wisma Mont Kiara, Aida ketika itu dalam perjalanan menuju ke keretanya seorang diri sebelum dihampiri lelaki yang tidak dikenali itu.

Bunuh isteri kerana cemburu dan tanam di halaman rumah


Kematian seorang lelaki yang membunuh diri dengan meneguk racun rumput, membawa kepada penemuan mayat isterinya yang ditanam di halaman depan rumah, lapor Metro 24.

Polis dan penduduk menemui mayat mangsa yang dikenali sebagai Armida, 25, pada jam 3.30 pagi Isnin lalu dalam keadaan lehernya dikelar.

Polis percaya mangsa telah dibunuh oleh suaminya, Samsibar, 33, selepas pasangan itu bertengkar.

Ibu terkejut group WhatsApp sekolah anak sembang lucah


Alangkah terkejutnya seorang ibu apabila mendapati group WhatsApp yang disertai anak berusia 12 tahun, banyak berbual tentang perkara-perkara lucah tanpa segan silu. Sedangkan di usia 12 tahun, mereka sepatutnya fokus pada pelajaran, namun perkara yang sebaliknya berlaku. 

Lebih parah lagi apabila group WhatsApp yang juga disertai oleh pelajar perempuan turut mengedik melayan mesej-mesej lucah dari rakan lelaki. Allahu. 

BAGI handphone pada anak-anak tetapi tak pantau kegiatan anak. Hari ini bertapa malunya saya sebab terjadi di depan mata.

Video Single Dapat 60k ‘Unlikes’, Ini Sebabnya..


JUTAWAN kosmetik dan personaliti popular Dato’ Seri Aliff Syukri berasa pelik apabila lagu single duetnya bersama-sama Nur Sajat menerima lebih banyak ‘unlike’ daripada ‘likes’ di YouTube.

Video lirik lagu Abang Nak Tegur sentuhan Edry KRU itu setakat ini ditonton sebanyak 645,772 kali.

Yang kelakarnya, video itu menerima 60,000 tanda tidak suka (unlike), berbanding hanya 7000 sahaja ‘likes’!

Bini Dibelasah Suami Setiap Kali Dapat Like Dalam FB


INI memang suami durjana. Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap kali wanita itu mendapat `like’ dalam Facebook. Pedro sangat cemburu hingga sanggup memukul dan membelasah isterinya Adolfina Camelli Ortigoza.

Perbuatan Pedro itu telah mengakibatkan Adolfina terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula wajahnya.

Wanita itu juga dikurung dalam rumah tanpa kerelaannya di Uruguay serta sering dipukul oleh suaminya.

Bapa Kapak Kemaluan Anak Mahu Halau Roh Jahat


DUNIA sekarang dipenuhi ramai orang gila. Salah seorang adalah lelaki ini yang sanggup memotong kemaluan anak lelakinya dengan kapak hanya kerana mahu menghalau roh jahat.

Ram Gopal Patel, 39, kemudiannya membiarkan Rupesh yang berusia 13 tahun itu berlumuran darah hingga meninggal dunia di rumahnya di Baloda Bazaar, India.

Wednesday 29 November 2017

Netizen Tegur Adik Neelofa ‘Payung’ Bra Hitam


TAK tahulah apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, agaknya kalau kekal adat ketimuran akan dipandang kuno, ya?

Adik kepada personaliti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan sememangnya terkenal dengan sikapnya yang outspoken atau lantang bersuara (adakalanya tak bertempat) dan gemar bergaya sedikit seksi.

Sanggup Langgar Undang-Undang Kerana Cinta


MENJADI perkara biasa bagi orang dewasa untuk mendirikan rumah tangga apabila sampai ‘serunya’ untuk sehidup semati dengan pasangan.

Namun, ianya agak janggal apabila kanak-kanak yang melangsungkan pernikahan, bukan?

Begitulah yang terjadi baru-baru ini di Sulawesi Barat, Indonesia.

Tular di media-media sosial mengenai pasangan pelajar sekolah telah berkahwin kerana saling mencintai antara satu sama lain.

Sekali Kena ‘Game’ Dengan Tok Bomoh Daa…


ILMU yang diamalkan dengan bantuan jin atau makhluk halus selalunya dikaitkan dengan ilmu hitam dan sihir.

Mungkin ramai yang merasakan bahawa ilmu-ilmu sebegini sudah tidak relevan lagi dalam dunia hari ini.

Namun, sangkaan itu meleset sama sekali kerana ternyata masih terdapat segelintir manusia yang percaya dengan ajaran mengarut seperti itu.

Video: Warga Emas Cedera Dibelasah Perompak


SEORANG warga emas cedera teruk selepas bergelut dengan dua lelaki yang menyamunnya dalam kejadian awal pagi Isnin, di Taman Tambun Indah, Pulau Pinang.

Lapor Oriental Daily, sebelum kejadian mangsa yang hanya dikenali sebagai Chen, 78, bersama dua lagi rakannya Cen, 70 dan Liu, 66, keluar berjoging di persiaran kawasan perumahan kira-kira jam 6 pagi.

Lelaki Bergambar Dengan Bom Tangan Akhirnya Maut


NAYA…seorang lelaki meninggal dunia selepas bergambar dengan sebutir bom tangan yang telah dibuka pinnya di dalam sebuah kereta.

Alexander ‘Sasha’ Chechik dari Rusia bagaimanapun sempat menghantar gambar dia memegang bom tangan itu sebelum ia meletup dan membunuhnya.

Kanak-Kanak Diajar Merokok, Kejutkan Ramai


RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan empat tahun ke bawah yang menghisap rokok seperti orang dewasa selepas diajar oleh anggota keluarganya, telah mengejutkan ramai.

Video itu yang dirakamkan di China kini telah tersebar meluas di negara berkenaan.

Tuesday 28 November 2017

Pakar Ramalkan Gunung Agung Akan Meletus


PARIS – Majoriti pakar kajian gunung berapi berpendapat Gunung Agung di Bali, Indonesia akan meletus selepas negara itu meningkatkan amaran ke tahap tertinggi selain memindahkan kira-kira 100,000 penduduk.

“Kita sekarang menyaksikan letupan kecil, pengeluaran gas panas dan serpihan batuan lebur atau abu,” kata pakar gunung berapi di Universiti Oxford di Britain, David Pyle.

Anjing Disiram Air Dan Dibiarkan Beku Dalam Sejuk


KEJAM. Seorang pemilik anjing telah melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap anjing peliharaannya dengan membiarkan binatang itu mati dalam keadaan beku di Rusia.

Lelaki itu, telah menyiram air sejuk ke atas badan anjing berkenaan dan meletakkannya di luar rumah ketika suhu mencecah bawah 32 C.

Wanita Potong Alat Sulit Kekasih Guna Gunting Kebun


GANAS…wanita berusia 26 tahun ini Brenda Barattini merupakan seorang arkitek namun dia telah ditangkap kerana memotong alat sulit kekasihnya dengan gunting yang digunakan di kebun.

Brenda yang berasal dari Argentina, menyerang lelaki itu yang berusia 40 tahun ketika mangsa sedang tidur di rumahnya di bandar Cordoba.

Guru Cucuk Jari Kanak-Kanak Dengan Jarum Disiasat


SEORANG guru tadika di sebuah sekolah di China telah didakwa mendera kanak-kanak di situ dengan mencucuk jarum di jari mereka.

Susulan itu satu siasatan sedang dijalankan selepas laporan dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit. Ia berlaku di sebuah tadika di Chaoyang di timur Beijing.

Laporan mengenainya dibuat pada 27 November lalu. Ibu bapa mendakwa kanak-kanak yang terlibat berusia antara tiga hingga empat tahun.

Kanak-Kanak Lelaki Mangsa Dera Meninggal Dunia


KEPALA BATAS – Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini koma selepas didakwa didera di Kampung Paya Lahar Kepah, di sini Rabu lepas, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Nor berkata Kong Chaw Wan, berusia setahun empat bulan meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ini selepas keadaannya semakin kritikal dipercayai akibat pendarahan otak kerana dipukul dengan benda tumpul di kepala.

Monday 27 November 2017

Doktor Beri Elyana Masa Setahun Untuk Hidup


MENGUCAP panjang kami apabila mendengar pengumuman penyanyi Elyana yang mengakui menghidap kanser limfoma tahap keempat selepas tersingkir daripada musim Gegar Vaganza musim keempat (GV4), malam tadi.

Masakan tidak, berita itu ternyata amat mengejutkan kami kerana Elyana kelihatan aktif dan lincah dengan aktiviti hariannya di Instagram.

Terjun Kereta Lepas Pemandu Uber Tunjuk Anu


SEORANG penumpang wanita nekad ‘terjun’ keluar dari kenderaan selepas pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan merabanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi Khamis lalu, wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya.

“Tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk bahagian depan,” katanya kepada China Press seperti dipetik FMT.

Tersingkir Gegar Vaganza, Elyana Umum Hidap Kanser


“SAYA nak beritahu kepada semua pesakit kanser. Saya adalah pesakit kanser tahap 4 dan saya masih lagi boleh berdiri di sini. Kita boleh buat apa yang kita nak kalau kita kuat dan mahu.”

Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata Elyana ini yang dituturkannya ketika persembahan terakhirnya di konsert kelima program Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi.

Berita sayu itu dikongsikan secara langsung kepada penonton dan peminat sejurus selepas diumumkan tersingkir di pentas GV4 dengan markah terendah daripada lapan peserta lain.

Gaji RM1,400… Ramai Posmen Berhenti Kerja


JIKA anda menetap di Cheras dan tidak menerima sebarang surat atau lewat daripada kebiasaan, berita ini mungkin dapat memberikan jawapan sebenarnya.

Baru-baru ini, kebanyakan penduduk di kawasan Taman Cheras Jaya, Sri Cheras dan Kampung Baru Batu 11 telah mengemukakan aduan bahawa penerimaan surat-surat mereka adalah melebihi tempoh yang sepatutnya.

Umum Undur Diri, Lan Tak Berdendam Dengan Kristal


KRISIS dalaman yang berlaku dalam kumpulan rock Kristal nampaknya menemui keputusan yang agak memeranjatkan.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, telah mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut selepas 18 tahun jatuh bangun bersama.

Akuinya, keputusan itu dibuat dengan berat hati kerana Kristal yang menaikkan namanya sehingga ke hari ini.

Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah


GIZZERIA (Itali) – Polis Itali menyelamatkan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaan apabila dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran bandar Gizzeria, selatan Itali.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica.

Gunung Agung: Keluar Amaran Tahap Tertinggi


JAKARTA – Agensi Bencana Indonesia berkata, pihaknya menaikkan amaran tahap tertinggi iaitu empat ke atas gunung berapi, Gunung Agung di Bali dan mengarahkan penduduk yang berada dalam lingkungan 8 hingga 10 kilometer di sekeliling kawasan berkenaan supaya berpindah dengan segera.

Kanak-Kanak Mengandung Selepas Dirogol Bapa Tiri


KANAK-kanak ini baru berusia sembilan tahun namun dia sudah menempah kehidupan yang sukar apabila disahkan mengandung selepas dirogol oleh bapa tirinya berulang kali hingga ke tahap 10 kali dalam masa sehari.

Kandungan itu hanya diketahui ketika usia lima bulan dan ia terlalu lambat bagi kanak-kanak itu untuk menggugurkannya.

Kendall Jenner Peroleh Pendapatan Tertinggi


KENDALL Jenner berjaya menewaskan supermodel Gisele sebagai model yang menerima bayaran paling tinggi di dunia untuk pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun.

Ratu peragaan dan bintang realiti Keeping Up With The Kardashian itu memperolehi RM90 juta dalam masa setahun dan berada dalam senarai Forbes.

Jumpa 263 Syiling Dan Paku Dalam Perut


MENGEJUTKAN. Pakar bedah yang merawat seorang lelaki terkejut apabila menemui 263 syiling dan 100 paku dalam perut seorang lelaki yang mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen sejak tiga bulan lalu.

Lelaki itu, Maksud Khan, 35, dimasukkan ke hospital di India dan selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menemui syiling, paku, pisau cukur serta 7kg objek asing lain dalam badannya.

Sunday 26 November 2017

Pelacuran Di Sabah Mungkin Terbabit Pemerdagangan


JOHOR BAHRU – Siasatan terhadap penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah dua hari lepas yang disyaki membabitkan sindiket pelacuran akan turut menjurus sama ada ia berkaitan kes pemerdagangan orang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata perlu dipastikan sama ada ia kes terpencil atau membabitkan sindiket besar yang menggunakan pendatang asing tanpa izin untuk kegiatan pelacuran.

Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang


IPOH – Polis Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggotanya yang didakwa menganggu dan melarikan isteri orang seperti yang ditularkan menerusi laman media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima beberapa laporan polis yang dibuat oleh suami wanita berkenaan.

‘Akak Sembang’ Beli 6 Rumah Buat Netizen Berang


SEORANG wanita telah mencetuskan sensasi di media sosial apabila mengakui menggunakan wang hantaran daripada bakal suaminya untuk membeli rumah pertama untuk disewakan.

Bukan sahaja itu, malah wanita itu juga seakan-akan mendabik dada dengan mengatakan dia mempunyai 6 buah rumah meskipun hanya bergaji RM2,500 sebulan dan beranak tiga!

Semuanya bermula dengan rantaian debat di Twitter tentang kos sara hidup masa kini yang semakin tinggi.

Teguk Racun Stres Hutang Belajar


WANITA bertindak meneguk racun rumpai di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu.

Ketua Polis Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 44 tahun melakukan sedemikian pada kira-kira 1 tengah hari, semalam.

Katanya, kejadian disedari anak lelaki wanita itu berusia 11 tahun sebaik mendapati ibunya terbaring berhampiran stor dalam keadaan mulut berbuih.

Gempar Harimau Terlepas Di Paris


PARIS – Seekor harimau yang terlepas dari sarkas mencetuskan kekecohan selepas dilihat merayau di bandar ini sebelum ditembak mati pemiliknya kelmarin.

Anggota bomba dipanggil selepas orang ramai melihat haiwan seberat 200 kilogram itu berkeliaran di Arrondissement de Vaugirard, daerah terbesar di Paris.

Berita mengenai harimau terlepas itu tular di media sosial dan pihak berkuasa menghentikan sementara perkhidmatan trem di kawasan berkenaan.

Saturday 25 November 2017

'Usah Macam Ni Uqasha, Simpan Untuk Suami'


PELAKON popular, Uqasha Senrose kini kembali ‘menjerut’ diri dengan kontroversi panas malah meletup apabila sekali lagi dikecam dek berpakaian tidak sopan di khalayak ramai.

Kontroversi ini bermula daripada tindakan Uqasha berkongsi beberapa keping gambar di Instagram memaparkan dia menyarungkan busana yang agak ketat sehingga menonjolkan asetnya yang ‘ranum’ itu.

Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak


JOGET Bumbung merupakan satu tarian terkenal di Bali, Indonesia yang pada mulanya dibawa oleh petani untuk menghilangkan perasaan penat mereka.

Namun tarian tradisional warisan masyarakat itu sedikit sebanyak mempunyai unsur lucah untuk menarik perhatian golongan lelaki yang berfikiran songsang.

Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia apabila festival Joget Bumbung yang diadakan di Denpasar, ibu kota pulau peranginan itu telah dicemari dengan kelakuan tidak senonoh segelintir penonton.

Tuah Nama ‘Polisi’ Nyaris Disaman Polis Kini Jadi Polis


JAKARTA – Seorang pekerja binaan di Indonesia menjadi tular setelah mendapat kerja di sebuah balai polis dan ini semua gara-gara namanya. Percaya atau tidak lelaki berkenaan bernama Polisi.

Polis dalam bahasa Indonesia disebut sebagai polisi. Pada mulanya, Polisi nyaris disaman oleh polis trafik kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Pasuruan, Jawa Timur, menurut laporan laman tempatan Tribunnews.

Aksi Bunuh Ular Dalam Tren Guna Tangan Aje


JAKARTA – Seorang lelaki Indonesia menjadi wira internet apabila mampu membunuh seekor ular yang ditemui menyelinap masuk ke dalam sebuah kereta api dengan hanya menggunakan tangan.

Menurut laporan media tempatan, pemandu kereta api berkenaan terlebih dahulu bertindak membuat brek kecemasan untuk berhenti apabila haiwan reptilia itu dikesan di atas rak tempat simpanan bagasi di siling koc.

Pembaca Berita Tayang Lurah, Teruk Dihentam Netizen


SEPERTI yang kita sedia tahu, pada kebiasaannya hos atau pengacara mahupun penyampai berita di stesen luar negara akan tampil dengan berpakaian seksi setiap kali bersiaran.

Mungkin ini adalah salah satu selling point yang digunakan dalam usaha mereka untuk meningkatkan jumlah penonton atau juga rating bagi setiap rancangan disiarkan.

Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri


KOTA BHARU – Dicucuh dengan api rokok dan kulitnya ditoreh guna pisau.

Itu penderitaan dialami seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang didera bapa kandungnya sendiri, Sabtu lalu.

Mangsa, Khairunisa Mohd Safizam yang kini trauma diperlakukan sedemikian selepas bapanya berpisah dengan ibunya sejak tiga bulan lalu.

Friday 24 November 2017

Lelaki Dilema Mahu Pilih Isteri Atau Patung Seks


SEORANG lelaki warga emas yang berusia 58 tahun mengakui dia dalam dilema sekiranya diminta memilih antara isterinya yang sudah dikahwini sejak 36 tahun lalu atau patung robot untuk seksnya.

James, 58, dari Atlanta, Georgia, membeli robot yang diberi nama April itu pada harga £2,000 selepas isterinya Tina terpaksa menjaga ibunya yang sedang sakit. James melakukan seks dengan patung berkenaan empat kali seminggu.

Wanita Nazak Mahu Lihat Pantai Kali Terakhir


SEORANG pesakit yang sedang nazak diberikan peluang melihat pantai untuk kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. Pesakit perempuan itu masih di atas katil hospital ketika dia dibawa melawat Hervey Bay di Queensland.

Dia dibawa oleh ambulans ke pantai terbabit selepas memberitahu kakitangan paramedik bahawa dia mahu melihat pantai untuk kali terakhir.

Buka Baju Tak Puas Hati Dengan Pembedahan


SEORANG wanita telah melondehkan baju dan seluar yang dipakainya di lobi hospital kerana tidak berpuas hati dengan pembedahan plastik yang dijalankan di hospital berkenaan.

Dia dikatakan berang kerana hasil pembedahan itu tidak seperti yang dijangkakan dan telah beberapa kali mengunjungi hospital terbabit di Nanjing, China.

Myanmar Jual Jed Seberat 300 Tan Mulai Disember


YANGON – Batu jed seberat 300 tan, yang ditemui di Hpakant, Kachin akan dijual di Emporium Permata Myanmar pada Disember, lapor agensi berita China Xinhua.

Pakar batu permata tempatan dan asing dijemput untuk menilai harga batu jed itu, memetik laporan Global New Light.

Batu jed berkenaan digali pada Oktober 2016 di lombong Mat Lin Chaung, yang dikendalikan secara bersama oleh Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar dengan syarikat permata swasta, Yandanar Taung Tann.

Kenapa Kereta Saya Kena, Tak Ganggu Jalan Pun?


APA perasaan anda jika kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan perumahan anda kena clamp oleh pihak pengurusan walaupun anda rasa kenderaan tersebut tidak mengganggu laluan?

Baru-baru ini, Penang Kini Press telah memuat naik satu video di akaun Facebook mereka menunjukkan seorang penduduk yang dikenali sebagai Saiful Azhar Abdul Rahman, tidak berpuas hati apabila tayar keretanya telah dikunci.

Thursday 23 November 2017

Keluar Lagu, Vokal Sajat ‘Potong’ Mood Netizen?


TERDAHULU kita digemparkan dengan penghasilan single sulung pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang mencecah 9 juta tontonan di laman Youtube.

Kali ini, seorang lagi pengasas kosmetik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dilihat mengikut jejak Vida dengan turut sama menghasilkan single duet bersama usahawan, Nur Sajat.

Menerusi entri di laman Instagram, Aliff telah memuat naik satu video memaparkan beliau dan Sajat sedang merakamkan single terbarunya itu.

Beli iPhone Tapi Dapat Ubi Kentang


TELEFON pintar iPhone merupakan salah satu gajet paling menjadi kegilaan pada masa kini dan dikehendaki ramai orang.

Namun janganlah terlalu ghairah mahu mendapatkannya hingga sanggup membeli daripada orang yang menjualnya pada harga terlalu murah. Itu semua penipu!

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita dari Milwaukee, Wisconsin apabila hasratnya memiliki telefon pintar tersebut terbantut.

'Kalau Marhaen Kau Dok Suruh Restart Modem'


“BEZA pangkat dan darjat”, demikian tweet netizen yang kesal diberi layanan tidak sama rata diberikan oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) tersohor di Malaysia.

Tweet yang dimuat naik oleh individu bernama Amy Medusa itu kini telah tular apabila dikicau semula lebih 14,000 kali dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

'Saya Akan Biar Kamu Tengok Saya Mati'


TEKANAN emosi, kemurungan ataupun berada di bawah pengaruh dadah menjadi antara punca seseorang individu cuba untuk bunuh diri.

Individu yang mahu meragut nyawa sendiri juga selalunya melakukan perkara bodoh itu di luar pengetahuan orang ramai secara tersembunyi.

Namun lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari Thailand ini yang cuba membunuh diri dan disiarkan secara live menerusi laman Facebook.

Lapor Bangkok Post, Kang Krasang cuba melakukan cubaan bunuh diri itu dengan meneguk racun perosak beberapa kali secara langsung melalui akaun sosialnya.


“Saya tidak akan kembali, saya dah fikir masak-masak, saya sudah tiada lagi keinginan nak hidup.

“Saya sayang kekasih saya tapi saya minta maaf kerana terpaksa lakukan ini (bunuh diri),” katanya.

Sebelum kejadian, Kang memuat naik gambar sebotol racun perosak dan status memohon maaf kerana dia sudah tidak mahu hidup biarpun mengakui masih sayangkan ramai orang di sekelilingnya.

Wednesday 22 November 2017

Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri


KEJAM! Seorang bapa tergamak membunuh anaknya sendiri ekoran berang dengan tangisan kanak-kanak itu dalam satu kejadian tragik di Medan, Indonesia.

Dalam kejadian tersebut, suspek dilaporkan bertindak demikian kerana bunyi kanak-kanak itu menangis dikatakan telah mengganggu suasana nyaman tidur petangnya.

Perbuatan jahat suspek itu akhirnya terbongkar apabila seorang lagi anaknya yang menjadi saksi kejadian tersebut menceritakan hal yang sebenar kepada bapa saudaranya.

Menteri Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia


MUMBAI – Seorang ahli politik India mendapat malu apabila rakaman video aksinya sedang buang air kecil di kawasan awam menjadi tular dalam kalangan netizen pada Hari Tandas Sedunia 2017.

Lucunya, perbuatan jijik berkenaan selamba dilakukan beliau sewaktu pihak pemerintah India pula berusaha keras untuk menghentikan amalan kecing merata-rata seperti itu yang bukan luar biasa di negara Asia Selatan tersebut.