Wednesday 31 May 2017

Harga Semua Jenis Minyak Jatuh Minggu Ini


KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan untuk tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak turun sedikit beberapa sen.

Ia sudah dijangka pelbagai pihak susulan tindakan beberapa negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan pengeluar yang menambah stok bekalan minyak mentah di pasaran dunia.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk RON 95 kini menjadi sebanyak RM2.10 seliter, turun 2 sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.12 seliter.

Pekerja Hotel Diculik Lelaki Pura-Pura Jadi Pelanggan


SEBUAH rakaman video memaparkan seorang gadis diculik beberapa lelaki di sebuah Hotel Regalia Resident, Kuala Lumpur kini menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, mangsa yang merupakan pekerja hotel dilaporkan diculik di tempat parkir di luar kawasan bangunan hotel tersebut.

Menurut sumber yang memuat naik video ini, Adrian Ismail, ketika kejadian mangsa pergi ke tempat parkir tersebut bersama-sama seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan untuk memberikan kad akses tempat letak kereta.

Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal


SEORANG jurukimpal hampir terpedaya dengan helah isterinya mendakwa dirinya diculik tetapi sebenarnya melarikan diri bersama teman lelaki, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata pengadu yang berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Nepal yang mendakwa sudah menculik isterinya.

“Suspek kemudian meminta wang tebusan RM15,000 jika mangsa mahu isterinya selamat. Pengadu juga mendengar isterinya menjerit sebelum talian telefon dimatikan.

2 Maut Ditembak, Aktif Samun Pelanggan Bank


KOTA BHARU – Dua lelaki warga asing yang ditembak mati oleh polis malam tadi adalah daripada ‘Geng Wani’ yang aktif melakukan samun terhadap mangsa yang baru mengeluarkan wang daripada bank, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad.

Beliau berkata suspek berjaya dikenal pasti berdasarkan maklumat daripada polis Bukit Aman.

Susulan maklumat yang diperoleh itu, polis Kelantan berjaya menahan dua suspek warga asing yang bermotosikal di Salor di sini, semalam kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan dan siasatan terhadap suspek tersebut mendedahkan terdapat dua lagi rakan mereka berada di sekitar Kota Bharu dengan niat tertentu, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Video Kejadian Sebenar Insiden Bayi Tercampak


RENTETAN tragedi seorang bayi lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Kilometer 433.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara Ahad lalu, sebuah rakaman video menjadi tular di laman sosial mendedahkan insiden sebenar kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Aril Rizqin Redza Sharil, 3 bulan meninggal dunia pada jam 2.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Rakaman video yang dimuat naik pengguna laman sosial dengan nama Kugan Kathergesan memaparkan kenderaan yang dinaiki mangsa bersama ahli keluarganya berada di lorong kiri sebelum dihimpit sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di lorong kanan.

Pelawak Minta Maaf Isu Video Kepala Trump


LOS ANGELES – Pelakon dan pelawak Hollywood, Kathy Griffin memohon maaf kepada peminatnya susulan rakaman video pendek menunjukkan dia memegang sesuatu seperti kepala Presiden Donald Trump yang berlumuran darah akibat dipenggal.

“Saya secara ikhlas memohon maaf. Perbuatan saya memang melampau dan imej itu terlalu menakutkan. Saya mengaku salah,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

Pesawat Indonesia Bawa 146 Penumpang Terbabas


SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Bandaraya Rendani, Manokwari, Wilayah Papua, pagi tadi.

Kompas.com melaporkan jurucakap Kementerian Pengangkutan, J. Adravida Barata berkata, pesawat Indonesia yang membawa 146 penumpang terbabas dari landasan basah di lapangan terbang tersebut kira-kira jam 8.51 pagi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam insiden tersebut.

Ex-BF Lizzy Curang Dengan Artis, Kahwin Hujung Tahun?


PANAS di dalam forum dan chat room hiburan tempatan hari ini tentang bekas kekasih penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan.

Menurut beberapa orang pengguna forum itu, bekas kekasihnya yang berbangsa Melayu dan merupakan seorang usahawan berjaya itu dikatakan sedang bahagia dengan cinta hati terbarunya yang juga seorang artis!

Hmm, siapalah agak-agaknya tu ya?

Video: Lelaki Ditetak Depan Rumah Tanpa Belas Ihsan


SEBUAH rakaman video memaparkan seorang lelaki ditetak tanpa belas ihsan di hadapan sebuah rumah, kini menjadi tular laman Facebook.

Menerusi rakaman itu, mengsa yang tidak berbaju dilihat bergelut dengan suspek yang bertindak menetaknya bertubi-tubi mengunakan pisau pemotong ayam.

Suspek juga tidak menghiraukan jeritan saksi dan hon yang dibunyikan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Polis Buru 5 Lagi Suspek Bantu Siasatan


ALOR SETAR – Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari semalam setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

Adik Mangsa Serah Kepada Polis Untuk Siasatan


ALOR SETAR – Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul oleh orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra, di sini, meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian abangnya itu.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata, kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan Allahyarham abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul sebegitu rupa.

Pasrah….IKEA Dah Jadi Macam Rumah Sendiri


DAH jadi seperti rumah sendiri. Itu yang dialami oleh IKEA di Nantong, China apabila ia terpaksa berdepan dengan pelanggan yang menjadikan pusat beli-belah mereka seperti rumah sendiri apabila ada yang menjadikan perabot di situ sebagai tempat melepak.

Tanpa ada rasa bersalah, pelanggan dengan selamba tidur di atas katil. Bukan sahaja ibu bapa, anak-anak turut serta. Dengan cuaca di Nantong mencecah 32 darjah selsius, pelanggan mengambil kesempatan untuk berehat di dalam IKEA.

Hanya Kerana Tertinggal Buku, Budak Gantung Diri


SEORANG budak lelaki yang bimbang akan mendapat markah `merah’ kerana terlupa membawa buku teks ke sekolah, telah menggantung diri.

Budak berusia 12 tahun itu, Tyrese Glasgow, terpaksa balik semula ke rumahnya di Greater Manchester untuk mengambil buku namun disebabkan dia tertinggal kunci rumah dalam kereta ibunya, maka dia mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam rumah.

Tyrese bimbang keadaan itu akan melambatkannya ke sekolah dan ini boleh menyebabkan rekod pengajiannya terjejas.

Bilik Aeon Terbakar, Asap Memenuhi Mid Valley


SUASANA di dalam pusat beli belah terkenal, Mid Valley, Bangsar menjadi huru-hara, semalam apabila tiba-tiba asap memenuhi ruang udara bangunan itu kira-kira jam 8.15 malam.

Bagaimanapun, persoalan kemunculan asap itu terjawab apabila loceng kecemasan berbunyi memberi tanda berlaku kebakaran.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku di sebuah bilik dalam pasar raya Aeon dalam pusat beli-belah itu di tingkat tiga.

Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung 2 Editor


KUALA LUMPUR – Dua editor kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan terhadap muka hadapan akhbar itu pada 27 Mei.

Menurut laporan The Star Online, dua editor itu ialah ketua pengarang, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan editor eksekutif, Dorairaj Nadason.

Ia menyatakan kedua-dua mereka akan berhenti menjalankan tugas masing-masing sehingga notis seterusnya.

Tuesday 30 May 2017

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia


KHABAR angin kematian aktor Bollywood Shah Rukh Khan yang didakwa terlibat dalam kemalangan apabila kapal terbang peribadinya terhempas telah tersebar di laman sosial pada Ahad.

Kemudian muncul semula laman Facebook R.I.P Shah Rukh Khan yang diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi menarik perhatian netizen sehingga menerima hampir satu juta like.

Tak Pasal-Pasal Berbuka Sekali Dengan Kereta…


MENJADI kebiasaan buat umat Islam di Dubai, berbuka puasa beramai-ramai di kawasan lapang seperti di padang ataupun di tempat letak kereta.

Bagaimanapun, seorang pemandu ini mungkin terlambat atau terlupa mengambil keretanya sebelum tikar mula dibentangkan orang awam.

Video: Polis Trafik Kantoi Terima Rasuah Tular


WALAUPUN kerajaan kini sedang hebat membanteras gejala rasuah, namun masih ada lagi aktiviti tidak bermoral ini berlaku.

Terbaru, rakaman video seorang anggota polis trafik yang dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemandu lelaki menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi enam saat itu, jelas memaparkan seorang anggota trafik bersalaman dengan pemandu ketika menjalankan tugas.

Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan


LIMA individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian suspek kes cabul yang dibelasah hingga maut di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, baru-baru ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah petang semalam.

Awas! Udang Palsu Masuk Pasaran KL


SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam beberapa buah negara termasuk Malaysia dan ia semakin membimbangkan.

Terbaru, sebuah video menjadi tular apabila seorang lelaki mendedahkan ada udang palsu yang dikatakan sudah memasuki pasaran di Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 1 minit 33 saat itu, lelaki itu mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Peminat Fanatik Ditahan, Ikrar Akan Terus Ganggu


SEORANG peminat lelaki ditahan atas kesalahan menceroboh kediaman mewah penyanyi terkenal Rihanna namun bertekad akan terus menganggu kehidupan penyanyi itu selepas ini.

Salmir Feratovic, yang ditahan di Manhattan, Amerika Syarikat ditahan pihak polis minggu lalu, selepas didakwa menceroboh dan mengendap penyanyi berusia 29 tahun itu.

Polis Buka Kertas Siasatan Isu Muka Depan The Star


KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.

'Abang Nak Pinjam Umi RM20, Baiki Motosikal Ayah'


BESUT – “Umi, abang long nak pinjam RM20. Nak baiki lampu motosikal ni. Dah elok nanti senang ayah guna motosikal ni nak pergi solat tarawih.”

Itu kata-kata terakhir Muhammad Hafizzudin Che Mat, 21, abang sulung kepada dua beradik yang maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh kenderaan pacuan empat roda di jalan Kampung Raja-Tembila, Ahad lepas.

Ibu mangsa, Zabedah Hamzah, 53, ketika dihubungi Bernama berkata, anak sulungnya itu memang seorang anak ‘syurga’ kerana mempunyai peribadi yang boleh dibanggakan selain seorang yang bertanggungjawab dan sering menggembirakan ibu bapa serta adik-adiknya.

Istana ‘Sultan Melaka’ Di Indonesia Bakal Dibina?


KISAH seorang usahawan, Raja Noor Jan Shah dari Gombak, Selangor yang mengisytiharkan dirinya pewaris takhta Sultan Melaka sering mendapat perhatian dan kali ini dikatakan sedang membina istana di Indonesia.

MalaysiaGazette melaporkan, usahawan tersebut kini sedang meluaskan ’empayarnya’ dengan pembinaan istana.

Namun, tiada maklumat lengkap mengenai pembinaan dan lokasi tepat mengenai istana tersebut.

Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonald’s


JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan remaja membawa seekor anjing ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Bukit Indah, di sini, disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Gambar kumpulan remaja berkenaan yang dilihat berada di ruang lobi premis McDonald’s itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fairus Othman pada Ahad.

Menurut Fairus, dia yang pada ketika itu sedang memandu di lorong pandu lalu terkejut melihat tindakan kumpulan berkenaan lalu memberitahu hal tersebut kepada staf.

Memandu Ketika Mabuk, Tiger Woods Ditahan Polis


BEKAS pemain golf nombor satu dunia dari Amerika Syarikat, Tiger Woods ditahan polis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah di Jupiter, Florida, pagi semalam.

Yahoo Sports melaporkan, juara kejohanan major 14 kali itu ditahan di lokap Palm Beach County pada jam 7.18 pagi (waktu tempatan).

Woods, 41, bagaimanapun dibebaskan 3 jam kemudian selepas didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol.

Permainan Baru Sembur Deodoran Di Badan Tular


SELEPAS permainan ‘Blue Whale’ yang menggalakkan remaja membunuh diri menjadi tular, kini satu lagi permainan pelik dicipta oleh remaja di mana mereka akan menyembur semburan deodoran ke kulit badan hingga terbakar.

Perbuatan berkenaan dirakamkan dan mereka yang berjaya menahan kesakitan akan dikira hebat.

Dalam cabaran itu, mereka akan menyembur semburan tersebut ke kulit dan cuba menahan diri selama mungkin.

Video: Bayi Berjalan Selepas Dilahirkan Kejutkan Netizen


SEORANG bayi perempuan baru lahir di Brazil menjadi sensasi di Internet selepas videonya ‘berjalan’ sambil dipegang bidan menjadi viral di media sosial.

Video itu dirakam ketika bidan berkenaan mahu memandikan bayi tersebut buat pertama kali selepas dilahirkan.

Bidan tersebut yang terkejut dengan kemampuan bayi itu ‘berjalan’ lantas memaklumkan kepada staf hospital yang lain sebelum ada yang bertindak merakam situasi unik itu.

Wanita Tampar Muka Anak Yang Kalah Perlawanan Tinju


SEORANG wanita yang marah kerana anaknya tewas dalam perlawanan tinju, telah menambahkan kelukaan yang dialami oleh anaknya itu dengan menampar pipi anaknya.

Anna Azovskaya yang juga jurulatih, pengurus dan ibu kepada peninju MMA Rusia, Viktor Kichigin berbuat demikian sebaik sahaja pengadil mengumumkan kemenangan lawannya iaitu Ruslan Yamanbae.

Monday 29 May 2017

Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin


SEORANG lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di kawasan kaki lima di hadapan sebuah kedai di Blok C, Alamanda, Cheras awal pagi tadi selepas dipercayai menumbuk cermin sebuah kedai komputer.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun ditemui dengan kesan cedera di tangan kanan kira-kira jam 6.45 pagi.

Menurutnya, beberapa saksi melihat mangsa dalam keadaan terbaring, muntah dan berada dalam keadaan tidak stabil dipercayai mabuk di bahagian lobi kondominium tersebut.

Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet


SELALUNYA apabila berkata mengenai celik kepada teknologi seperti internet, sudah tentu akan terbayang golongan remaja.

Tetapi seorang nenek dari Vietnam ini berjaya ‘memecahkan’ donimasi itu apabila dikatakan seorang yang celik internet walaupun sudah berusia 97 tahun.

Sekali pandang, mudah untuk kita menganggap Le Thi sebagai seorang wanita tua biasa.

2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka


BESUT – Dua beradik terbunuh dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Raja-Tembila kira-kira 7 malam semalam.

Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris itu ialah Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan adiknya Muhammad Husaini, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Besut.

Periuk Meletup: Barang Go Shop Tak Berkualiti?


SIAPA yang tidak kenal dengan rancangan membeli-belah, Go Shop yang sememangnya destinasi membeli belah di mana anda boleh membeli 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerusi talian sahaja.

Go Shop menampilkan ciri-ciri yang berlainan dari online shopping yang lain kerana selain promosi dan penjualan produk, Go Shop juga ada menyiarkan demonstrasi untuk produk-produk yang dijual yang dibawakan oleh pengacara tempatan.

Namun apa yang mengejutkan apabila baru-baru ini salah satu produk yang ditawarkan meletup secara tiba-tiba ketika bersiaran langsung.

Penagih Dadah Kantoi Cuba Rogol Wanita Dalam Tandas


SEORANG lelaki dipercayai penagih dadah dibelasah orang awam selepas dikatakan cuba merogol seorang wanita di dalam tandas sebuah sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, Kedah.

Menerusi perkongsian Jimmy Kek di Facebook, dia memuat naik dua video memaparkan suspek dipukul orang awam dan mangsa selepas niat jahatnya berjaya dikesan wanita tersebut.

“Seorang lelaki ditahan orang ramai dikatakan cubaan mencabul kehormatan seorang perempuan di dalam toilet.. Mohon #PDRM melakukan siasatan terperinci,” tulis Jimmy.

Lelaki Dipenjara 9 Tahun, Merokok Dalam Pesawat


SEORANG lelaki yang menyebabkan alat penggera api berbunyi di dalam pesawat gara-gara tindakannya menghisap rokok di dalam tandas, telah dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan enam bulan.

John Cox, telah menyebabkan penggera api berbunyi dalam Monarch Airbus selepas membuang puntung rokok dalam tong sampah di dalam tandas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Birmingham ke Sharm el-Sheikh di Mesir.

Bayi Dibuang Tepi Pantai Kini Kritikal


KEJAMMNYA…seorang bayi yang baru lahir kini sakit tenat selepas ditemui di dalam plastik beg di tepi pandai di Laguna, Pulau Luzon di Filipina.

Bayi berkenaan yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui selepas penduduk berhampiran mendengar tangisannya. Dia dipercayai baru dilahirkan.

Pembantu Rumah William, Kate Nekad Berhenti Kerja


PEMBANTU rumah kepada Putera William dan Kate Middleton telah meletak jawatan meskipun mendapat gaji RM190,000 setahun disebabkan tuntutan kerja yang bertambah sehinggakan dia dilaporkan tidak dapat menjalani kehidupan normal di luar waktu kerja.

Sadie Rice sebelum ini bertugas memasak, membersih dan membeli barang untuk Duke dan Duchess of Cambridge itu serta anak-anak mereka iaitu George dan Charlotte.

Sunday 28 May 2017

Cubaan samun gagal, penyamun tetak anjing


TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR - Cubaan sekumpulan lelaki bermotosikal menyamun sebuah rumah gagal apabila mereka dihalang seekor anjing pemilik rumah berkenaan. 

Dalam kejadian 25 Mei lalu, seramai enam suspek bermotosikal dilaporkan cuba menyamun sebuah rumah penduduk di Taman Perwira.

Wanita 40-an Berpakaian Sekolah Cetus Kebimbangan Di Beaufort


BEAUFORT, SABAH - Viral di media sosial seorang wanita berpakaian sekolah telah menceroboh rumah beberapa penghuni dan sempat tidur, cetus kebimbangan penduduk di sekitar Beaufort. 

Menurut Eda AJ, wanita berumur lingkungan 40-an itu berpakaian sekolah muncul di depan pintu rumah dan cuba menyerahkan beg tangan yang bukan miliknya. 

"Muka macam 40-an, pakai uniform sekolah menengah, rambut kerinting, gigi depan rongak dan gaya percakapannya bukan penduduk tempatan.

'Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta'



Peringatan bagi warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam. Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 pagi.

Semalam suami saya parking kereta di Stesen Petronas Taman Pauh Jaya berdepan dengan Politeknik sementara menunggu kedatangan rakannya. Dalam keadaan hujan renyai, dia asyik memerhatikan skrin telefon. 

Tiba-tiba ada seseorang menyuluh lampu ke arahnya dari luar tingkap kereta. Bila dipandang, seorang lelaki berusia sekitar 20-an, memakai helmet. Suami juga melihat dari cermin sisi, seorang rakannya sedang menunggu di atas motosikal di belakang keretanya.

Video Gangster Dipukul: 'Baru Nak Ingat Tuhan Yer?'


BEBERAPA hari lalu, kecoh di media sosial Indonesia mengenai rakaman kumpulan samseng yang membuat onar membuli pengguna jalan raya di Jagakarsa, Indonesia Selatan.

Kumpulan yang dikenali sebagai ‘Gangster Jepang’ itu dianggotai kira-kira lebih 100 remaja lelaki dengan setiap daripada mereka dikatakan membawa senjata seperti parang dan beberapa senjata tajam.

45 Anggota Keluarga Lim Tang Too Bergelar Doktor


GEORGE TOWN – Keluarga mendiang Lim Tang Too sepatutnya mendapat tempat dalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai anggota keluarga yang paling banyak menjadi doktor.

Kesemua mereka berjumlah 45 orang, yang merupakan anak, cucu dan cicit Lim.

Lim, yang meninggalkan balunya, Loo Siew Chin, sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan bagi kesemua 11 anak mereka, dan hasilnya, lapan daripada mereka menjadi doktor.

Janda Orlando Bloom Kahwin Pengasas Snapchat


BEKAS isteri pelakon Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr, 34, dilaporkan sah bergelar isteri kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif aplikasi Snapchat, Evan Spiegel dalam majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung semalam.

Tidak seperti perkahwinan selebriti popular lain, majlis pasangan ini berlangsung dalam suasana cukup ringkas dan sederhana di halaman belakang kediaman mereka yang terletak di Brentwood, California, Amerika Syarikat.

Rekod 110m Berpagar Dilebur Jaguh Anak Sabah!


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Rayzam Shah Wan Sofian yang memecahkan rekod kebangsaan dengan memadamkan rekod 23 tahun acara 110 meter berpagar di Kejohanan Kurpfalz Gala, di Jerman, semalam.

“Sudah 23 tahun rekod 110m lari berpagar dipegang Nur Herman Majid, kini dilebur jaguh anak Sabah, Rayzam Shah. Tahniah! #kebanggaanku #Negaraku,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya, hari ini.

Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita


KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai makan yang dikatakan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna hingga menjadi tular di media sosial.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Rabu lalu, PPDNKK mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan ntipencatutan 2011 kerana mengenakan caj harga yang tidak munasabah.

Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa


SHAH ALAM – Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Ventures (KEV) di Kampung Tok Muda dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.45 malam.

Cikgu Tangkap Pelajar 9 Tahun Tengok Filem Lucah


SEORANG pelajar perempuan berusia sembilan tahun ‘ditangkap’ menonton filem lucah di sekolah oleh gurunya dan yang lebih mengejutkan cikgunya ialah sebab kenapa budak itu menonton filem itu pastinya memeranjatkan anda.

Menurut kanak-kanak tersebut, dia menonton filem lucah bagi mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam terhadap perbuatan bapanya yang melakukan perkara sama dalam filem lucah itu kepadanya pada hampir setiap malam.

Beri Buaya Minum Bir, Dua Lelaki Didakwa


PADAH memberi seekor anak buaya minum bir, dua lelaki berdepan dakwaan di mahkamah selepas gambar perlakuan itu tersebar.

WMBF News melaporkan, Joseph Andrew Fliyd, 20, dan Zacary Lloyd Brown, 21, dari Ridgeland South Carolina, Amerika Syarikat menemui haiwan berkenaan sedang melintas ketika memandu dari Hardeeville dan Tillman.

Ariana Adakan Konsert Amal Untuk Mangsa Serangan Bom


PENYANYI Ariana Grande mengumumkan dia akan kembali ke Manchester, United Kingdom untuk menjayakan konsert amal yang dirancang bagi membantu mangsa serangan bom Manchester.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, konsert itu diadakan bertujuan untuk mengenang mangsa-mangsa tragedi selain mengumpul wang sumbangan untuk mangsa tercedera dan juga kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Dua Ditikam Mati Cuba Pertahankan Wanita Islam


OREGON – Seorang lelaki menikam mati dua penumpang tren komuter di Portland selepas mereka cuba menghalang dia mengganggu dua wanita Islam, kata polis semalam.

Polis mengenal pasti lelaki itu, yang ditahan tidak lama selepas serangan kelmarin itu, sebagai Jeremy Joseph Christian dari Portland, 35, yang memiliki rekod jenayah.

Penyelidik kanan dengan Southern Poverty Law Center, dalam blog, berkata laman Facebook Christian menunjukkan dia bersikap perkauman dan memegang kepercayaan pelampau.