Saturday 22 July 2017

Dulu Datuk Seri Vida, Kini Nur Sajat Pula Menyanyi


SELEPAS Datuk Seri Vida popular dengan penampilan single terbaru berjudul I Am Me, kini seorang lagi ahli perniagaan kosmetik terkenal bakal mengikut jejak langkah yang sama.

Nur Sajat Fariz atau lebih dikenali sebagai Sajat memberitahu dia telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman.

“Tawaran diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya.

“Saya anggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak dapat tawaran sebegini,”ujarnya dipetik Harian Metro.

Sajat, 32, mengatakan dia lebih suka genre rancak berbanding irama slow. Dia malah bakal berduet dengan Datuk Aliff Syukri untuk rakaman lagu tersebut.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lebih lanjut lebih lagi kerana belum ada sebarang perjanjian hitam putih. Apabila sudah ada kepastian daripada kedua-dua pihak, baru saya boleh kongsi,” tambahnya.

Sajat turut mengatakan bahawa dia bersedia untuk mengikuti kelas vokal sekiranya lagu tersebut siap untuk dirakam.

Mungkin sudah menjadi ‘trend’ zaman sekarang ahli kosmetik menyanyi untuk mempromosi perniagaan masing-masing.

Adakah fenomena Sajat ini akan mendapat perhatian sama seperti lagu ‘I Am Me’? Nantikan… – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments