Saturday 29 July 2017

Makan Tepi Jalan, Chef Wan Tegur Aliff Syukri


TIDAK habis lagi kontroversi jutawan kosmetik ni. Terdahulu, dia pernah dikecam kononnya menyeksa haiwan peliharaannya, Dido.

Terkini, sekali lagi Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman menarik perhatian berikutan satu post yang dikongsi menerusi laman instagram miliknya baru-baru ini.

Siapa yang mengikuti perkembangan jutawan ‘terlajak laris’ ini, pada masa ini dia sedang bercuti di Switzerland bersama keluarganya. Begitu banyak detik percutiannya yang dikongsi buat tatapan para peminat.

Salah satu post yang menjadi perhatian adalah video luahan rasa sedihnya kerana dia sekeluarga dihalau daripada sebuah restoran dan terpaksa menjamu selera di tepi jalan.



Selain netizen, ia juga menarik perhatian cef selebriti terkenal tanah air , Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail untuk tampil menegur tindakan itu kerana ia agak memalukan.

Chef Wan menegur, sebagai seorang figura, Aliff Syukri seharusnya menjaga imej walaupun ketika berada di luar Malaysia.

Malah, menurut Chef Wan lagi, sebenarnya banyak sahaja meja yang disediakan di taman-taman Switzerland bagi kemudahan kepada para pengunjung menjamu selera.

Jadi tidak perlu sehingga makan di tepi jalan seperti itu. Hal berkenaan dikongsi berikutan Chef Wan kebetulan pula sudah berpuluh-puluh kali ke sana.

Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan. I find that shocking. First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada. Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan. There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari. This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to. Being a public figure now like it or not he must learn the do and donts. Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them. Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class! U might have the money but u cannot buy the class! Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini. Bila memberi pandangan begini mesti la ada kata kita dok dengki dgn harta mereka. Kita pun duit makan tak habis jugak tapi tak payah la buat perangai mcm tu yg jadi kan lagi kita manusia mencari pasal mengata kan hal kita. Actually itu satu perbuatan yg tidak cerdik dan jangan la di jadi kan contoh tauladan kepada sesiapa pun Ustaz kata as that will create more human beings yg ada sifat phd dan mcm2 lagi. Bila saya mendengar apa yg di debat kan ada juga betul nasihat Puan Sri Tadi to also all her friends. She said " Orang Melayu ni sedikit2 kita phd dgn depa yg cakap2 dan sokong itu pun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, no wonder la mereka naik lemak as they thing its ok to behave in such a manner to seek attention. Bila kita kata perangai mcm orang kampong dan jakun Kaya depa marah kita balik! Said another Datin Seri pulak. Kita dengar saja and i am sure so many of us also hear this thing being debated all the time. Bila saya melihat segala drama minggu ini di pentas kan it is also a lesson to each and everyone of us to be careful with our image on social media. Tersilap langkah habis la!
A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Kalau difikirkan balik, betul juga apa yang diperkata oleh cef selebriti itu.

Sepatutnya apabila berada di negara orang, tingkah laku kenalah jaga kerana secara tidak langsung kita membawa bersama nama negara, Malaysia. Jangan sampai memalukan negara sendiri.

Harap Aliff boleh menerima teguran itu dengan hati yang terbuka ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments