Saturday 29 July 2017

Betul Ke Cerita Uqasha? Suami Wanita Itu Luah Isinya


INGAT tak lagi tentang isu Uqasha Senrose dan wanita bertudung labuh dekat sebuah stesen minyak di Gua Musang, Kelantan? Ini ada sambungan sikit tentang kisah tular itu…

Kalau hari itu kami ada cakap yang Nik Zaris Uqasha Nik Zin, 26 atau dikenali sebagai Uqasha, dikatakan telah diserang oleh wanita bertudung labuh yang menunjukkan penumbuk kepadanya.

Namun kali ini suami kepada wanita tersebut tampil untuk clearkan keadaan.

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Amirul Syafiq menerusi akaun Facebooknya sendiri telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam status terbaharunya.


Dia mendakwa ada saksi yang nampak yang Uqasha ketuk cermin tingkap kereta suami isteri ini dan bukannya dia turun untuk meminta maaf… Macam mana ni? Uqasha reka cerita ke?

Katanya juga tentang perihal isterinya mengeluarkan telefon ialah bukan untuk tularkan kejadian ini. Tapi hanya untuk merakamkannya sebagai bukti jika terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Mungkin kerana Uqasha sedar bahawa dia ialah artis, jadi Uqasha terus masuk semula ke dalam keretanya itu.


Sebabkan kejadian tu, Uqasha telah pun memuat naik sebuah video yang menerangkan tentang kejadian dia ‘diserang’.

Jadi sekarang ni mana satu yang betul? Uqasha yang halang jalan pasangan suami isteri tersebut atau mereka yang bersalah sebenarnya?

Apa pun kita tahu ini bukanlah isu besar kerana ia cuma berlaku salah faham. Cuma lepas ni kalau ada terjadi perkara macam ni, kita boleh settle cara baik.

Jumpa dan terangkan siapa yang betul dan siapa yang salah. Dan juga tak perlu untuk buat cerita atau tokok tambah perisa AjiNaMoto bagi sedap lagi cerita tu… No no no… Tak baik fitnah okayy. - MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments