Sunday 30 July 2017

Video: Ditampar Gara-Gara Penerbangan Batal…


HONG KONG – Berang penerbangan dibatalkan, seorang wanita dengan beraninya menampar seorang pekerja lapangan terbang, Khamis lalu, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian di wilayah Liaoning itu, wanita terbabit mengaku menampar pekerja lapangan terbang terbabit dan ditahan selama 10 hari sebelum dikenakan denda 200 Yuan (RM127).

Penumpang wanita berusia lingkungan 40-an, Li, pada mulanya sedang menunggu penerbangan untuk pulang dari Shenya ke Changsa bersama penumpang yang lain, namun penerbangan terpaksa ditangguhkan selama lima jam akibat cuaca buruk.

Perkara itu membuatkan syarikat penerbangan yang tidak dinamakan itu terpaksa melakukan pengumumam pembatalan penerbangan sebelum memulangkan semula wang tambang kepada penumpang.

Berang dengan keputusan itu, Li terus meluru laju ke arah kaunter dan kemudian menampar muka pegawai berkenaan secara tiba-tiba.

Rakaman video berdurasi enam saat itu turut memaparkan Li memegang tangan kiri pegawai itu sambil menampar mukanya beberapa kali.

Tidak itu sahaja, wanita itu turut dikatakan merosakan sebuah komputer dengan menghentaknya beberapa kali.

Menurut seorang polis bantuan, Xu, para penumpang lain yang dibatalkan penerbangannya turut ‘menyorak’ agar Li memukul pekerja lapangan terbang terbabit.

“Orang ramai mula memarahi pekerja itu dan kedengaran seseorang menjerit ‘pukul dia, pukul dia!’ Tetapi tiada seorang yang bertindak kecuali Li,” kata Xu.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan hukuman ringan yang dikenakan terhadap wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments