Thursday 20 July 2017

Buaya ‘Prihatin’, Bantu Bawa Mayat Ke Tebing Sungai


ADA yang masih ingat tentang kisah tauladan kanak kanak bertajuk Si Kancil dan Buaya? Jika dalam kisah tersebut, si buaya merupakan haiwan yang jahat, tetapi lain pula apa yang telah terjadi di Bitan Lempake, Kabupaten Berau, Indonesia, baru-baru ini.

Memetik Tribune News, seekor buaya telah ‘membantu’ pencarian mayat Syarifuddin yang meninggal dunia akibat dibaham buaya ketika sedang bermandi-manda bersama rakannya bernama Abdullah.

Mungkin kerana rasa ‘serba salah’ membaham mangsa, sang buaya tersebut telah membawa si mati ke tebing sungai setelah misi menyelamat dijalankan dalam kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Video yang dirakamkan oleh penduduk di Bitan Lempake, Kabupaten Berau telah mendapat perhatian orang ramai apabila sang buaya itu seakan-akan memahami kata-kata orang ramai supaya ia melepaskan mayat itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana dibaham buaya berikutan terdapat kesan luka gigitan dan beberapa kesan cakaran di badan mangsa. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments