Thursday 27 July 2017

Suspek Cabul & Liwat 3 Pelajar Sekolah Ditemui Mati


SEORANG suspek kes cabul dan liwat tiga pelajar sekolah di Ipoh, Perak ditemui mati dipercayai menggantung diri di dalam sebuah bilik hotel, petang Selasa lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee, mayat suspek berusia 52 tahun itu dijumpai pekerja hotel pada jam 5.40 petang.

Sehari sebelum lelaki itu ditemui mati, tiga pelajar berusia 14 dan 15 tahun telah membuat laporan polis mendakwa suspek telah meliwat an mencabul mereka.

Ketiga-tiga mangsa mendakwa suspek melakukan perbuatan tersebut pada Mei tahun lalu hingga Mac tahun ini di rumah suspek dan bilik hotel.

Suspek merupakan jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak di sekolah mangsa.

“Suspek akan memberi sebiji pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan, selepas menelan pil itu mangsa separuh sedar.

“Suspek akan meliwat dan menghisap kemaluan mangsa dan selepas kejadian itu mangsa akan dibawa untuk membeli barang seperti telefon bimbit, baju, seluar dan kasut,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rakan-rakan mangsa yang dipercayai turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.

Mayat suspek telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments