Sunday 30 July 2017

Nelayan Temui Bahan Letupan Di Perairan Endau


JOHOR BAHRU – Sebutir bahan letupan ditemui seorang nelayan terapung di perairan Endau dekat Mersing, semalam, ketika sedang menangkap ikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata bahan letupan moden jenis ‘Mine Disposal Charge -Warcharge’ itu berukuran 0.97 meter dengan ukuran lilit 1.17 meteri.

Kes Aliff Aziz: Adik Lofa Perli Afifah Nasir ‘Kaw-Kaw’?


NAMPAKNYA kontroversi melibatkan Aliff Aziz, isteri Bella Astillah dan pelakon baharu, Afifah Nasir menarik perhatian bukan sahaja di kalangan peminat hiburan tempatan, malahan ia turut menjadi ‘bual bicara’ di kalangan adik-beradik selebriti dan selebriti sendiri.

Sebagai contoh, adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah memuat naik beberapa twit di laman Twitter seolah-olah memerli adik Anzalna, Afifah yang dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ dalam hubungan rumah tangga Aliff dan Bella.

Video: Ditampar Gara-Gara Penerbangan Batal…


HONG KONG – Berang penerbangan dibatalkan, seorang wanita dengan beraninya menampar seorang pekerja lapangan terbang, Khamis lalu, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian di wilayah Liaoning itu, wanita terbabit mengaku menampar pekerja lapangan terbang terbabit dan ditahan selama 10 hari sebelum dikenakan denda 200 Yuan (RM127).

Peragut Mati Dilanggar, Mangsa Ditahan Polis


BANGI – Seorang peragut mati selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh mangsa ragutnya dalam kejadian berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat di belakang Pangsapuri Garden@One South, Seri Kembangan yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi hari ini.

Mangsa, yang juga merupakan seorang penuntut lelaki Universiti Tenaga Nasional warga Yaman diragut ketika dia sedang minum di restoran di Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Peragut itu dilanggar selepas mangsa mengejarnya sejauh tiga kilometer dari tempat diragut.

Dalam Ladang Pun Kena Saman? Ini Penjelasan Polis…


JEMPOL – Sejak beberapa hari lalu menjadi tular satu rakaman video memaparkan tindakan pihak polis menyaman beberapa buah kenderaan di sebuah jalan berhampiran ladang kelapa sawit, di sini.

Daripada informasi awal, kumpulan lelaki berbangsa India itu dikenakan saman ekoran melalui sekatan jalan raya yang dilakukan di ‘jalan kampung’ yang masih belum berturap oleh anggota Polis Trafik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol, Selasa lalu.

Walaupun Dikasari, Bella Akui Masih Sayangkan Aliff


WALAUPUN dikasari suaminya sendiri, Bella Astillah menyatakan dia masih menyayangi Aliff Aziz dan tidak pernah terfikir untuk berpisah biarpun episod hitam melanda badai rumah tangga mereka.

Menurut Bella, 23, sepanjang mendirikan rumah tangga sejak September tahun lalu, Aliff tidak pernah mengasarinya sehinggalah insiden yang berlaku Khamis lalu.

Saturday 29 July 2017

Rakan Baik Afifah ‘Bocor Rahsia’ Perangai Bella


ISU rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dengan isterinya, Bella Astilla masih belum lagi tamat. Kisah ini akan tamat jika semua yang terlibat membuka mulut.

Tak habis lagi pasal ‘mulut joyah’ netizen, satu lagi cerita pula yang naik. Kali ini Allana Amir iaitu dikatakan sahabat baik kepada Afifah Nasir tampik. Allana juga merupakan seorang pelakon baru tanah air.

Aliff Syukri Pula Kena Tempias? Apa Ceritanya Ni?


BELUM reda lagi isu aktor si Alif Satar yang menjadi mangsa perbualan berikutan kes tersilap identiti oleh peminat, haaa… kali ini, seorang lagi Alif turut terkena tempias!

Ha? Alif mana pula kali ni? Apa kesnya ni? Okay jom kita tengok!

Hmmm… Selain Alif Satar, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri juga tidak lari daripada terkena tempias berikutan kontroversi hangat yang menggemparkan tanah air baru-baru ini.

Betul Ke Cerita Uqasha? Suami Wanita Itu Luah Isinya


INGAT tak lagi tentang isu Uqasha Senrose dan wanita bertudung labuh dekat sebuah stesen minyak di Gua Musang, Kelantan? Ini ada sambungan sikit tentang kisah tular itu…

Kalau hari itu kami ada cakap yang Nik Zaris Uqasha Nik Zin, 26 atau dikenali sebagai Uqasha, dikatakan telah diserang oleh wanita bertudung labuh yang menunjukkan penumbuk kepadanya.

Namun kali ini suami kepada wanita tersebut tampil untuk clearkan keadaan.

Video Gelek Fasha Mencuri Perhatian Ribuan Tontonan


WALAWEHH… Gelek sakan nampaknya hot mama ni! Lenggok geleknya itu berjaya menarik banyak mata!

Pelakon, Fasha Sandha berkongsi satu video bergelek sambil menyanyi single yang menjadi fenomena I Am Me di akaun instagram miliknya.

Aksi pelakon tersebut bersama dua orang cahaya matanya itu mendapat perhatian netizen sehingga melebihi 350,000 tontonan! Wowww! Banyakkan?

Aliff Syukri Balas Balik Komen Pedas Chef Wan


KITA rehat sekejap dengan story kontroversi pasal Aliff Aziz yang tengah panas. Jom sekarang kita beralih pula kepada seorang lagi Aliff iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pulak.

Sebelum ni kecoh la jugak apabila jutawan kosmetik ini memuat naik video dia dan keluarganya sedang makan di tepi jalan. Ketika kejadian, Aliff Syukri sedang bercuti dengan ahli keluarganya di sebuah negara Eropah.

Aliff Aziz Belasah Bini, Alif Satar Kena Tempias Sekali


KECOH terkini digemparkan dengan isu Aliff Aziz memukul isterinya, Bella Astillah berikutan penyanyi tersebut telah kantoi menemui wanita lain di sebuah pusat karaoke, di Cheras baru-baru ini.

Tapi apa yang tidak disangkakan, Alif Satar pula terkena tempiasnya! Fuhhh…apa ceritanya ni. Memanglah nama sama tapi lain orangnya. Haihhh…

Makan Tepi Jalan, Chef Wan Tegur Aliff Syukri


TIDAK habis lagi kontroversi jutawan kosmetik ni. Terdahulu, dia pernah dikecam kononnya menyeksa haiwan peliharaannya, Dido.

Terkini, sekali lagi Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman menarik perhatian berikutan satu post yang dikongsi menerusi laman instagram miliknya baru-baru ini.

Siapa yang mengikuti perkembangan jutawan ‘terlajak laris’ ini, pada masa ini dia sedang bercuti di Switzerland bersama keluarganya. Begitu banyak detik percutiannya yang dikongsi buat tatapan para peminat.

Pihak Produksi Tak Mahu Masuk Campur – Kak Noi


BELUM lagi reda tentang isu panas Aliff Aziz yang didakwa telah memukul isterinya, Bella Astilla kerana ingin mempertahankan aktress Afifah Nasir, kini keluar pula statement daripada pihak produksi drama lakonan mereka berdua.


Terbaru, Afifah telah menafikan tentang hubungan cinta dia dan Aliff. Malah, Afifah juga mengatakan bahawa mereka berada di situ atas urusan kerja. Tapi cliche kan alasan tu? Dah kantoi, bagi alasan ‘jumpa atas urusan kerja’.

Bella Dedahkan Kecurangan Aliff Dengan Afifah


ISU kecurangan pelakon dan penyanyi dari negara seberang ini masih belum tamat lagi. Kalau semalam kami hanya cerita tentang pergaduhan pasangan suami isteri ini, hari ini lain pula kisahnya.

Bella Astillah telah mendedahkan kisah kecurangan suami kesayangannya dengan aktres jelita, Afifah Nasir. Menurut Bella, ini bukan merupakan kali pertama Aliff kantoi curang.

Ahli Keluarga Sendiri Rogol Budak 12 Tahun


LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang, hari ini atas 22 tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Tertuduh yang dituduh merogol mangsa berusia 12 tahun itu terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah (40 tahun) dan tiga sepupu masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Kanak-kanak Terperangkap Hampir Sejam


PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir satu jam di dalam kereta milik bapanya di Parit Haji Nasir, di sini, selepas tertekan punat kunci pintu di dalam kenderaan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar Ahmad Rossyed Isa berkata, dalam kejadian 11.15 pagi, kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta Proton Iriz yang enjinnya dihidupkan dan diletakkan di perkarangan rumah dengan pengetahuan ibu bapanya.

Aliff Kantoi Curang? Belasah Isteri Dan Ditahan Polis


ARTIS tinggi lampai ini sangat dikenali di tanah air kita. Namun awal hari ini Mohamad Aliff Aziz atau dikenali sebagai Aliff Aziz, 26, telah ditahan pihak polis kerana memukul isterinya, Bella.

Belum lagi habis daripada tempoh berpantang, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabella Awang Astillah, 23, dikatakan telah dipukul oleh suaminya sendiri di Taman Shamelin, Cheras semalam.

Bella dikatakan mengalami kecederaan di bahagian muka dan lututnya. Ketika kejadian itu berlaku, Bella ditemani ibunya ke pusat karaoke berkenaan kerana telah mendapati suaminya sedang bersama dengan wanita lain.

Ibu Maut Dilibas, 8 Anak Landak Disusui Kucing Ini


MOSCOW – Lapan ekor anak landak nyaris kebuluran di sebuah zoo di Vladivostok, kira-kira 9,159 kilometer dari ibu kota Rusia; sebelum seekor induk kucing yang baik tampil menjadi ibu angkat.

Media tempatan melaporkan, kucing betina bernama Muska ini sanggup menjadi ibu susuan kepada haiwan kecil yang berbulu runcing itu setelah induk mereka mati secara tragik dalam insiden dilibas mesin pemotong rumput.

Hannah Menerima Pelbagai Mesej Berbaur Lucah


HANNAH Delisha nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Aktres cantik ini semakin menempa nama dalam pentas lakonan sejak membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer.

Hannah, 21, berkata sejak membintangi drama bersiri tersebut, dia kerap menerima banyak kiriman gambar dan mesej berunsur lucah di laman instagram.

‘Saya Akui Gambar Seksi Itu Memang Saya’ – Balkisyh


KECOH apabila netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang aktres sebuah drama bersiri komedi terkenal di stesen televisyen tempatan, TV3 sehingga mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun, MyNewsHub berjaya menemu bual sendiri tuan empunya gambar itu secara eksklusif, demi untuk mendapatkan pencerahan sebenar berikutan isu tular gambar tersebut.

Anak Lisa dan Yusry Pula Jadi Mangsa Buli Siber


MAKIN hari makin ramai artis yang sudah mendirikan rumah tangga. Tahniah diucapkan kepada semua pasangan yang telah melayari bahtera perkahwinan mereka.

Bagi Lisa Surihani Mohamed, 31, perkahwinannya bersama komposer terkenal, Yusri Abdul Halim, 44 merupakan satu kebahagiaan yang paling terindah buat pasangan ini.

Hasil perkahwinan selama lima tahun itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel.

Fesyen ‘Siap Mesin Rumput’ Pula Kini Menjadi Trend


SEMAKIN hari makin ektrem nampaknya fesyen pengantin di dunia ni. Tidak dinafikan setiap ‘raja sehari’ mengimpikan satu perkahwinan yang unik dan diingati oleh para tetamu.

Bukan itu sahaja malah sudah pasti ingin kelainan daripada pengantin yang lain. Bila dipandang, fuh…terpegun!

Ibu Tinggal Bayi Dalam Kereta Selama 2 Hari


TERGAMAK seorang ibu meninggalkan bayinya yang baru berusia enam bulan di dalam kereta sendirian selama dua hari tanpa susu.

Perempuan kejam itu, Lovely Johnson, 22, dari Wyoming, Michigan meninggalkan bayi itu., Noah di kawasan apartmentnya.

Anak Dibunuh Selepas Lihat Foto Bapa Makan Najis


GILA. Seorang lelaki telah dituduh membunuh anak lelakinya selepas budak itu menemui gambar bapanya sedang makan najis dalam keadaan sedang memakai pakaian perempuan.

Dylan, yang merupakan anak kepada Mark Redwine telah hilang pada November 2012, selepas dia dijadual melawat rumah ayahnya.

Konco Ahlong Kurang Ajar Tersilap Simbah Cat


“MINTA maaf kerana tersilap simbah cat.”

Itu kata lelaki dipercayai ahlong dengan mudah mengungkapkan kata-kata berkenaan selepas menyimbah cat merah pada dua kereta di Taman Puchong Perdana, Selasa lalu.

Nazihah Suliman, 28, seorang daripada dua mangsa yang kereta mereka disimbah cat berkata, kejadian berlaku pada 10 malam dan dia mengetahui mengenainya selepas menerima panggilan telefon daripada jiran.

Buah Zakar Dibaham Buaya Dalam Kolam


MIAMI – Seorang lelaki gelandangan hilang satu jari tangan, dua jari kaki dan satu buah zakarnya selepas dibaham seekor buaya ketika mandi di sebuah kolam di Port Charlotte, selatan Florida.

Menurut media Amerika Syarikat, mangsa iaitu Fredric Iman berkata, dia memeriksa kolam itu bagi memastikan tiada buaya di dalamnya sebelum mandi di dalamnya pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, buaya sepanjang kira-kira tiga meter tersebut dikatakan turut memasuki kolam berkenaan tanpa disedari mangsa yang berusia 68 tahun itu.

Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena dua tembakan dalam kejadian di Kampung Teluk Bayu, Besut, malam ini.

Mangsa, Daud @ Wan Ahmad Bin Wan Awang, 68, yang juga pemilik bot perikanan dipercayai keluar minum bersama rakannya yang dikenali sebagai Nek Der pada pukul 5.30 petang di Gerai Dataran Kuala Besut, di sini dengan menaiki kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

Menyorok Di Rumah Lepas Langgar Lari


BANTING – Seorang murid lelaki mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa langgar lari ketika hendak melintas jalan di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, semalam.

Menurut ibu saudara mangsa, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Jugra itu dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux kira-kira jam 6 petang ketika pulang dari sekolah agama.

Buruh Curi Sedozen Pakaian Dalam 2 Gadis Dicekup


BARU-BARU ini seorang lelaki telah ditahan bersama beg yang mengandungi pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita di Taman Desa Putra Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh itu telah ditahan oleh pihak berkuasa pada tengah hari 12.10 tengah hari Rabu selepas berada dalam keadaan yang agak mencurigakan.

Memetik sumber, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun itu kemudian telah menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.

Padah Makan 54 Batang Aiskrim, Ginjal Terjejas


CUACA masa kini kadang-kala tidak menentu. Ada masa panas, ada masa sejuk, ada masa pula hujan ribut.

Justeru, tindakan seorang lelaki bernama Zheng, 44, menikmati aiskrim bagi menghilangkan rasa panas yang melanda China sejak beberapa minggu lalu mungkin niatnya untuk menyejukkan badan.

Hero ‘Twilight’ Mengaku Pernah Jual Majalah Lucah


SIAPA tidak kenal dengan hero filem Twilight, Robert Pattinson. Lirikan matanya sahaja sudah bisa mencair hati para gadis yang menggilainya.

Pelakon ini mencerita pengalaman memalukan yang tidak pernah didedahnya berikutan pernah dibuang sekolah kerana menjual majalah lucah.

Robert, 31, membuat pengakuan dia pernah dibuang sekolah kerana bersalah mencuri dan menjual majalah lucah.

Thursday 27 July 2017

Video: Lahanat… Siang Hari Pun Berani Pecah Rumah


KOTA BHARU – Cubaan empat lelaki untuk memecah masuh sebuah rumah di sebuah taman perumahan di sini gagal apabila kegiatan mereka disedari pemilik rumah.

Dalam kejadian pada Selasa kira-kira jam 11 pagi itu, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Viva itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumah berkenaan.

Jadi ‘Hantu’ Kain Langsir Semata Untuk Mencuri


SEORANG lelaki menjadi popular di China selepas videonya menyamar menjadi ‘hantu’ dalam cubaan mencuri viral di laman sosial baru-baru ini.

Kejadian dirakam dalam sebuah bangunan kediaman di Jinjang, wilayah Fujian itu jelas menunjukkan lelaki itu sedang mengintai di sebalik dinding selepas menaiki tangga.

Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom


KAHERAH – Tindakan berani dan pantas kru kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, berjaya menyelamatkan kira-kira 50 orang awam semalam.

Bagaimanapun, tujuh orang awam lagi termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan bunuh diri itu, namun jumlahnya pasti lebih besar jika kru kereta kebal terbabit tidak bertindak dramatik sedemikian.

Suspek Cabul & Liwat 3 Pelajar Sekolah Ditemui Mati


SEORANG suspek kes cabul dan liwat tiga pelajar sekolah di Ipoh, Perak ditemui mati dipercayai menggantung diri di dalam sebuah bilik hotel, petang Selasa lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee, mayat suspek berusia 52 tahun itu dijumpai pekerja hotel pada jam 5.40 petang.

Sehari sebelum lelaki itu ditemui mati, tiga pelajar berusia 14 dan 15 tahun telah membuat laporan polis mendakwa suspek telah meliwat an mencabul mereka.

Disebabkan Tak ‘Menarik’, Lelaki Ini ‘Dihalau’ Balik…


MASA kini terdapat pelbagai rancangan realiti telah melahirkan ramai penggiat seni yang berjaya.

Tidak semestinya perlu berperwatakan ‘menarik’ dulu baru boleh berjaya. Kalau ‘menarik’ tetapi bakat kelaut pun tidak boleh juga kan?

Baru-baru ini tular di laman sosial pemuda ini meluahkan rasa kesal berikutan tindakan sebuah produksi yang memintanya pulang tanpa sempat diujibakat terlebih dahulu.

Baru Berusia Tujuh Tahun Tapi Dah Pandai Merogol


KANAK-kanak zaman sekarang ni nampaknya seperti sudah terlebih advanced dalam isu seksual ini. Ibu bapa seharusnya menjadi tonggak utama bagi membimbing anak-anak mereka supaya tidak tersalah langkah pada usia kecil.

Seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun dekat Melaka dikatakan telah dirogol oleh anak pengasuhnya yang baru berusia tujuh tahun! Kecik-kecik macam tu pun dah pandai merogol ke dik oi?

Arnab Gergasi Mati, Pemilik Saman United Airlines


SEKUMPULAN pemilik arnab gergasi bertindak menyaman United Airlines berikutan kematian haiwan bernama Simon itu semasa dalam penerbangan dari London, Britain ke Iowa, Amerika Syarikat (AS).

Mereka mendakwa, kakitangan syarikat penerbangan berkenaan bertanggungjawab atas kematian haiwan peliharaan tersebut yang dalam perjalanan menyertai satu pameran bagi mengutip dana bagi sebuah acara tahunan.

Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor


WANITA yang didakwa merogol pastor di Zimbabwe memberi alasan mahu ‘membetulkan’ lelaki berkenaan yang mendakwa ‘kebal’ daripada godaan serta membuktikan orang alim juga tidak terkecuali daripada godaan seksual.

Tiga wanita, Sandra Ncube, 21, Riamuhetsi Mlauzi, 23, and Mongiwe Mpofu, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Western Commonage di Bulawayo, semalam, bagi tuduhan melakukan serangan tidak bermoral terhadap pastor berkenaan pada 14 Julai lalu.

Wednesday 26 July 2017

Ngeri! Buat ‘Live’ Mayat Adik Sendiri Di Instagram


GILA! Seorang remaja menggunakan aplikasi ‘live’ Instagram untuk merakam detik-detik kematian adiknya. Tindakan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali dan sangat kejam.

Memetik laporan agensi, Obdulia Sanchez kini ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sewaktu hari kejadian.

Kemaluan Penuntut Wanita Ini Dihentak Sampai Lebam


KASIHAN! Seorang penuntut kolej wanita mengalami beberapa lebam di kemaluan selepas bahagian alat sulit tersebut dihentak pada sebatang pokok oleh rakannya.

Pada dasarnya, tindakan kasar itu dilakukan hanyalah sekadar gurauan antara mereka. Tetapi, kejadian seperti ini tidak sepatutnya dianggap benda mainan!

Video yang menjadi viral beberapa hari lepas, dipercayai berlaku di Thailand berikutan suara yang kedengaran dalam rakaman tersebut.

Wanita Trauma Lepas Rakam Video 2 Beradik Bunuh Diri


WANITA yang merakam video kejadian dua beradik perempuan bunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediaman mereka di Bandung, Indonesia, mengakui dia berasa trauma selepas video itu kini menjadi tular di media-media sosial.

Elvia Putri, yang merupakan seorang model memberitahu sebuah media tempatan bahawa dia trauma dengan insiden yang berlaku di depa matanya sehinggakan kejadian itu masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Wanita Maut Akibat Seks Ganas Dengan Teman Lelaki


ORANG zaman sekarang ni nafsunya mengalahkan nafsu kuda. Biasanya seks ganas ini seringkali dikaitkan dengan perilaku masyarakat di negara barat.

Daily Mail baru-baru ini telah melaporkan tentang kematian seorang wanita dari negara barat kerana terlalu mahukan kenikmatan seks ketika bersama dengan teman lelakinya.

Wanita itu dikenali sebagai Kate Widdowson dikatakan telah mengikat tangannya untuk mendapatkan kepuasan ketika melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Pada keesokan harinya, tangan kiri Kate mulai sakit hingga dia terpaksa mendapatkan pemeriksaan hospital.

Bukan Wanita Tulen, Sajat ‘Diharamkan’ Jejak Brunei?


TAK habis-habis lagi kontroversi yang melanda personaliti media sosial dan pengasas kosmetik Nur Sajat ini ya; saban hari ada sahaja berita kurang baik tentang dirinya diperkatakan.

Belum reda kes penyebaran meluas maklumat peribadinya yang menunjukkan identiti sebenarnya sebagai lelaki, imej Sajat sekali lagi tercalar.

Terkini, pengasas produk Let’s Cantik itu terpalit dengan isu negatif lagi apabila dia dikatakan tidak dibenarkan masuk ke negara Brunei oleh kerana dia seorang lelaki yang berperwatakan wanita atau panggilan kasarnya, pondan!

Harga Minyak Naik Sedikit Minggu Terakhir Julai


PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak naik untuk julung kalinya.

Ia memang dijangka ekoran tindakan beberapa negara pengeluar minyak utama dunia bertindak mengurangkan stok bekalan di pasaran antarabangsa sekali gus menyaksikan trend permintaan kini mula melebihi penawaran.

Onani Dalam Kedai Buku, Pancut Kat Pelanggan Kedai


TAK hujan, atap tak bocor… Tapi tiba-tiba bahagian belakang badan wanita berusia 40 tahun ini basah?

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia dalam tak sedar telah ”disembur’ dengan air mani seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika berada di sebuah kedai buku dekat Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu.

Dikatakan ketika kejadian, mangsa sedang ralit membaca buku di ruangan kanak-kanak sambil menunggu suaminya yang sedang menyelesaikan urusannya di pusat beli belah tersebut.

Cinta Tak Direstui, Remaja Dirogol, Dibunuh Kejam


SUDAH dirogol, dibunuh pula. Mana pergi sifat perikemanusiaan kamu itu wahai lelaki? Tak takutkah kalian kalau perkara macam tu jadi pada ahli keluarga terdekat kamu?

Itulah yang menimpa seorang remaja perempuan etnik India Muslim setelah diculik sebelum dirogol dan dibunuh dekat selatan London, minggu lalu seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Baju Drake Disamakan Dgn Uniform Restoran 24 Jam


MENJADI viral baru baru ini apabila sekeping gambar memamparkan baju dipakai penyanyi rap terkenal, Drake disamakan dengan uniform rangkaian restoran nasi kandar popular di Malaysia, Pelita.

Drake memakai pakaian bercorak biru dan keemasan dalam satu acara pentas di mana sekali tengok seakan mirip dengan uniform pekerja restoran 24 jam berkenaan.

Penyampai Berita TV1 Tak Tahan Tergelak Time Live


PENYAMPAI berita sering kali dikaitkan dengan imej serius memandangkan mereka perlu menyampaikan berita agar mesej yang terkandung itu jelas dan terang kepada penonton.

Disebabkan itu, jarang-jarang sekali kita melihat pembaca berita tergelak dan tersengih tidak tentu hala ketika menyampaikan berita, kerana mereka perlu beraksi profesional seperti mana yang dituntut pekerjaan mereka.