Sunday 23 July 2017

Aksi Berani Selamatkan Gadis Daripada Penculik


NEKAD… Tindakan berani remaja perempuan membuka pintu kereta yang sedang bergerak telah menyelamatkan dirinya daripada penculik di Bukit Samsu, Kota Tinggi, Johor malam tadi.

Malahan lebih lucu lagi, sudahlah insiden tersebut digagalkan oleh mangsa yang berjaya lolos, suspek pula menerima nasib malang apabila dapat dicekup orang ramai akibat kenderaan digunakannya pula terbabas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 8.45 malam selepas mangsa bersama rakan-rakanya berada di hadapan sebuah kedai sebelum ditarik oleh suspek.

“Suspek kemudian cuba memecut melarikan mangsa sebelum mangsa melepaskan diri melalui pintu yang belum berkunci lagi,” katanya memetik salah satu media tempatan.

Tambahnya lagi, remaja terbabit bagaimanapun mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki dan badan berikutan terjatuh di atas permukaan jalan ketika berusaha cuba menyelamatkan diri.

Menurut sumber yang dipetik media tempatan, kereta yang dinaiki suspek itu namun kemudian terbabas sebelum ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana culik. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments