Saturday 9 September 2017

Baju Tak Sesuai, Rosma Teruk Kena Hentam


BEKAS peserta Akedemi Fantasia 1 (AF1), Rosma teruk dihentam oleh para peminat ekoran gambar ketika menghadiri konsert AF Megastar pada Sabtu lalu dilihat tidak sesuai dengan imej bertudung.

Ramai yang beranggapan sebagai wanita yang berhijab, dia tidak sepatutnya muncul dengan pemakaian yang menampakkan susuk tubuh badan dan bertudung pendek yang jelas tidak menutupi bahagian dada.

Bagaimanapun, Rosma tidak berasa kecil hati sama sekali dengan teguran pedas itu tetapi berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran tersebut.

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Dia menganggap teguran itu sebagai niat baik para peminat untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik.

“Saya terima teguran diberikan kepada saya kerana itu tanda orang sayang pada kita.

“Mereka sebenarnya berniat baik dan tidak mahu melihat saya melakukan perkara buruk yang pada akhirnya merugikan saya.

“Saya langsung tak berkecil hati malah gembira ada orang menegur kerana sebagai manusia biasa saya pun kadang-kadang tak perasan kesalahan yang dilakukan,”katanya dilaporkan mStar Online.

Rosma berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pemakaian agar perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.


Dalam pada itu ditanya tentang penglibatan dalam program AF Megastar, Rosma memberitahu target dia menyertai adalah untuk memberi persembahan yang mampu menarik hati peminatnya.

Tetapi, dia tidak meletakkan apa-apa harapan yang tinggi dan hanya berserah pada rezeki.

“Alhamdulillah setakat ini persiapan menjelang konsert sedang dibuat dan saya tidak mahu terlalu fikir banyak.

“Paling penting saya dapat buat persembahan dengan baik untuk peminat dan selebihnya menyerahkan kepada rezeki,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments