Saturday 29 July 2017

Video Gelek Fasha Mencuri Perhatian Ribuan Tontonan


WALAWEHH… Gelek sakan nampaknya hot mama ni! Lenggok geleknya itu berjaya menarik banyak mata!

Pelakon, Fasha Sandha berkongsi satu video bergelek sambil menyanyi single yang menjadi fenomena I Am Me di akaun instagram miliknya.

Aksi pelakon tersebut bersama dua orang cahaya matanya itu mendapat perhatian netizen sehingga melebihi 350,000 tontonan! Wowww! Banyakkan?

Video berdurasi seminit itu memaparkan Fasha yang cantik berbaju plum merah jambu dengan lenggok tarinya menyanyikan lagu I Am Me yang dipopularkan oleh Datuk Seri Vida.

Sambil itu sempat lagi melayan kerenah manja dua orang anaknya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Aksi Fasha mendukung sambil memeluk erat kedua kesayangannya itu berjaya menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya menyifatkan dia sebagai seorang wanita yang tabah dan penyayang.

Video tersebut secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya ada yang terharu dengan ibu tunggal ini dan tidak kurang juga ada yang mengecamnya.

Ada pihak yang mengecam dengan berkata pelakon ini semakin berubah sejak mula berkawan baik dengan usahawan kosmetik yang menjadi bualan hangat baru-baru ini, Norsajat.

Bagaimanapun, Fasha tetap membalas komen berikut dengan reaksi positif.

“Positive Please! (sambil meletak simbol emoji bertanda aman),” coret Fasha dipetik sebuah portal online.

Video menarik tersebut turut dikongsi semula oleh Vida menerusi laman Instagram miliknya sambil memuji kebolehan ibu tunggal itu menari.

Malah kini, Vida menyeru penyanyi lain untuk berbuat perkara yang sama.

Fuhhh… semakin menjadi-jadi nampaknya fenomena ‘I Am Me’ ni. Berhantu sungguh ya? Mampukah single baru Sajat menandinginya? – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments