Sunday 30 July 2017

Peragut Mati Dilanggar, Mangsa Ditahan Polis


BANGI – Seorang peragut mati selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh mangsa ragutnya dalam kejadian berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat di belakang Pangsapuri Garden@One South, Seri Kembangan yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi hari ini.

Mangsa, yang juga merupakan seorang penuntut lelaki Universiti Tenaga Nasional warga Yaman diragut ketika dia sedang minum di restoran di Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Peragut itu dilanggar selepas mangsa mengejarnya sejauh tiga kilometer dari tempat diragut.

“Suspek yang berusia 25 tahun mati akibat parah di kepala. Beg kepunyaan mangsa dijumpai pada si mati,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias.

“Hasil semakan rekod polis mendapati si mati mempunyai tiga rekod lampau,”katanya lagi.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.”

BH Online melaporkan, lelaki Yaman yang berusia dalam 20-an itu ditahan dan perintah reman akan dipohon di mahkamah esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. – BH Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments