Friday 30 June 2017

Tangan Tersangkut Dalam Jamban Kerana Pemetik Api


NASIB malang bagi seorang lelaki berusia 42 tahun apabila tangan kanannya tersangkut di dalam lubang tandas di Taman Seri Kemuning, Temerloh, Pahang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Adli Azani Mohd Amin cuba mengambil pemetik api yang terjatuh ke dalam lubang tandas.

Namun, cubaanya mengundang padah apabila tangannya tersangkut dan terpaksa menanggung kesakitan kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba.

Awas Taktik Sindiket Curi Data Peribadi!


GOMBAK – Berhati-hati apabila anda diminta untuk mendedahkan butiran peribadi kerana ia mungkin akan berakhir di tangan sindiket pencuri data.

Terbaharu seorang pesara, Liang Ngan Kan, 73, mendapati dirinya telah berhutang bil pascabayar walaupun tidak pernah memiliki telefon bimbit.

Beliau kini berhutang sebanyak RM1,800 dengan syarikat telekomunikasi selepas butiran peribadinya dieksploitasi oleh pihak tidak dikenali dengan cara mendaftarkan beberapa nombor pascabayar, lewat tahun 2015.

Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta


LOS ANGELES – Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem Star Wars berjaya dijual pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta), kata agensi pelelong di selatan California.

Agensi di Los Angeles itu dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot tersebut dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Thursday 29 June 2017

Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk


PERJALANAN pulang sekeluarga dari menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur terjejas selepas seorang daripada ahli keluarga tersebut terlibat dalam kemalangan di kawasan rehat di plaza tol Ipoh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat tahun cedera di leher selepas dilanggar seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Wanita Pengsan Selepas Pecahkan Gelang RM113,915


PERATURAN ‘anda pecahkan, anda perlu bayar’ sering dipaparkan di kedai kaca atau sebarang kedai oleh pemilik yang bimbang barangan mereka pecah akibat kecuaian pelanggan.

Nampaknya, seorang pelanggan terpaksa berdepan dengan kerugian selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed bernilai $26,500 (RM113,915) sehingga pecah di sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan di China.

Pemandu Teksi ‘Cekik Darah’, Caj RM60 Untuk 4KM


JIKA sebelum ini banyak kes membabitkan pemandu kereta Uber dan GrabCar tetapi kali ini seorang pemandu teksi didakwa mengenakan caj melampau terhadap pelanggannya semalam.

Menerusi video yang dimuat naik Desty Rahma Wati, dia mendakwa dikenakan caj melampau oleh seorang pemandu teksi terhadapnya dan tiga lagi rakan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan rakan-rakannya menggunakan perkhidmatan teksi dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Pudu Sentral dan setiap seorang mereka dikenakan caj RM15 setiap seorang bagi perjalanan yang jaraknya empat kilometer sahaja.

Maureen Pemenang Asia’s Next Top Model Musim Ke-5


FINALIS Filipina, Maureen Wroblewitz memenangi program realiti pencari model Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim kelima yang disiarkan di saluran Astro Star World, semalam.

Maureen, 18, peserta termuda musim ini merupakan model pertama dari Filipina yang berjaya menggenggam gelaran juara program tersebut yang mula bersiaran sejak lima tahun lalu.

Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia


Akibat bertugas selama empat hari tanpa henti, seorang pakar bius meninggal dunia ketika bertugas di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia.

Jawapos melaporkan, Dr. Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada Selasa malam.

Stefanus dilaporkan bertugas kerana menggantikan rakan sekerja yang bercuti menyambut Aidilfitri dan dia bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.

Muntah Yang Jijik Tapi Sangat Berharga


SEBUT sahaja tentang muntah, pasti akan rasa jijik dan kembang tekak bukan? Namun bagaimana jika sisa buangan itu menjadi bahan yang sangat berharga hingga mencecah jutaan ringgit?

Ambergris atau muntah ikan paus merupakan satu bahan yang bersifat mudah terbakar seperti lilin di mana ia berfungsi sebagai pelindung kepada haiwan mamalia terbesar di dunia itu daripada memakan makanan yang tidak sepatutnya dimakan oleh haiwan itu.

Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Bandar Seri Behrang, Tanjung Malim, Perak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kaki mangsa tersangkut dalam lubang tandas cangkung dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Inilah 7 Makanan Paling Mahal Di Dunia


MAKANAN menjadi keperluan utama untuk manusia meneruskan hidup dan kenaikan harga barangan makanan pastinya akan membuatkan kita pening untuk menghadapinya.

Namun tahukah anda walaupun kita berdepan dengan kos kenaikan harga barangan makanan, terdapat makanan yang harganya tidak masuk akal dan tersangat malah sehingga dikategorikan antara makanan yang paling mahal di dunia.

Rihanna Bercinta Dengan Billionaire Arab Saudi


PENYANYI Rihanna dikhabarkan sedang hangat dilamun asmara dengan billionaire Arab Saudi, Hassan Jameel. yang juga merupakan pewaris perniagaan keluarganya.

Hubungan mereka berjaya dihidu selepas paparazi mengekori mereka ketika bercuti di sebuah villa di Sepanyol baru-baru ini.

Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung


SETELAH sekian lama menyepi, Gunung Sinabung di Indonesia kembali ‘mengaum’ pada tahun 2014 dengan muntahan lahar panas serta debu panas setelah 400 tahun terlena.

Letusan besar itu mengorbankan 16 nyawa sehingga memaksa pihak berkuasa Indonesia menetapkan kawasan sekitar gunung berapi itu sebagai zon larangan.

Jaga-Jaga! Ada Mata Perhati Guna Lorong Kecemasan

APABILA berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sudah tentu ada pemandu yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan lorong kecemasan.


Sudah jelas bahawa lorong kecemasan bukan digunakan untuk kenderaan biasa tetapi masih ada juga pemandu yang ‘degil’ hanya kerana mahu cepat sampai ke destinasi.

Namun, pernahkah anda sebagai pemandu memikirkan kesan daripada tindakan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati boleh mendatangkan masalah kepada orang lain?

Tindakan menggunakan lorong kecemasan ini boleh membahayakan nyawa orang lain yang jelasnya memerlukan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, ambulans ataupun polis.

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera


BESUT – Seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya awal pagi tadi.

Ekoran kejadian itu polis menahan seorang buruh lelaki berumur 38 tahun yang dipercayai bertanggungjawab di atas kematian kanak-kanak berumur 5 tahun 2 bulan itu, hari ini.

Ketua Polis daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahkan kejadian itu berkata kanak-kanak itu dibawa sendiri oleh suspek untuk mendapatkan rawatan di Bilik Kecemasan, Hospital Daerah Besut kira-kira 3.30 pagi tadi tetapi mendapati mangsa telah meninggal dunia sebelum diberikan rawatan.

Wednesday 28 June 2017

Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang


BEIJING: Adakah pelik mendapati orang memasak dengan selamba dan makan mi segera di lapangan terbang tanpa mengendahkan orang awam yang lalu-lalang di situ?

Sekumpulan pelancong warga China seperti berkelah, memonopoli bangku panjang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Sabtu, 10 Jun lepas, sekitar 9 pagi.

Mereka sedang menunggu penerbangan Ke London.

Dipaksa buat seks dengan anjing, makan zakar sendiri…


LONDON: Sebuah kumpulan pelampau yang didakwa menggerakkan kempen zaman gelap, disabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki dengan didera dan dipaksa memakan kemaluan sendiri.

Mangsa, Jimmy Prout, 45, menganggap ahli sebuah kumpulan ekstremis berkaitan kultus zaman gelap, sebagai rakan.

Namun, hal terjadi yang dilakukan oleh “rakannya itu” terhadapnya adalah sebaliknya.

Keluarga ini dianiaya pihak hotel, tapi lain orang pula yang meroyan


IPOH, PERAK - "Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang peribadi kami?" demikian kata pelanggan hotel yang mendakwa mereka dianiaya seperti tiada maruah.

Dalam kejadian awal pagi hari raya ketiga, Ucu Baah berkata, ini merupakan kali ketiga mereka menginap di hotel berkenaan dan tidak menyangka dilayan sebegitu rupa. 

"Sedih kami, sedih. Di awal subuh pagi raya ketiga, nasib yang menimpa kami.

Tak Balik Beraya: Bekas Suami Ugut Bunuh Anak


GARA-GARA kecewa dengan bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang menyambut Aidilfitri bersama, seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anak perempuannya berusia empat dan lima tahun dan mengacukan pedang di leher mereka.

Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui


GEORGE TOWN – Polis sedang memburu lima lelaki berikutan penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata mayat M. Sathiwill, 20, dijumpai tertiarap kira-kira 9.30 pagi ini oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah berkenaan.

Baju Macam Alas Meja, Nora Dah Lali Kena Kutuk


PELAKON Nora Danish yang maklum mengenai hal baju rayanya heboh diperkatakan netizen menyifatkan perkara itu tidak menjadi kudis buatnya memandangkan dia sudah lali menjadi bahan kritikan orang di luar sana.

Nora turut ‘memuji’ kreativiti sesetengah netizen yang mengatakan bajunya seperti alas meja.

“Saya berasa mereka bosan. Lagi pula mana ada mengenai saya yang tak tular. Saya sudah biasa dengan semua itu. Mereka memang kreatif.

Harga Minyak Turun Lagi Minggu Ke-5 Berturut-Turut


PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis turun lagi untuk minggu yang kelima.

Ia sudah dijangka pelbagai pihak ekoran kemerosotan harga minyak di pasaran dunia selain ketidakstabilan senario geopolitik global, sekali gus mencipta sejarah baharu apabila julung kali ia turun selama lima minggu berturut-turut.

Prada Pula Jual ‘Paper Clip’ Harga RM795!


JIKA sebelum ini jenama fesyen Balenciaga dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru yang sekali pandang macam beg ikonik Ikea pada harga RM9,450, kali ini Prada pula mungkin perlu berhadapan kecaman orang ramai.

Ini kerana label mewah itu pula dikhabarkan mengeluarkan paper clip yang berharga mencecah hampir RM795 (US$185).

Mesin ATM Pertama Disaluti Emas Di London


SEBUAH mesin juruwang automatik (ATM) yang sudah 50 tahun berkhidmat diberikan penghargaan dengan disaluti emas oleh sebuah bank di London.

Selain disaluti emas, permaidani merah turut dipasang pada mesin di bandar Enfield itu.

Sekeping gambar hitam putih Varney ketia menggunakan mesin itu buat kali pertamanya turut dipasang di atasnya selain plak emas peringatan ditampal pada dinding bank.

Pemandu Grab Pulangkan Dompet Pelanggan RM27K


JIKA sebelum ini sering kali kita terdengar hal-hal buruk tentang pemandu Grab, namun ini satu berita positif mengenai mereka yang wajar dicontohi oleh setiap pemandu perkhidmatan e-hailing.

Seorang penumpang Grab, Leo berkongsi kisah baik hati pemandu Grab yang dinaikinya sanggup memandu balik ke arah lokasi yang diturunkannya selepas Leo mendapati dia tertinggal dompetnya yang mempunyai tiket perlawanan bola bernilai SD$8500 (RM26,364) serta wang tunai SD$350 (RM1,086).

Bahana Langgar Lopak Air: 1 Maut, 6 Parah


GARA-GARA melanggar lopak air, sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan sebelum bertembung dengan dua kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Felda Chiku 3, Gua Musang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa Mohamad Syahrul Rizal Che Ramli, 16, maut di tempat kejadian selepas kenderaan yang dinaiki bersama tiga rakannya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Tiga rakan mangsa yang dikenali sebagai Afizi Nordin, 20, Mohamad Azamudin Mohamed, 20 dan Wan Rafiuddin Wan Razali cedera parah.

Remaja Biadap Sakan Berjoget Atas Kubur


KECOH di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan sekumpulan remaja sakan menari di atas kubur.

Menerusi laman Facebook Viral Agency, satu video dimuat naik menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan tarian kurang bermoral di sebuah tanah perkuburan.

Dalam video berkenaan, tiga remaja itu tanpa rasa bersalah memijak dan mencangkung di atas pusara di tanah perkuburan itu. Mereka juga kelihatan tersenyum dan ‘berseronok’ dengan perbuatan itu.

Jari Kanak-Kanak Tersepit Dalam Eskalator


JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah dua jari tangan kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini, Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa, Noor Muhammad Asrian Afeendy Assiwen, 2, sedang bermain dengan kakaknya di sebuah kawasan di tingkat tiga plaza berkenaan sebelum terjatuh ke atas eskalator menyebabkan jarinya tersepit.

Pembantaian Tentera: Etnik Rohingya Terus Dibunuh


SELEPAS tentangan dunia memuncak pada penghujung tahun lalu, Kerajaan Myanmar mengambil langkah politik dengan mengawal keadaan di Rakhine. Sejak krisis memuncak pada 2012, lebih 1,000 nyawa penduduk Islam Rohingnya dibunuh.

Ia turut menyebabkan 800 ribu umat Islam di wilayah itu melarikan diri ke sempadan Bangladesh, Thailand dan memasuki Malaysia.

Semalam, lapor Reuters memetik maklumat terkini Portal Rohingya Blogger mengenai tindakan Pasukan Keselamatan Myanmar kembali mencetuskan keganasan di Maungdaw Utara, Rakhine.

Wanita China Baling Syiling Ke Enjin Pesawat


SHANGHAI – Seorang penumpang yang berpegang kuat kepada kepercayaan karut melambatkan jadual penerbangan dari Shanghai, selepas membuang syiling ke dalam enjin pesawat kerana percaya ia akan membawa tuah.

Pegawai China berkata, wanita warga emas itu ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, susulan insiden pelik itu yang memaksa 150 penumpang dipindahkan dari pesawat menuju ke Guangzhou di selatan China.

Tuesday 27 June 2017

'Dah tegur jangan merokok sebab ada baby, dia marah pula'


KUALA LUMPUR - Berang ditegur jangan merokok. seorang lelaki bertindak mencampak puntung rokoknya kepada lelaki yang menegurnya itu. 

Dalam kejadian di sebuah kedai di Bestari Solaris, Dutamas, semalam, Zukhairi Ahmad, cuba menegur lelaki terbabit agar berhenti merokok kerana ada pelanggan di belakangnya yang membawa anak kecil. 

Malangnya, lelaki terbabit tidak mengendahkan teguran itu, malah dengan biadab mencampakkan puntung rokoknya ke arahnya.

Wanita Korea Utara dibelasah kerana buat hubungan seks


KOREA UTARA - Rakaman video pihak ejen keselamatan Republik Korea Utara membelasah seorang wanita yang didakwa telah melakukan hubungan seks bersama lelaki Cina dan Korea Selatan selepas melarikan dari negara itu, viral di media sosial. 

Rakaman video yang dibuat pada tahun 2012 itu menunjukkan, wanita terbabit dibelasah bertubi-tubi dan tidak berdaya melindungi dirinya kerana kedua-dua belah tangannya diikat di belakang.

Perompak Tersangkut Di Bumbung Rumah


PADAH cuba menceroboh, seorang lelaki ditahan polis selepas melarikan diri ke bumbung sebuah rumah yang diceroboh dalam kejadian di Kampung Lutong Batu, Miri, Sarawak, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, penjenayah yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tersangkut di atas bumbung rumah berjaya ditahan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.

Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017


SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri 2017 diraikan dengan penuh ragam dan aksi menarik hingga ia menjadi tular di media sosial.

Aksi 'luar biasa' ini turut mencuit hati netizen di laman media sosial. 

Gaya bergambar dengan gaya yang unik, pakaian sedondon yang memang terbaik antara yang dikongsi di laman Facebook.

Tidak perlu menjadi artis untuk galmor, cukup sekadar menampilkan kelainan.

Baju Raya Nora Danish Disamakan Macam Alas Meja!


JIKA pada Mac lalu busana nikah Nora Danish dikecam, kali ini episoda sama berulang kembali buat pelakon kecil molek ini.

Nora sekali lagi dikritik netizen apabila baju rayanya pada tahun ini dikecam tidak sopan apabila ‘membelanjakan’ sebahagian kakinya kepada umum.

Seperti semua sedia maklum, kebiasaan pakaian raya untuk wanita Melayu adalah seperti baju kurung, kebarung dan kebaya.

‘Superman’ Berbaju Raya Tumbang Di Lebuh Raya


SATU rakaman video menjadi tular di laman sosial memaparkan lima remaja menunggang lima buah motosikal yang dipercayai ‘merempit di Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE), Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian Sahrizat Kamarudin, sekumpulan remaja tersebut telah memintas kenderaannya dan salah seorang daripada mereka melakukan aksi ‘superman’ di atas motosikal.

Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial


LEBIH rela berpura-pura buta selama 28 tahun hanya kerana tidak suka bertegur sapa.

Itulah situasi yang dilalui seorang wanita dari Madrid, Sepanyol, Carmen Jimenez, 57, yang mengakui dia hanya berpura-pura buta sejak 28 tahun lalu hanya kerana tidak suka bersosial dan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang dijumpainya.

Ahli keluarganya pun ditipu bulat-bulat apabila Carmen memberitahu mereka yang dia buta disebabkan mengalami kecederaan parah di bahagian mata sejak hampir tiga dekad lalu.

Beras Asli VS Beras Tiruan! Ini Cara Membezakannya…


BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi tentang kewujudan beras palsu yang sama seperti beras plastik.

Masalah beras palsu yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.

Menurut sumber, beras palsu ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin, lalu diproses dan dibentuk seperti beras asli.

Kereta Dilanggar Dari Belakang: Guna Tips Ini


MENGAMUK, marah dan emosi yang tidak menentu. Itu antara yang akan dialami apabila kereta dilanggar dari belakang.

Sebelum ini ada beberapa kes dilaporkan apabila pemilik kereta mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang malah ada juga yang bergaduh hingga cedera dan menjadi kes polis.

Perkongsian seorang peguam Salkukhairi Abdul Sukor di laman Facebook boleh membantu anda sekiranya berhadapan dengan situasi kemalangan terutamanya apabila kenderaan dilanggar dari belakang.

Awas, Jangan Campur Susu Dengan Teh & Kopi!


NIKMATNYA rasa bila dapat ‘pekena’ teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah minuman lain yang bercampur susu.

Memang minuman yang disebutkan tadi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari yang kecil hingga dewasa.

Namun awas! Ada yang mengatakan susu sebenarnya tidak boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti teh dan kopi kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh seseorang.

Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser


KUALA LUMPUR – Akhir-akhir ini terdapat banyak perkongsian melalui media sosial berkaitan makanan atau diet yang perlu diamalkan untuk mencegah serangan penyakit kanser.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut dan sumbernya apatah lagi terdapat percanggahan antara artikel-artikel tersebut.

Ada antara artikel melaporkan kononnya makanan seperti soya merupakan agen pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut dalam diet harian.

Nak Mencuri, Haiwan Pula ‘Direjam’ Dart Dan Buluh


SUDAHLAH tidak mempunyai tempat untuk berlindung, dilayan pula kejam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Itu yang dialami kucing dan anjing jalanan di Penampang, Sabah apabila ada pihak mendakwa haiwan tersebut ‘direjam’ dengan dart dan buluh hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, kejadian tersebut berlaku sejak Ogos tahun lalu dan dilakukan pada awal pagi.

Monday 26 June 2017

Macam Mana Boleh Berlanggar?


PENUMPANG yang menaik sebuah jet mengalami detik-detik mencemaskan apabila pesawat yang dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta, hanya beberapa minit sebelum berlepas.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Lapangan Terbang Alicante-Elche di Sepanyol melibatkan pesawat Vueling yang dinaiki 153 penumpang dan krew.

Dalam insiden itu, pesawat yang menuju ke Rome berkenaan bergerak ke arah landasan sebelum berlanggar dengan sebuah kereta, menyebabkan enjin kanan jet terbabit mengalami kerosakan.

Pesawat Bergegar Seperti Mesin Basuh


SEORANG juruterbang menukar penerbangan pesawat AirAsia yang membawa seramai 359 penumpang dalam perjalanan ke Malaysia disebabkan oleh masalah teknikal.

Pesawat D7237 berlepas sebelum pukul 7 pagi Ahad dari Lapangan Terbang Perth menuju ke Kuala Lumpur, tetapi terpaksa mendarat semula pada pukul 10 pagi di Perth.

Tersilap tekan pedal minyak punya wanita rempuh jemaah


PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden sebuah kereta merempuh jemaah yang sedang keluar selepas menunaikan solat sunat Aidilfitfridi luar sebuah pusat sukan di Westgate Road di Newcastle, utara England pada Ahad.

Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu seorang wanita berusia 42 tahun dilaporkan terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum merempuh sekumpulan jemaah yang keluar dari Masjid Sentral Newcastle, menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak cedera.

Peti sejuk punca Menara Grenfell, London terbakar


LONDON: Mail Online mendedahkan, siasatan awal polis mendapati, peti sejuk jenama Hotpoint model FF175BP dikatakan sebagai punca Menara Grenfell 24 tingkat di utara Kesington terbakar.

Kebakaran tersebut mengorbankan hampir 80 jiwa dengan ratusan mangsa cedera.

Peti sejuk model Hotpoint tersebut belum ditarik balik daripada pasaran oleh pengeluarnya.

Video lagu Hari Raya dimain di gereja tular


Sabah dan Sarawak sering dianggap contoh dua negeri yang memiliki sifat toleran yang tinggi dalam beragama.

Hubungan antara etnik dan agama di kedua-dua negeri sentiasa pada tahap tinggi dengan konflik agama dan etnik jarang-jarang berlaku.

Sabah dengan lebih 40 etnik dan Sarawak sekitar 30 etnik oleh banyak pihak merupakan contoh terbaik yang perlu diteladeni pihak luar yang saling menghormati agama lain.

Ada hantu budak panjat katil, tidur di sebelah bayinya!


DEVON: Sebastian Evans, bayi berusia 18 bulan tidur di dalam katil bayi.

Ketika ibunya Laura Haigh, 39, dan Dean Evans, 42, memantau anak mereka melalui monitor kamera pemantau bulan lalu, mereka terlihat satu lembaga menyerupai bayi lain cuba memanjat katil dan tidur di sebelah Sebastian di rumah mereka di Plymouth, Devon, England.

Memerhati rakaman di monitor, pasangan terbabit menyedari terdapat objek seperti bayang-bayang mirip bayi lain berbaring di sebelahnya yang disangka mereka patung beruang berada di dalam katil bayi di sebelah Sebastian.

Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati


KOTA KINABALU: Bekas guru sekolah swasta, Suhailah Abdullah, 44, dituduh mengedar syabu 959.5 gram di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Bagi tuduhan yang dilakukan pada 11.50 pagi pada 27 Mei 2013 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kanak-kanak maut, mercun meletup di muka


KUCHING, SARAWAK - Ketika umat Islam yang lain sedang menyambutkan Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, maut terkena letupan mercun, lapor media tempatan. 

Dalam kejadian lebih kira-kira jam 12 tengah hari Ahad di rumahnya, Kampung Bintawa Hilir, mangsa, Haiqal Hakim Zolpak, 12, dilaporkan bermain mercun secara bersendirian.