Sunday 23 July 2017

Betul Ke Lagu Tok Vida Ciplak Karya Punjabi?


ENTAHLAH nak kata apa tetapi kalau diamati lagu nyanyian Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang kini menjadi tular, ia kedengaran seakan-akan sama dengan sebuah lagu Punjabi berjudul Bling-Bling Mr Singh.

Persoalannya, adakah perkara itu bersifat kebetulan atau Edry Abdul Halim selaku penggubah lagu I Am Me sememangnya menjadikan lagu Bling Bling Mr Singh ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan single Vida?

Malah Edry sendiri sebelum ini pernah dikaitkan sebagai komposer yang pernah menciplak karya orang lain.

Edry sendiri tidak pernah memberi kenyataan berhubung perkara ini.


Lagu Bling Bling Mr Singh telah dimuatnaik ke laman YouTube pada 10 November 2013 iaitu kira-kira empat tahun lalu oleh pemilik akaun bernama Shobhit Gill.

Tiada ulasan lanjut mengenai latar belakang lagu ini namun hasil carian kami, ia dinyanyikan secara duo oleh penyanyi kanak-kanak bernama Anoop Singh dan RDB di bawah label Three Records Music Entertainment.

Video pendek berdurasi 1.22 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki (dalam lingkungan usia sembilan tahun) berimej moden dan glamor dengan bangganya memperkenalkan diri mereka dari bangsa Punjabi sambil menyanyi dan menari.


Ya lagu ini cukup catchy dan sedap di dengar.

Malah aksi kanak-kanak dalam klip pendek ini menari bhangra yang digabungkan bersama tarian moden hip hop cukup menarik perhatian.

Anda dengar, anda nilaikan sendiri.

I Am Me nyanyian Vida yang dimuatnaik di YouTube pada 13 Julai lalu mendapat tontonan lebih 1.7 juta.

Sebelum ini pengacara Datuk Aznil Nawawi pernah menimbulkan persoalan apabila lagu Profesor Klon nyanyiannya ciptaan Edry mempunyai persamaan dengan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Penyanyi Ayai (Ilusi) juga pernah meluahkan rasa kecil hati apabila lagu Ku Kejar Bayangmu miliknya turut sama dengan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel.

Kita nantikan apa jawapan Edry dan Tok Vida sendiri. – mStar Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments