Sunday 30 July 2017

Kes Aliff Aziz: Adik Lofa Perli Afifah Nasir ‘Kaw-Kaw’?


NAMPAKNYA kontroversi melibatkan Aliff Aziz, isteri Bella Astillah dan pelakon baharu, Afifah Nasir menarik perhatian bukan sahaja di kalangan peminat hiburan tempatan, malahan ia turut menjadi ‘bual bicara’ di kalangan adik-beradik selebriti dan selebriti sendiri.

Sebagai contoh, adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah memuat naik beberapa twit di laman Twitter seolah-olah memerli adik Anzalna, Afifah yang dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ dalam hubungan rumah tangga Aliff dan Bella.

Ceritanya bermula apabila seorang netizen @HaiccalHazim menulis di Twitter menyatakan jika dia diberi pilihan, pastinya Afifah Nasir menjadi pilihannya untuk keluar bertemu janji memandangkan Ameera Khan dikatakan memiliki wajah dan perwatakan serupa seperti kakaknya, Neelofa.

Twit yang ditulis Haiccal itu pada asalnya ditulis pada 6 Julai lalu, sebelum kisah kontroversi di antara Aliff-Afifah-Bella berlaku lagi, namun mungkin disebabkan adik Neelofa melihat ini sebagai peluang untuk ‘mengenakan’ semula netizen tersebut, lantas dia membalas balik twit itu dengan berkata, “Sekurang-kurangnya saya bukan seorang penipu atau wanita pengikis.”

Haiccal kemudiannya membalas twit yang ditinggalkan oleh adik Neelofa, “Sekurang-kurangnya dia (Afifah) tidak memperlekehkan guru sekolah kebangsaan.”

Ameera kemudian menjawab, “Tidak matang vs peruntuh rumah tangga orang? Yang mana lagi teruk? Saya tak tahu, awak tentukan. Tolong jangan balas dah. Jaga maruah dan air muka anda sendiri.”

Kemudian muncul Afifah membalas twit tersebut, “Peruntuh rumah tangga orang? Awak baharu 15 tahun, tolong risaukan kerja sekolah anda (di usia-usia begini).”


Dan ini merupakan ayat balas Ameera yang boleh dikira pedas dan makan dalam jugaklah, “Saya harap saya tidak membesar menjadi perempuan jalang seperti awak dan adik-beradik awak. Amin.”


Namun, menerusi hasil pemerhatian Mynewshub, akaun Twitter @afifahnasir93 merupakan akaun palsu bilamana Afifah yang sebenar menggunakan tweethandle@afifahnasir sebagai pengenalannya di laman sosial tersebut.

Kiranya akaun yang membalas twit Ameera tadi sebenarnya merupakan akaun palsu yang sengaja direka bagi mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia hangat di luar sana.

Ameera sebelum ini turut menpunyai kisah panasnya yang tersendiri apabila secara terang-terangan memuat naik sebuah video ‘mengutuk’ sekolah kebangsaan vs sekolah antarabangsa di Malaysia.

Ameera merupakan instafamous yang bergerak aktif di Instagram dan setakat ini dia berjaya mengumpul sebanyak lebih 673,000 pengikut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments