Wednesday 26 July 2017

Kanak-Kanak Usia 13 Tahun Dikahwinkan


PERKAHWINAN sepasang kanak-kanak yang masing-masing baru berusia 13 tahun dengan pengantin perempuan sedang mengandung lima bulan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan penduduk di China.

Majlis perkahwinan yang diadakan bulan lepas itu, hanya terbongkar selepas video mengenainya tersebar.

Ia mencetuskan kemarahan ramai disebabkan usia mereka yang masih muda. Umur sah untuk berkahwin bagi wanita adalah 20 tahun manakala lelaki pula 22 tahun.

Namun perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di China. Laporan media menyebut bahawa perkahwinan tersebut diatur oleh keluarga mereka dan mereka gembira melihat kanak-kanak terbabit berkahwin.

Perkahwinan kanak-kanak menjadi satu masalah besar di China dan ia sering berlaku apabila ibu bapa mereka meninggalkan anak mereka di kampung untuk bekerja di bandar.

Keadaan ini memaksa kanak-kanak itu ditinggalkan dengan datuk dan nenek mereka. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments