Friday 31 March 2017

Pakaian, Cium Mulut Nora, Apa Pandangan Ahli Agama?


BAGI yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara semalam, pasti ada perasan satu adegan si pasangannya, Nedim Nazri cium bibir isterinya sejurus selepas mereka selamat diijabkabulkan.

Rata-rata netizen kecoh mengatakan perbuatan mereka berdua itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum memandangkan itu merupakan majlis agama yang mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

MYNEWSHUB menghubungi pendakwah terkenal, Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haslin Bollywood untuk mendapatkan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu tersebut.

Kartunis ‘Sindir’ Peniaga Main Agama Jadi Pelaris


BERNIAGA itu tidak salah tetapi cara menjalankan perniagaan dengan meletakkan nama seperti mempergunakan agama sebagai pelaris adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Malah, lebih menyedihkan apabila ada peniaga yang seolah-olah mempermainkan agama dengan ‘menghalalkan’ perkara yang sudah jelas dosa dan haram di sisi syarak itu sendiri.

Jika sebelum ini ‘Nasi Lemak Pondan’ menjadi tular menerusi media sosial sebelum ‘digemparkan’ pula dengan nama ‘Nasi Lemak Gay’ sehingga mendapat kecaman masyarakat Muslim.

3 Suspek Korea Utara Pulang Dengan Mayat Kim Jong-nam


SEPANG – Suspek warga Korea Utara yang dikehendaki untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Kim Jong-nam dipercayai telah mengikuti penerbangan balik ke negara mereka lewat Khamis.

Mereka turut mengiringi keranda mangsa yang merupakan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam penerbangan ke Beijing, China selepas Malaysia bersetuju perjanjian pertukaran dengan rejim komunis itu.

Agensi berita antarabangsa Reuters yang menerima foto eksklusif daripada jurugambar Kyodo Jepun memaparkan suspek berada dalam pesawat Malaysia Airlines menerusi penerbangan MH360 berlepas jam 6 petang Khamis.

Tan Sri Direman 5 Hari Kes Cuba Rasuah Sultan Johor


PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 4 April itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Lelaki berusia 54 tahun tersebut ditahan SPRM selepas dia menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu semalam.

Doa Nora Bahagia: Netizen Puji Sikap Gentleman Jejai


“GENTLEMAN”. Itu yang dilontarkan netizen apabila Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai hadir ke majlis perkahwinan Nora Danish dan pasangannya, Nedim Nazri semalam.

Menerusi perkongsian Jejai di laman Instagramnya, dia menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut sambil mendoakan supaya mereka mendapat kebahagian hingga ke akhir hayat.

“Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua dan mendoakan supaya kebahagiaan rumah tangga kalian terus mekar serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya-Allah.

Jijik: Sarung Tangan Dijumpai Dalam Tin Sardin


Laman Facebook group IRDK (Kelantan) sensasi dengan beberapa foto daripada individu bernama Abiey Putra yang berkongsi penemuan sehelai sarung tangan di dalam tin sardin yang dibelinya.

Menerusi perkongsian tular itu, Abiey memuat naik tiga keping gambar jelas memaparkan sehelai sarung tangan yang dijumpai di dalam tin sardin jenama Yummy.

Menurut statusnya, sardin jenama Yummy itu dibelinya di sebuah kedai RM2 yang tidak dinyatakan lokasinya.

Asia’s Next Top Model: Wakil Malaysia Tak Baca Kritikan


DUA peseta Malaysia yang terpilih dalam Asia’s Next Top Model 5 (AsNTM5), Alicia Amin dan Shikin Gomez memberitahu mereka sentiasa mengamalkan sikap positif dan tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan negetif yang diberikan kepada mereka kerana menyertai program itu.

Shikin 24, dan Alicia, 22, berkata walaupun musim terbaru itu belum mula ditayangkan di televisyen, namun mereka berdua sudah mula menerima kecaman dan kritikan melalui laman sosial.

“Saya memang tak baca sebarang komen di internet kerana tidak mahu terkesan dengan kata-kata yang dilempar kepada saya.

Jutawan Insaf Selepas Terlibat Dalam Kemalangan


LELAKI ini Mazzi Dumato, 38, bukan sembarangan orang. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan terlibat dalam pemasaran serta hartanah di Dubai.

Namun selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya, Mazzi, yang juga seorang playboy telah menukar kehidupannya.

Beliau menderma pada golongan yang memerlukan dan tidak lagi menjalani kehidupan mewah seperti dulu. Mazzi kini hidup secara sederhana.

Ketika menceritakan titik perubahan itu, Mazzi berkata, pada hari kemalangan itu berlaku, beliau sedang memandu kereta Ferrari.

Gadis dikurung 16 tahun kerana hamil anak luar nikah


CEARA, BRAZIL - Seorang wanita yang dihukum oleh keluarganya kerana mengandung dan dikurung selama 16 tahun di sebuah bilik kecil akhirnya dibebaskan dari 'penjara' itu, lapor Daily Mail.

Maria Lucia de Almeida Braga, 36, dikurung dalam bilik seluas 3 x 3 meter selepas dia didapati mengandung pada usia 20 tahun, hasil hubungan bersama dengan lelaki yang dipercayai kekasihnya. 

Apabila dia bersalin, bayi lelakinya diberikan kepada keluarga lain.

Kisah Memilukan Farida Jadi Hamba Seks ISIS


Farida Perempuan muda bekas hamba seks Militan ISIS menceritakan bagaimana ia diperlakukan seperti binatang selama 2 tahun di Mosul Irak Utara.

Farida salah satu tahanan perempuan, mengaku disembunyikan sebagai hamba seks oleh orang-orang pejuang ISIS yang telah berkeluarga dan memperlakukannya seperti seekor binatang.

Harian Mirror, Selasa (28/3/2017), melaporkan, bekas hamba seks militan ISIS berusia 27 tahun itu diculik dua tahun silam di kampungnya, tepatnya ketika Farida berusia 25 tahun.

Setelah militan Irak semakin kuat menekan pemberontak ISIS, Farida memanfaatkan peluang untuk melarikan diri ke arah tentara Irak yang sedang mengepung para ISIS tersebut.

Thursday 30 March 2017

Drama ‘Jong-nam’ Selesai Selepas 46 Hari


KUALA LUMPUR – Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini.

Segalanya bermula susulan pembunuhan seorang lelaki, Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lepas.

Lelaki itu, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mati akibat mukanya dilumur dengan agen saraf VX oleh dua wanita warga asing.

Nora, Nedim Sah Bergelar Suami Isteri


KUALA LUMPUR – Dengan dua kali lafaz, bintang jelita, Nora Danish sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri kira-kira jam 8.37 malam ini pada majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Seputeh, di sini.

Diadakan secara sederhana, majlis tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 200 anggota keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Nora, 35, berkata, beliau bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berpanjangan.

Pegawai Polis, Warga Bangladesh Di Reman


SHAH ALAM – Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan daripada seorang pengusaha restoran bagi membebaskan pekerjanya yang ditahan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Individu Rasuah Sultan Johor Serah Diri Di SPRM


PUTRAJAYA – Individu dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran membawa gelaran ‘Tan Sri’, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata lelaki berusia 54 tahun itu tiba di pejabat SPRM di sini, beberapa jam selepas beliau memberi amaran akan mendedahkan identiti termasuk mengedarkan gambarnya melalui media jika enggan menyerah diri.

Katanya, ketika ini siasatan sedang dijalankan ke atas suspek terbabit yang didakwa cuba menawarkan RM2 juta kepada Sultan Ibrahim sebagai dorongan mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.

Wefie Terlampau, 3 Gadis Dikecam Netizen


FENOMENA swafoto sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja masa kini patah lagi dengan kemunculan pelbagai peranti canggih dan aplikasi memudahkan lagi setiap momen dirakam.

Namun apa yang tidak enaknya, apabila kemudahan dan kecanggihan itu ada disalahgunakan sehingga mampu menjatuhkan maruah, harga dan martabat diri sendiri.

Terbaharu laman Facebook tempatan mula sensasi dengan sekeping foto tiga gadis berhijab ber’wefie’ lucah di sebatang jalan tar sehingga tular hangat diperkatakan.

Nasi Lemak Gay Gulung Tikar Sementara Kerana Dikecam


KETIKA kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak Gay, sehingga menjadi tular dan bualan netizen menerusi media sosial.

Malahan, pengusaha Nasi Lemak Gay di ibu negara ini mengakui berdepan situasi sukar sejak hari pertama nama itu digunakan untuk mempromosi jualannya.

Susulan itu, operasi gerai berkenaan terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Pencuri Tabung Masjid Dapat RM50 Jer…


MIRI – Dua pencuri sekadar mendapat RM50 sahaja ketika cuba berhempas pulas mahu mencuri duit daripada beberapa peti tabung di Masjid An-Naim, Lutong di sini, awal pagi kelmarin.

Ia berikutan tindakan bijak pihak pengurusan masjid tersebut yang sebenarnya sudah pun mengosongkan dua daripada tiga tabung ditempatkan di rumah Allah berkenaan, lebih awal lagi sebelum itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid, Marli Ali, kejadian dipercayai berlaku 2.30 pagi apabila dua penjenayah terbabit menceroboh masjid itu selepas berpenat lelah mengumpil pintu hadapan menggunakan batang besi.

Rita Tak Peduli Digelar Pemusnah Rumah Tangga


DITUDUH menjadi punca kepada masalah rumah tangga pelakon Aqasha, Rita Rudaini memberitahu bahawa dia tidak mahu mengambil peduli tentang kecaman yang diterima dan dia juga tidak kisah jika dirinya dilabel sebagai ‘pemusnah’ rumah tangga orang.


“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen. Saya tidak perlu memanjang isu ini kerana saya tidak kisah apa yang berlaku dan apa angapan orang ramai tentang saya.

Risiko Tinggi, Doktor Halang Kim K Hamil Anak Ke-3


BINTANG antarabangsa, Kim Kardashian atau lebih dikenali dengan panggilan Kim K memberitahu bahawa dia tidak boleh menambah cahaya mata kerana dilarang oleh doktor yang merawatnya.

Menurut portal hiburan E!, doktor menasihatkan Kim K untuk tidak hamil lagi kerana dia mempunyai beberapa masalah yang akan memberi risiko kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan sehingga boleh membawa kematian.

Artis Perancis Cuba Menetas Telur Pula


PARIS – Selepas tinggal dalam arca beruang selama dua minggu dan dalam batu selama seminggu, ahli seni Perancis, Abraham Poincheval kini cuba menetas telur ayam pada Rabu.

Dalam aksi terbaharunya itu, Poincheval, 44, akan meniru ayam dengan mengeramkan 10 telur dengan haba badan sehingga ia menetas dalam sebuah vivarium gelas di Muzium Palais de Tokyo di sini.

Beliau menjangka usahanya itu akan mengambil masa antara 21 hingga 26 hari.

Dalam eksperimennya ini, Poincheval duduk di kerusi dengan telur dalam bekas di bawah kerusi itu.

Parah Didera Suami Kerana Facebook


KAHERAH – Seorang lelaki tergamak mendera dan mengurung isterinya hanya kerana mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook.

Menurut laporan media Mesir, lelaki berkenaan sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.

Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan atau minum.

Mael XPDC Rebah Kerana Gout, Bukan Nazak


TULAR menerusi media media sosial semalam mendakwa konon vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim sedang nazak selepas ditemui rebah di rumahnya, di Johor.

Bagaimanapun, pengurusnya, Yazid memberitahu Mael sebenarnya dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor awal pagi Rabu kerana penyakit gout dan dia berada dalam keadaan yang stabil di bawah pemerhatian doktor.

Dera Kanak-Kanak Tidak Sedar Perbuatannya Dirakam


SEPASANG suami isteri terkejut selepas mengetahui anak mereka hampir maut akibat tercekik makanan setelah dipaksa makan oleh pengasuh.

Perbuatan berkenaan terbongkar selepas pasangan terbabit melihat kamera CCTV yang dipasang di rumah mereka.

Apabila pasangan suami isteri, Zhang dan Chen, yang menetap di Fuzhou, China itu bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada pengasuh terbabit, dia dengan selamba memberitahu moodnya tidak baik pada hari berkenaan.


Remaja Jual Dara Pada Pembeli Bayar RM10 Juta


REMAJA ini, Aleexandra Kefren sebelum ini telah mengiklankan diri untuk menjual daranya dan kini hajatnya itu tercapai apabila dia mendapat bidaan tertinggi pada harga 2.3 juta euro atau kira-kira RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan dari Hong Kong.

Proses membida itu dikendalikan oleh sebuah agensi Cinderella Escorts dari Jerman. Bagi tujuan berkenaan, sebuah bilik hotel telah ditempah dan Kefren, 18, juga telah berbual dengan pembelinya itu melalui telefon.

Polis Terkejut: Tak Tahu Kekasih Pondan Walaupun Sudah Tidur Bersama


KOTAWARINGIN BARAT, Indonesia: Lapan bulan bercinta, termasuk telah mengadakan hubungan seks, seorang lelaki gagal menyedari bahawa kekasihnya itu adalah seorang pondan.

Bunyinya aneh, tetapi itulah hakikatnya apabila seorang lelaki membuat pengakuan yang mengejutkan setelah ditangkap khalwat Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis dan Bomba Daerah Kobar, Herman F Lion, pihaknya juga terkejut, apatah lagi pasangan itu mengaku telah mengadakan hubungan intim.

Ular Tedung Terdesak Jadi 'Mesra Manusia' Kerana Terlalu Dahaga


Biasanya, ular tedung akan cuba melarikan diri apabila terserempak dengan manusia tetapi satu video yang dirakam di India membuktikan sebaliknya berlaku apabila mereka terdesak.

Penyelamat haiwan liar di selatan India telah merekodkan bagaimana seekor ular tedung sepanjang 3.7 meter tiba-tiba menjadi 'mesra manusia' apabila ia terdesak dalam kerana terlalu dahaga akibat kemarau.

Dipercayai, ular itu memasuki sebuah kampung di Kaiga untuk mencari air.

Janda Bidas Isu Video Viral Hantaran RM 20K


MASIH ingat kepada ‘anak mami’ bernama Farah Elmo, gadis yang tular di laman sosial gara-gara memberi amaran kepada golongan lelaki bujang supaya lebih bersikap bertanggungjawab sebelum berhasrat mahu mengorat mana-mana perempuan?

Tidak cukup dengan video amaran itu yang mendapat reaksi pelbagai terutamanya dalam kalangan lelaki, Farah Elmo tampil pula dengan video kedua, mengutuk sikap segelintir bangsa Melayu yang cepat melatah apabila golongan wanita meletakkan hantaran tinggi sehingga mencecah RM20,000.

Susulan isu hantaran kahwin mahal yang disuarakan Farah Elmo, kini muncul pula video seorang wanita dari Kelantan, memberi pandangan dan nasihat terhadap golongan perempuan supaya tidak meletakkan hantaran yang terlalu tinggi.

Mimpi Bertemu Arwah Ibu Sebelum Ditelan Ular Sawa


Akbar 25 lelaki yang ditemukan maut ditelan ular sawa Senin (27/3/2017) malam, di kebun kelapa sawit Dusun Pangeran sempat bermimpi bertemu Arwah ibunya tiga hari sebelum kejadian.

Hal itu diungkap oleh adik perempuannya Nurjaya dalam panggilan Talepon. Nurjaya berkata bahwa dalam mimpi itu arwah ibu mereka mamanggil Akbar dan berkata merindukan anak dan cucunya.

Nur ketika itu tidak terlalu mengambil Berat tentang mimpi berkenan dan berkata itu hanya mimpi biasa.

Bedah nak cantik bawa maut


Manila: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 29 tahun mati selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik pada satu sesi, Ahad lalu.

Menurut laporan Philippine Star, wanita jelita itu, Shiryl Saturnino, menjalani pembedahan buah dada, punggung dan proses menyedut lemak di sebuah klinik di Mandaluyong City, timur Manila.

Wednesday 29 March 2017

Polis Ipoh Berkas Suspek Kes Cuba Samun Warga Emas


Polis hari ini menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam cubaan menyamun seorang wanita warga emas di Taman Kampar dekat Pasir Puteh di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 28 tahun itu ditangkap secara berasingan di sekitar bandar raya ini susulan maklumat awam serta rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian.

Suspek pertama diberkas di sebuah rumah di Kampung Cik Zainal, Chemor pada 4.21 pagi manakala suspek kedua ditangkap di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun kira-kira 4.50 pagi, katanya dalam kenyataan di sini.

Harga Siling Semua Jenis Minyak Turun Lagi


KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini menyaksikan penurunan bagi semua jenis.

Menurut laporan media tempatan petang Rabu, bermula dari 12.01 tengah malam pada 30 Mac ini sehingga 11.59 malam 5 April depan, harga minyak yang baharu ditetapkan seperti berikut:

Coklat Hilang, Ibu Hempuk Anak Dengan Tas Tangan


SEORANG kanak-kanak perempuan dihempuk dengan tas tangan oleh ibunya gara-gara kesalahan kecil menghilangkan sebungkus coklat yang dibeli.

Video itu dipercayai dirakam di sebuah pasar raya di Thailand berdasarkan pada suara yang kedengaran dalam rakaman tersebut.

Namun lokasi dan masa kejadian tidak dinyatakan secara terperinci oleh pentadbir laman Facebook yang berkongsi klip tersebut.

Tangga Eskalator Terbuka, Pasangan Ini Hampir ‘Ditelan’


INSIDEN ngeri membabitkan eskalator atau tangga bergerak nampaknya masih lagi belum berakhir.

Terbaharu, menimpa kepada pasangan dipercayai suami isteri yang berhadapan detik cemas apabila eskalator yang mereka naiki tiba-tiba terbuka lantas ‘memuntahkan’ setiap kepingan tangga.

Peragut Kantoi Tapi Mengaku Tak Bersalah


“APA bukti, apa bukti,” itu yang dikatakan salah seorang peragut yang ditahan orang ramai selepas cubaannya meragut beg tangan seorang wanita gagal di Perak baru-baru ini.

Video kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dengan memaparkan ‘gelagat’ dua penjenayah menaiki motosikal cuba meragut seorang wanita yang menaiki kereta jenis Proton Wira yang diparkir di sebuah lorong.

Dalam video berkenaan jelas kelihatan salah seorang suspek membuka pintu kereta mangsa dan merampas beg tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri.

Lepas Pondan, Kini Nasi Lemak Gay Pula…


BELUM habis lagi cerita tular mengenai Nasi Lemak Pondan, kini muncul pula Nasi Lemak Gay yang dibuka di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

Menggunakan strategi sama iaitu penggunaan nama yang boleh mencetuskan kontroversi, kini ia dilihat seakan-akan menjadi ‘trend’ sebagai taktik pelaris perniagaan pula.

Justeru, tidak hairan kalau selepas ini muncul pula nama lain yang bertentangan dengan norma-norma murni kehidupan masyarakat Malaysia berteraskan adab Timur.

Awek Pantai Timur Gaduh Rebut Boyfriend


PENGGUNA laman penstriman video YouTube menggunakan nama Staff KV berkongsi tiga video pendek pergaduhan antara dua remaja perempuan dikatakan berebut seorang lelaki bernama Arif.

Menerusi percakapan yang kedengaran di dalam video tersebut, kejadian itu berlaku di salah sebuah negeri di Pantai Timur namun butiran terperinci tidak dinyatakan.

Di dalam video itu, seorang remaja perempuan yang memakai baju merah diasak pertanyaan bertalu-talu daripada seorang lagi remaja perempuan bertudung biru yang mengaku dirinya kekasih kepada lelaki bernama Arif sambil disaksikan oleh beberapa lagi remaja lain.

Letak Harga Tinggi, Sufian Suhaimi Lupa Diri?


MESKI baharu menapak dalam industri seni hiburan, namun nampaknya nama penyanyi yang semakin meningkat naik, Sufian Suhaimi sudah terpalit dengan bermacam-macam cerita.

Terbaharu, timbul pula dakwaan penyanyi lagu Terakhir ini sudah lupa diri apabila meletakkan harga tinggi pada persembahannya baru-baru ini.

Menjawab hal itu, Sufian tampil menafikan dakwaan negatif yang melibatkannya itu sebaliknya menjelaskan harga persembahannya ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Netizen Kritik Fesyen Seluar Ketat Neelofa


TIDAK dinafikan Neelofa mempunyai fashion sense yang bagus, tengok sahajalah fesyen tudung yang digayakannya pun turut menjadi ikutan ramai wanita di luar sana.

Namun, tak semua peminat bersetuju dengan fesyen seluar ketat yang dipakai Neelofa dalam sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Tak kurang juga ada di kalangan netizen yang mengkritik fesyennya yang dikatakan tidak seiring dengan gelaran Hajah yang dimilikinya sebaik menunaikan haji tahun lalu.

Habis Pecah Mesin ATM Ditumbuk Lelaki Ini


GEORGE TOWN – Akibat berang kerana gagal mengeluarkan wang, seorang lelaki bertindak memecahkan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini.

Dalam kejadian di Lintang Angsana, Bandar Baru, di sini kira-kira jam 11 malam itu, suspek yang memasuki bangunan yang menempatkan ATM tersebut cuba mengeluarkan duit di dua mesin wang berkenaan.

Namun, cubaannya gagal dan menyebabkan dia berang sekali gus bertindak memecahkan skrin dua ATM itu menggunakan topi keledar dipakainya.

Remaja 14 Tahun Pensyarah Termuda Universiti


JIKA diamati pada bentuk fizikal dan umur remaja ini, dia tak ubah seperti rakan-rakan seusianya yang lain.

Namun pasti ramai yang terkejut jika mengetahui status sebenar remaja berusia 14 tahun ini.

Yasha Asley, berasal dari Britain merupakan seorang remaja yang dianugerahkan dengan kepintaran yang luar biasa dalam bidang matematik.

Dek kepintarannya itu, dia telah melayakkan dirinya untuk menjadi mahasiswa di Universiti Leicester, England dan dalam pada masa yang sama turut bergelar pensyarah di universiti tersebut.

Tergamam Saksi Fenomena Belalai Air Di George Town


PENGGUNA Jambatan Pulau Pinang ‘disajikan’ dengan satu fenomena alam luar biasa apabila belalai air atau pusaran angin muncul bersebelahan laluan itu, kira-kira jam 6 petang, semalam.

Menurut beberapa saksi, fenomena itu berlaku dalam tempoh hanya lima minit.

Meskipun ia hanya berlaku sekejap, namun fenomena itu menarik perhatian pengguna sehinggakan ramai sanggup memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan.

Seorang saksi, Nasrul memberitahu, selepas fenomena itu, hujan lebat pula berlaku.

Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya Diselamatkan


APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha itu ternampak kakinya lalu mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung di situ.

Selepas digali tanah berkenaan, bayi itu masih hidup tetapi dia dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek itu dan ditimbus dengan pasir selama enam jam.

Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi.

“Dia semakin baik dan kelihatan normal. Bayi itu dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.5kg. Ketika dibawa ke hospital, tali pusatnya masih melekat,” kata jurucakap hospital terbabit.

Bos Gila, Koyak Wang Pekerja Kerana Tak Lepas ‘Target’


ANDA mungkin merasakan bos anda adalah orang yang paling garang dan tidak bertimbang rasa, tapi anda silap. Dia pasti tidak boleh melawan kegarangan wanita ini yang dikenali sebagai Liu.

Disebabkan lima pekerjanya gagal memenuhi sasaran untuk mengedar setiap 100 risalah, Liu yang juga pengurus di sebuah kedai elektrik telah memaksa mereka mengoyak wang kertas kepunyaan masing-masing sebanyak RM66.

Meskipun berat hati dan sedih kerana terpaksa mengoyak wang masing-masing, mereka tetap melakukannya.

Pendaki Tertua Malaysia Sedia Daki Everest Kali Ke-2


KUALA LUMPUR – Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini siap sedia untuk melakukan percubaan kali kedua mendaki Gunung Everest.

Bercakap kepada Bernama, Lee berkata pengalamannya tahun lepas memberikannya pemahaman lebih baik mengenai ‘bumbung dunia’ itu, hingga membolehkan beliau membuat persediaan lebih baik kali ini.

“Kali ini, saya boleh kata keyakinan itu ada,” kata beliau.

Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir ke kemuncak Gunung Everest ketika beliau sampai di Kem III di ketinggian 7,200 meter akibat cuaca buruk.

Anak Polis Buat Laporan, SPRM Aibkan Ayahnya


Masih lagi cerita anggota polis yang ditangkap SPRM dan kali ini anak kepada salah seorang daripada anggota polis tersebut telah membuat laporan polis kerana tidak puas hati terhadap tindakan pegawai SPRM tersebut.

Seorang perempuan yang merupakan anak kepada anggota polis iaitu Sarjan Mohamad Esri Ahmad terkejut membaca berita mengenai ayahnya di internet dan melihat gambar dua anggota polis sedang dicekup kolar dan bergari.

Dendam lama punca anggota PDRM ditangkap anggota SPRM?


Di sebalik penangkapan anggota PDRM oleh anggota SPRM semalam banyak menimbulkan spekulasi apabila gambar dua anggota polis digari oleh individu yang hanya berpakaian awam, tidak berpakaian lengkap seperti anggota SPRM.

Menurut sumber yang kami perolehi, salah seorang daripada anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu ada mempunyai ‘kenangan silam’ dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Cikgu Dalila Hina Polis Makan Rasuah, Ditangkap Serta Merta


Susulan daripada isu penghinaan seorang guru yang dikenali sebagai Dalila Ila menerusi akaun Facebook miliknya telah ditangkap oleh anggota Polis malam tadi.

Dalila Ila atau nama sebenar Dalila Binti Tajudin telah menulis satu posting komen di laman Facebook dengan kenyataan yang mempunyai unsur-unsur kandungan yang menjelikkan dan penghinaan iaitu;

Tuesday 28 March 2017

Video & Gambar Lelaki Ditelan Ular Sawa Hidup-Hidup


(Sulawesi) Seekor ular sawa dengan panjang ukuran lebih 4 meter telah menelan seorang lelaki hidup-hidup.

Mangsa dikenali sebagai Akbar 25 tahun asal desa Salubiro ditemukan maut di dalam perut ular sawa berkenan.

Mangsa diketahui meninggalkan rumah pada tarikh 26/03/2017 pada jam 9 pagi menuju ke ladang kelapa sawit miliknya.

VIDEO: Farah Elmo Kantoi Berjoget 'Sewel' Di Bigo Live


Tular di media sosial beberapa hari lepas, video seorang gadis ‘utara’ yang sedang membebel.

Video itu memperlihatkan gadis bernama Farah Elmo yang membahasakan dirinya sebagai ‘Mami’ dan cukup tebal dengan loghat Pulau Pinang, membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin namun malas bekerja dan komplain dengan hantaran yang terlalu tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tindakan Tegas Jika Gagal Patuhi Harga Petrol Mingguan


KLANG – Syarikat dan pengusaha stesen minyak yang gagal mematuhi penetapan harga petrol serta diesel secara mingguan yang akan diumumkan setiap Rabu bermula esok, bakal berdepan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hukuman yang diperuntukkan di bawah akta itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi syarikat sementara dan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi individu.

“Pengumuman mengenai penetapan harga petrol dan diesel akan dibuat di TV1 pukul 8 malam esok dan akta itu akan pastikan semua syarikat dan pengusaha stesen minyak mesti ikuti arahan diberikan pada mereka,” katanya.