Sunday 30 April 2017

Murid Darjah 3 Menang ‘Lucky Draw’ Peugeot 408


KANGAR – Seorang murid darjah tiga terkelu kerana tidak menyangka dirinya bertuah memenangi sebuah kereta Peugeot 408 tajaan syarikat Naza Automotif Manufacturing Sdn. Bhd., pada Perlis Marathon 2017 di sini, hari ini.

Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, 9, murid Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang, Simpang Empat, Perlis, memenangi hadiah cabutan bertuah utama menerusi nombor penyertaan dalam larian bagi acara lima kilometer junior lelaki.

Katanya, dia tidak mampu berfikir kerana terlalu terkejut sebaik diumumkan sebagai pemenenag bertuah tersebut yang disampaikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Stadium Syed Putra Jamalullail, di sini.

Isu Thaqif: Akhirnya Madrasah Buka Mulut


KOTA TINGGI – Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.

Menerusi kenyataan dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan.

Menurutnya, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan.

Buaya Dibela Sejak 1958 Selamat Dalam Kebakaran


DARWIN – Seekor buaya tempatan berusia lebih 70 tahun peliharaan seorang warga Australia, berjaya terselamat daripada maut setelah kediaman pemiliknya pula hangus terbakar.

Stesen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan pasukan bomba dipanggil pukul 10 pagi Khamis lalu untuk memadamkan api di sebuah rumah di daerah Fannie Bay, enam kilometer dari pusat bandar Darwin.

Namun, para petugas terkejut setelah berjaya menemui Albert, seekor buaya betina yang memiliki panjang empat meter, sedang santai ‘berehat’ di sebuah kolam yang terletak di bahagian kediaman yang terbakar itu.

Benjy Akui Pernah Jual Dadah Biayai Kos Rawatan Ibunya


SETELAH lebih seminggu menjadi tahanan polis Indonesia, ini khabar terbaharu dilaporkan media negara jiran itu mengenai pelakon Benjy yang juga anak seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, membuat satu pengakuan mengejutkan kepada pihak polis di sana bahawa dia pernah jual dadah kerana ingin cari wang bagi membiayai kos perubatan kanser ibunya.

“Pernah, enggak racik sendiri untuk pakai, tetapi untuk biayai (pengobatan) kanker (barah) ibu saya. Anak jantan mana boleh lihat ibunya sakit,” katanya seperti yang dipetik portal Merdeka.com.

Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya


JAKARTA – Kehadiran seorang gadis Itali ke sebuah perkampungan di Desa Tragung, Kabupaten Batang, Wilayah Jawa Tengah demi mengahwini kekasihnya mencetuskan sensasi di Indonesia.

Ilaria Monte Bianco malah sanggup ‘terbang’ sejauh 10,000 kilometer dari bandar asalnya di Bari ke kampung tersebut hanya untuk menyatukan cintanya dengan seorang pemuda tempatan, Dzulfikar Wishnu Mahendra.

Gadis berusia 21 tahun itu mula mengenali jejaka berumur 23 tahun tersebut menerusi laman Facebook dua tahun lalu dan kemunculan Ilaria turut menggemparkan polis tempatan yang mulanya hairan apakah motif kehadirannya.

Didenda Pakai Kain Sarung, Pelajar Lapor Polis…


KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan perkara biasa yang dialami pelajar sekolah. Pendek kata, tipulah kalau tak pernah kena kan?

Namun, nampaknya peredaran zaman turut merobah sikap pelajar-pelajar sekolah yang kini langsung tidak boleh dicuit waima melakukan kesalahan berat.

Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Hulu Selangor ini yang buat laporan polis, gara-gara tidak berpuas hati apabila didenda memakai kain sarung oleh guru disiplin.

Madonna Tak Puas Hati Kisah Hidupnya Jadi Filem


PENYANYI Madonna Louise Ciccone memberitahu bahawa dirinya berasa tidak berpuas hati dengan projek filem biopik mengenai kisah hidupnya, Blonde Ambition.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Madonna menjelaskan bahawa hanya dia sahaja yang layak dan berhak bercerita tentang kisah hidupnya, bukan pihak lain.

“Tiada siapa tahu apa yang saya tahu dan lihat. Hanya saya berhak bercakap tentang kisah hidup dan diri saya.

MyKad Palsu Mudah Dijual Kepada Warga Asing


MELAKA – Satu sindiket di sini telah menjual MyKad palsu kepada ramai warga asing, dengan mengenakan bayaran antara RM4,500 dan RM10,000.

Seorang lelaki yang didakwa telah berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selama 10 tahun telah menawarkan MyKad dan dokumen kewarganegaraan kepada pendatang haram serta warga asing yang menetap di sini melebihi tempoh yang ditetapkan.

The Star telah menyamar dan dapat berhubung dengan lelaki berkenaan yang dipercayai menjadi dalang sindiket itu, dengan berpura-pura menjadi seorang pendatang dari Indonesia yang berminat untuk mendapatkan beberapa MyKad dan dokumen kewarganegaraan.

Lagi Pelajar Dakwa Dipukul Ustaz Di Sekolah Agama


KLANG – Satu lagi kes pukul di sebuah sekolah agama telah tersebar tular dengan seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa seorang ustaz di sekolahnya telah mendera dirinys.

Malah, lelaki tersebut turut mengugut untuk mengenakan hukuman yang lebih berat jika perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibu bapanya.

“Dia juga berkata otak saya tidak akan dapat menghafal al-Quran jika saya mengadu tentang apa yang berlaku,” kata Muhammad Resan Abdullah.

Ustaz berkenaan namun telah didakwa di sebuah mahkamah tetapi selepas membaca tentang nasib yang menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, ibu bapa Muhammad Resan telah menghubungi peguamnya.

Pelajar Cantik Dinobatkan Miliki Rumah Paling Kotor


MUKA lawa tapi malangnya pengotor Inilah Brittani Cooper, pelajar berusia 19 tahun yang dinobatkan sebagai pelajar terkotor di United Kingdom (UK). Dengan gelaran berkenaan, Brittani memperoleh wang tunai sebanyak RM2,800.

Ia dianjurkan oleh sebuah laman web iaitu web-blinds.com dengan penyertaan adalah bagi pelajar universiti yang menyewa rumah.

Dengan kemenangan itu, Brittani patut berterima kasih kepada bapanya kerana lelaki itulah yang menyarankan supaya Brittani menyertainya.

Cabaran 'Blue Whale' Dorong Remaja Bunuh Diri


PERMAINAN Blue Whale atau paus biru yang mengarahkan pesertanya terutama remaja supaya bunuh diri semakin menular di seluruh dunia. Blue Whale ini dikatakan telah mengorbankan 130 remaja di Rusia.

Permainan berkenaan yang tersebar melalui media sosial akan meminta remaja terbabit menamatkan cabaran dalam masa 50 hari termasuk bangun tengah malam dan cederakan diri sendiri.

Remaja yang terlibat dalam permainan ini juga akan diarahkan menggunakan pisau atau pisau cukur untuk melakarkan bentuk ikan paus di pergelangan tangan atau kaki mereka.

Budak 5 tahun koma selepas terjatuh dari inflatable bouncer


GEORGE TOWN - Seorang kanak-akan berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor, Ahad lalu, Syarul Ariel Fifqi Mohd Azriq, 5, terjatuh ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering. 

Ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan berkenaan untuk kanak-kanak yang dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada jam 3 petang. Kemudian Syarul Azriel bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan.

Cerai selepas 3 jam kahwin, kerana sikap tamak pengantin lelaki


INDIA - Seorang suami diceraikan tiga jam selepas berkahwin dan kepalanya dicukur sebagai hukuman, selepas isterinya mendakwa lelaki itu tamak, lapor Daily Mail.

Rubana Parveen, 18, berkahwin dengan Muntaj Ansari, 26, pada pagi Rabu di kampung Chandwa, barat India. 

Namun selepas selesai perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat muslim itu, pemandu beca roda tiga (auto) itu mula menuntut mahar yang besar dan berkeras mahu membeli sebuah motosikal mahal. 

Lelaki Gila Seks Gosok Kemaluan Depan Wanita


PENAMPANG, SABAH - Seorang lelaki dirakam sedang mengosok kemaluannya di hadapan seorang wanita, viral di media sosial sejak malam tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.52 petang semalam di tingkat 3, tempat letak kereta, Megalong Mall itu, mangsa, Qing WcLee, terkejut dengan tindakan lelaki itu lalu segera merakam wajah suspek.

Rogol, Bunuh & Masukkan Dalam Kotak Hingga Reput


KARNATAKA, SELATAN INDIA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di bawah katil jirannya, selepas lelaki itu membantu keluarga mangsa mencari anak merek, lapor Mirror.

Selepas mangsa, Harshitha, dilaporkan hilang pada Khamis lalu di Bengaluru, ibu bapanya terus melakukan gerakan mencari mangsa.

Jiran mereka, Anil, 30, turut menawarkan bantuan untuk mencari mangsa tetapi empat hari kemudian mayat mangsa yang mereput ditemui dalam kotak yang disembunyikan di bawah katil di rumahnya.

Thursday 27 April 2017

Catherine Zeta-Jones Belanja RM11,000 Untuk Wajah


PELAKON antarabangsa, Catherine Zeta-Jones sanggup berhabis duit untuk membeli produk kecantikan bagi menjaga wajahnya agar sentiasa kelihatan awet muda dan jelita.

Menurut laporan media antarabangsa, Catherine memastikan dia hanya menggunakan produk terbaik dan sanggup membelanjakan AS$2,600 atau kira-kira RM11,000 untuk kecantikan wajahnya.

Budak 5 Tahun Dibawa Lari Bersama Kereta Curi


KLANG – Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilarikan bersama sebuah kereta di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam berjaya ditemui semula.

Menurut laporan media tempatan, mangsa tersebut ditinggalkan pencuri kenderaan berkenaan di Masjid Kampung Dagang, di sini.

Mangsa sebelum itu ditinggalkan bapa saudaranya di hadapan rumah datuknya untuk mengambil barang dalam keadaan enjin kereta tidak dimatikan kira-kira pukul 3.45 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata kenderaan dipandu lelaki berusia 37 tahun itu diletakkan di depan rumah tersebut.

Wednesday 26 April 2017

Video: Remaja Guna Buah Zakar BF Jadi Span Mekap


KEGILAAN apakah ini? Itu yang keluar dari mulut sebaik sahaja menonton cara seorang gadis remaja memakai mekapnya ini.

Jika gadis lain sanggup berhabis ratusan ringgit untuk membeli beauty blander, seorang gadis di Florida, Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri untuk mengemaskan kemasan mekapnya.

Mungkin kedengaran jijik, tapi tidak bagi Johnna Hines, 18, yang memilih untuk mengemaskan mekapnya dengan menggunakan buah zakar teman lelakinya sebagai beauty blander atau span.

Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng


BERANG selepas ditegur ponteng sekolah, seorang pelajar bertindak ‘samseng’ membelasah peniaga di sebuah pusat beli-belah di Gombak, Selangor hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar terbabit yang memakai pakaian sukan sekolah di Gombak berwarna merah dikatakan ditegur oleh peniaga kerana ponteng sekolah.

Difahamkan, berang dengan tindakan peniaga itu, dia memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut hingga tidak sedarkan diri.

Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’


IPOH ― Meskipun pihak MCA Bahagian Taiping sudah memohon maaf secara terbuka, polis tetap menjalankan siasatan terhadap kes kain rentang yang dieja ‘perbatalan’ Yang di-Pertuan Agong.

Kain rentang berlatar belakang warna kuning sempena hari pertabalan Sultan Muhammad V yang dipasang di bangunan MCA bahagian itu menjadi tular baru-baru ini ekoran kesilapan ejaan daripada sepatutnya ‘pertabalan’.

Polis Perak berkata, ​walaupun pemilik kain rentang itu telah pun menukar perkataan silap tersebut, pihaknya tetap meneruskan siasatan, lapor agensi berita tempatan Bernama.

'Fesyen Neelofa Setaraf Artis Antarabangsa' - Fiziwoo


BIARPUN penampilan Neelofa semasa mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME2017) Ahad lalu dikecam hebat, namun pereka fesyen Fizioo tampil menjelaskan mengapa fesyen sebegitu sepatutnya tidak menjadi isu.

Kata Fizi, statement tee atau baju tee bermesej itu sebenarnya sedang trending di luar negara dan sudah digayakan oleh ikon fesyen antarabangsa.

“Ramai artis seperti Rihanna dan Kendall Jenner menggayakan fesyen ini pada majlis-majlis hiburan.

“Sebenarnya, Neelofa merupakan selebriti tempatan pertama yang berani mencubanya dan kami percaya gaya ini akan menjadi ikutan masyarakat dalam masa terdekat,” katanya, yang mengendalikan empayar fesyennya bersama rakan kongsi, Khai atau Izree Kai Haffiz.

Lelaki Mengamuk Di Stesen Minyak Jadi Bahan Tontonan


SEBUAH rakaman video memaparkan seorang lelaki tengah mengamuk di sebuah stesen minyak dipercayai di Pandan, Kuala Lumpur menjadi tular menerusi media sosial tempatan.

Ini bukan kerana gelagat lelaki tersebut tetapi tindakan orang ramai yang kebetulan di sekitar tempat kejadian.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, jelas kelihatan keadaan stesen minyak tersebut dipenuhi orang ramai yang melihat seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental membuat bising di luar premis tersebut.

Guru Durjana Seksa Budak Pekak Bisu


BEIJING – Pekerja di sebuah pusat terapi pertuturan di Nanchang didapati memukul, menampar dan menendang kanak-kanak bisu serta pekak yang dijaga di situ.

Seorang pekerja dilihat mengugut dan memaksa seorang budak lelaki memakan najisnya sendiri selepas enggan pergi ke tandas seperti diarahkan.

Laporan stesen penyiaran televisyen di China membongkar kejadian mengejutkan itu pada 20 April lalu dan mendedahkan rakaman diambil wartawan yang menyamar di premis di wilayah Jiangxi itu.

Pekerja berkenaan yang kononnya guru premis itu mendakwa hukuman kejam dapat membantu kanak-kanak berkenaan bercakap.

Mohamad Thaqif Meninggal Ketika Dibacakan Yasin


JOHOR BAHRU – “Mohamad Thaqif Amin yang tenat meninggal dunia ketika kami sekeluarga sedang membacakan surah Yasin kepadanya.

“Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya, mendoakannya menjadi anak yang soleh,” kata bapanya, Mohd. Gaddafi Mat Karim.

Harga Runcit Siling Semua Jenis Minyak Turun


KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan bermula 30 Mac lalu, dan untuk seminggu berikutnya menyaksikan kesemua jenis minyak turun.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 kini menjadi RM2.21 seliter turun 6 sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.27 seliter.

Manakala siling harga untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.49 seliter iaitu turun sebanyak 5 sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.54 seliter.

Bapa Siar Aksi Bunuh Anak Di FB Live


BANGKOK – Seorang ayah tergamak mengantung anaknya dengan tali hingga mati sebelum bertindak membunuh diri dalam satu kejadian di Phuket, Thailand.

Lebih memilukan apabila kejadian tersebut disiarkan di penstriman langsung Facebook Live pada Isnin lalu.

Reuters melaporkan, bayi perempuan berusia 11 bulan itu ditemui mati tergantung bersama bapanya yang berusia 21 tahun di sebuah bangunan hotel terbiar dekat Sakoo berdekatan Pantai Nai Thon Beach.

Ucapan Perkahwinan Untuk Kekasih Curang


JAKARTA – Pengguna media sosial di Indonesia heboh dengan penyebaran gambar satu hiasan bunga siap dengan ucapan yang dipercayai dihantar seorang wanita pada majlis pernikahan bekas kekasihnya.

Di Indonesia menghantar hiasan bunga dengan ucapan adalah amalan biasa bagi mengucapkan tahniah pada majlis perkahwinan atau menyatakan takziah sekiranya adanya kematian.

Bagaimanapun, hiasan bunga yang dihantar pada satu majlis perkahwinan ini menarik perhatian ramai kerana mesejnya sangat mengejutkan.

Wanita Guna Telefon Bimbit Ketika Dibedah


BEIJING – Seorang pakar bedah di China membenarkan pesakitnya menggunakan telefon bimbit ketika di dewan bedah bagi membantu wanita itu mengatasi perasaan takut ketika pembedahan.

Doktor Zhu Yuefeng dari Hospital Sir Run Run Shaw di Hangzhou berkata, pesakitnya, Zhu berasa gembira kerana dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika pembedahan berjalan.

Pesakit berusia 69 tahun itu mengalami masalah pada saluran darah di kaki kanannya yang menyebabkan dia tidak boleh berdiri dengan betul.

Selepas mengalami masalah itu selama 10 tahun, wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan.

Daesh Syria ‘Bengang’ Dengan Wanndy – Sumber


MELAKA – Muhammad Wanndy Mohamed Jedi begitu terdesak untuk kekal dianggap sebagai pemimpin kanan operasi terkemuka kumpulan militan Daesh dari Malaysia dengan rangkaian pengganas sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

“Dia gagal menjalankan beberapa siri serangan di Malaysia seperi yang dirancang. Ia menaikkan kemarahan pemimpin kumpulan itu di Syria dan Iraq,” kata sumber perisikan kepada The Star.

Antara serangan melibatkan kumpulan militan Daesh di negara ini adalah pengeboman di kelab malam Movida yang terletak di Puchong, Selangor pada Mei tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan ia merupakan serangan Daesh yang pertama di Malaysia.

Gelandangan Tangkap Tikus Sebagai Sumber Pendapatan


KUALA LUMPUR – Seorang senator hari ini mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggalakkan golongan gelandangan menyertai aktiviti menangkap tikus.

Senator Datuk Shahanim Mohamad Yussoff mencadangkan DBKL mengadakan kempen sekali sebulan menangkap tikus dengan menawarkan RM3 seekor yang ditangkap kerana didapati saiz haiwan itu besar.

Beliau membuat cadangan itu ketika bangun mencelah semasa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara.

Raja Bomoh Mengaku Bersalah Hina Islam


KUALA LUMPUR – ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar’ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar’ie.

Ibrahim, 66, mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Selain itu, dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.

Mengaku Islam, Bella Hadid Teruja Mahu Lawat Palestin


DIBESARKAN di Amerika Syarikat, Bella Hadid yang bercampuran Palestin di sebelah bapanya, Mohamed Hadid, memasang hasrat untuk melawat negara berkonflik itu satu hari nanti.

Memetik laporan portal Arab News, Bella, 20, yang mengakui bangga menjadi seorang Muslim, tidak dapat menggambarkan perasaan terujanya sekiranya berpeluang menjejakkan kaki ke negara itu.

Model pakaian dalam Victoria Secret itu turut mengatakan bahawa tiada perkara lain yang lebih mengujakan dirinya selain dapat melawat Palestin.

Mungkinkah Ini Pemandu Uber Tercantik Di Dunia?


SEORANG pemandu Uber di Filipina dalam sekelip mata menjadi sensasi di seluruh dunia selepas beberapa gambarnya tersebar menjadi viral di laman sosial.

Joyce Tadeo, dari Manila mula mendapat perhatian gara-gara kecantikan rupa paras yang dimilikinya sehingga dia dilabelkan ‘pemandu Uber tercantik di Filipina’.

Seperti yang dikongsikan majalah FHM, Joyce atau lebih mesra dikenali sebagai JT merupakan gadis lulusan bidang Psikologi dan pernah bekerja di sebuah syarikat farmasi.

Shila Amzah ‘Sentap’ Tak Diundang Ke AME 2017?


ANUGERAH Meletop 2017 (AME 2017) yang berlangsung Ahad lalu telah pun menobatkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai bintang paling Top Top Meletop pada ketika ini.

Sepanjang anugerah itu berlangsung, para penonton dihidangkan dengan pelbagai persembahan dan fesyen menarik yang digayakan selebriti pada majlis glamor itu.

Salah satu persembahan yang paling mencuri perhatian pada malam itu pastinya kemunculan duet di antara Hafiz Suip dan Siti Nordiana yang menyampaikan rangkaian lagu-lagu hits yang menjadi lagu tema bagi kategori Drama Meletop.

Padah Bergurau Bunuh Anjing Di Facebook


Segamat: Padah bergurau kasar dengan memuat naik di media sosial kononnya membakar anjing peliharaannya, seorang peniaga terpaksa membuat laporan polis, kelmarin bagi membuktikan ia hanya gurauan selepas teruk dikecam netizen.

Tan Chong Meng, 35, dari Labis, di sini, berkata pada jam 12 tengah hari Sabtu lalu dia mendapati kasut yang diletakkan di depan rumahnya koyak dipercayai digigit anjing peliharaannya diberi nama Doggie.

Cemas hilang 7 jam


Sungai Buloh: Jemaah Masjid Al-Huda, Paya Jaras di sini, terkejut susulan penemuan seorang kanak-kanak kecil yang dipercayai tersesat sambil memegang sebuah kereta mainan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi kelmarin, kanak-kanak lelaki itu ditemui orang awam ketika mahu melintas jalan sebelum diserahkan kepada pihak masjid yang terletak berhampiran dengan lokasi dia ditemui.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak masjid untuk jagaan sementara menunggu ahli keluarganya datang menjemput.

Parah Dikaki Terkena Peluru Senapang Angin


Kuala Terengganu: “Saya bernasib baik peluru itu hanya kena kaki, kalau kena kepala, mungkin nyawa melayang,” kata Tengku Abd Rahim Tuan Ahmad, 27, yang parah di kaki selepas terkena tembakan dipercayai peluru senapang angin di Kampung Wakaf Mempelam Telemong, Hulu Terengganu, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Tengku Abd Rahim baru selesai meronda kebun abang iparnya sebelum menahan perangkap ayam hutan di kawasan semak berhampiran.

Wanita Hamil Maut Jatuh Dari Tingkat 3


Kota Kinabalu: Wanita hamil lima bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga apartmen Taman Sri Kepayan di sini, hari ini dipercayai menjemur tilam di ruang jemuran sebelum terjatuh.

Jeaquiline Ribot, 25, ditemui oleh jirannya dalam keadaan tertiarap pada 4.30 petang, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan lalu menghubungi pihak polis.

'Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya..'


Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membuat laporan polis petang semalam terhadap pemilik akaun Facebook 'Otai BERSIH' yang mengeluarkan kenyataan palsu dan bersifat jelik terhadap beliau.

Pejabat Azalina dalam satu kenyataan berkata, laporan berkenaan dibuat Setiausaha Sulit Kanan beliau, Chyairreil Annwar Akmal di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira 6 petang semalam.

"Satu laporan polis sudah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook 'Otai BERSIH' petang semalam susulan daripada kenyataan yang dimuat naik memaparkan gambar Datuk Seri Azalina Othman Said,beserta kapsyen 'Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya..'.

Terkejut cermin kereta retak terkena peluru sesat


KOTA BHARU: Seorang kerani bank terkejut selepas cermin hadapan kereta Perodua Viva miliknya retak terkena peluru sesat di kediamannya di Kampung Telok Panji di sini, hari ini. 

Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi itu, mangsa Hasliza Ali, 43, menyedari cermin hadapan keretanya terdapat kesan tembakan ketika mahu menghantar anak ke sekolah. 

Katanya, sejurus itu dia menghubungi suaminya, Rosli Mail, 43, yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah bank di bandar.

Tuesday 25 April 2017

‘Pakaian Neelofa Macam Nak Pergi Larian Amal’


ANUGERAH MeleTOP Era 2017 (AME17) telah pun melabuh tirainya pada Ahad lalu, namun seperti biasa pasti sahaja ada cerita kurang enak yang timbul sebaik tamat anugerah itu berlangsung.

Jika tahun lalu, pakaian Neelofa di AME dikritik netizen apabila ada yang menyamakan gaun aktres itu seperti sotong. Kali ini, pakaian pemenang Artis Wanita Top Top MeleTOP ini sekali lagi menjadi perhatian peminat industri hiburan.

Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu


SEORANG bayi perempuan berusia 42 hari dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu badan ibunya, dalam kejadian di Taman Seremban Jaya, Seremban semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, ibu bayi berkenaan, Nur Ain Abdullah, 24, dilaporkan memberi susu badan kepada anaknya, Nur Izz Qaireen Mikayla Abdul Hadee sebelum tidur seketika.

Bagaimanapun sebaik sahaja dia bangun untuk ke tandas pada 4.30 pagi, wanita itu mendapati muka anaknya kebiruan, hidungnya berdarah dan tidak sedarkan diri.

Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran


PENYANYI Syamel memberitahu dia tidak menyalahkan penonton Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang mengkritik nyanyiannya sumbang dan tidak mengikut tempo pada Ahad lalu.

Katanya, dia sendiri berasa hairan dan terkejut ketika menonton siaran ulangan dan tidak mengetahui bahawa nyanyiannya kedengaran sumbang apabila ditonton di televisyen.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi bila saya lihat sendiri, persembahan saya memang ke laut.

Lelaki 70 Tahun Sanggup Jual Tanah Kahwini Gadis 25 Tahun


Bone, Indonesia: Seorang datuk berusia 70 tahun mengejutkan penduduk di bandar ini apabila berkahwin dengan seorang gadis yang 45 tahun lebih muda. 

Lebih mengejutkan lagi, Tajuddin Kammisi turut memberi mas kahwin berjumlah hampir Rp1.4 bilion (RM469,270) kepada isterinya, Andi Vytriana atau dikenali sebagai Andi Fitri.

Jadi Pikachu kumpul wang rawat anak


Beijing: Seorang bapa muda menghabiskan sebahagian besar masanya sejak beberapa minggu lalu di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Chengdu dengan memakai seperti Pikachu. 

Dia bertindak demikian kerana mahu mengumpul wang bagi membayar kos rawatan anaknya berusia setahun yang menghidap leukemia.

Menurut Liu Yuehu, doktor memberi harapan 70 peratus kepada anaknya Yu Yan untuk pulih tetapi dengan kos yang tinggi.

Mayat sami hilang ketika hendak dibakar


Sakhon Nakhon: Upacara membakar mayat seorang sami tetap dilakukan semalam walaupun yang dibakar dalam majlis itu hanya keranda tanpa mayatnya. 

Sami di Kuil Sirimongkol di daerah Phang Kon, pengikut dan anggota keluarga sami berkenaan, Phra Khru Sophon Thammaphiwat mengadakan upacara itu kerana tidak mahu menunggu sehingga mayatnya ditemui.

Acara itu diadakan seperti upacara pembakaran mayat lain, tetapi dalam kes kelmarin, tidak ada mayat di dalam keranda itu, kecuali barangan milik peribadi sami itu.

Tentera Filipina Diculik Ditemui Mati Dipenggal


Manila: Seorang anggota tentera Filipina yang diculik minggu lalu di selatan negara itu oleh militan Abu Sayyaf ditemui mati dipenggal. 

Mayat Sarjan Anni Siraji dari Batalion 32 Infantri ditemui di bandar Patikul di Sulu, beberapa jam selepas tentera kerajaan menembak mati tiga lagi anggota kumpulan berkenaan dalam pertempuran di tempat lain.

Monyet Diusir Kerana Ketagih Dadah


Kuwait City: Pihak berkuasa Pertanian dan Perikanan negara ini mengusir seekor monyet yang didakwa ketagih dadah ke negara asalnya, Indonesia, selepas ia menerima rawatan dan menjalani pemulihan selama setahun. 

Monyet berkenaan dirampas pihak berkuasa itu tahun lalu selepas pemiliknya ditangkap.

Menurut pihak berkuasa, pemilik itu bertanggungjawab menyebabkan monyet berkenaan ketagih dadah.

Gadis dibenar bertinju dengan tutup aurat


Minneapolis: Seorang peninju remaja perempuan Islam yang berharap suatu hari nanti dapat bertanding di Sukan Olimpik berjaya dalam usahanya untuk berpakaian menutup aurat dalam perlawanan di Amerika Syarikat. 

Amaiya Zafar akan dibenarkan menutup rambut, kaki dan lengannya selaras dengan suruhan agamanya pada perlawanan rasminya yang pertama di Minneapolis, menurut laporan The Star Tribune.

Persatuan tinju Amerika Syarikat biasanya mensyaratkan peninju memakai jersi tanpa lengan dan seluar pendek. Bagaimanapun, bagi kes Amaiya, dia diberikan pengecualian.

'Bila pula kami bawa Thaqif berubat kampung?' - Ibu saudara


JOHOR BAHRU - Susulan kes seorang pelajar madrasah, Mohd Thafid Mohd Gaddafi, 11, di Kota Tinggi yang terpaksa dipotong kedua-dua kakinya yang dipercayai disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, pembantu warden berkenaan telah ditahan untuk membantu siasatan sehingga 26 April ini. 

Pihak madrasah dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menyatakan bahawa mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci. Malah menegaskan tidak akan menyorokkan apa-apa maklumat. 

Namun pengetuanya meminta orang ramai tidak menunding jari pada pihak madrasah kerana apa yang berlaku bukan diarahkan oleh pihak madrasah, sebaliknya individu terbabit yang mengambil tindakannya sendiri tanpa merujuk kepada pihak madrasah.