Thursday 27 July 2017

Disebabkan Tak ‘Menarik’, Lelaki Ini ‘Dihalau’ Balik…


MASA kini terdapat pelbagai rancangan realiti telah melahirkan ramai penggiat seni yang berjaya.

Tidak semestinya perlu berperwatakan ‘menarik’ dulu baru boleh berjaya. Kalau ‘menarik’ tetapi bakat kelaut pun tidak boleh juga kan?

Baru-baru ini tular di laman sosial pemuda ini meluahkan rasa kesal berikutan tindakan sebuah produksi yang memintanya pulang tanpa sempat diujibakat terlebih dahulu.

Alasan yang diberi juga adalah tidak masuk akan sama sekali! Berikut adalah perkongsian pemuda tersebut:



Tidak masuk akal kan? Okay, perwatakan ‘menarik’ itu luas maksudnya. Ia terserah pada kita bagaimana untuk memandang dan menilai sesuatu itu agar ia nampak ‘menarik’.

Berikutan perkara ini, ramai netizen melahirkan rasa simpati kepada pemuda itu dan kecewa atas tindakan produksi terbabit.


Tidak ketinggalan juga seorang pelakon terkenal tanah air, Sharifah Amani yang turut sama berkongsi kata positif buat pemuda tersebut di laman Twitternya.


Bersabarlah, sesungguhnya lumrah hidup, manusia ni adakalanya lebih suka pandang orang dari paras rupa sahaja tanpa melihat sisi lain yang mungkin banyak lagi bakat terpendam dimiliki seseorang itu. – MYNEWSHUB.CC/ Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments