Wednesday 26 July 2017

Britain Akan Larang Jual Kereta Guna Petrol, Diesel


LONDON – Kerajaan Britain hari ini, dijangka mengumumkan keputusan untuk larang penjualan semua jenis kereta daripada menggunakan minyak petrol dan diesel mulai tahun 2040.

Ia sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara teruk akibat pelepasan asap kenderaan di negara Eropah berkenaan sejak sekian lama.

Akhbar tempatan melaporkan, langkah unik berkenaan juga adalah susulan pengumuman yang sama dibuat oleh jiranya, kerajaan Perancis pada awal bulan ini.

Mengikut rancangan itu yang bakal diumumkan hari ini, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan levi kepada pemandu kenderaan diesel mulai 2020, jika kualiti udara tidak bertambah baik. – Reuters/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments