Tuesday 28 February 2017

Teruk Dibelasah Kekasih Sehingga Pecah Implan


TIDAK tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan mendedahkan jenayah keganasan yang dilakukan lelaki tersebut baru-baru ini.

Model terbabit, Wang Rui’er memuat naik gambarnya di laman sosial Weibo menunjukkan kesan kecederaan dan lebam-lebam yang dialaminya selama ini.

Cubaan Bunuh Diri Gagal, Wanita Terapung Dalam Air


SEORANG wanita China yang cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai menemui kegagalan apabila dia terapung dalam air.

Menurut laman Nextshark, suspek yang tidak diketahui identitinya itu cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke sebuah sungai di Zhongshan di wilayah Guangdong pada Jumaat lalu.

Blogger Ditahan Buat Fitnah, Hasutan Terhadap Kepimpinan Negara


JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang blogger hari ini kerana dikatakan membuat kenyataan berunsur fitnah dan hasutan terhadap kepimpinan negara menerusi laman blog.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki bergelar datuk berumur 64 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, di sini.

Gadis Tergamam Lihat Teman Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 4


Jumaat lalu, di laman media sosial tersebar meluas visual rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjatuh dalam pusat beli-belah Orchard Road di Singapura. 

Memetik laporan Asia News Network, rakaman itu diambil dari sebelah jambatan Orchard Gateway yang menghubungkan dua pusat beli-belah tersebut. Orchard Gateway telah mengesahkan kesahihan video itu.

Diesel Naik 5 Sen, RON95, RON97 Kekal


KUALA LUMPUR: Harga diesel naik 5 sen, kepada RM2.20 seliter, manakala petrol RON95 dan RON97 kekal pada harga semasa, masing-masing RM2.30 seliter dan RM2.60 seliter bagi Mac.

Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari


DUNIA hiburan tanah air menerima perkhabaran sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Ary, 46, yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat menghidap kanser ovari tahap empat menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kira-kira jam 7.17 malam tadi.

(6 Gambar) Aktres Selamba Tayang ‘Miss V’ Di Red Carpet Oscar


AKTRES filem Showgirls 2:Penny’s from Heaven; Blanca Blanco mencuri perhatian ramai ketika berjalan di karpet merah Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Blanca ketika menghadiri anugerah berprestij itu anggun mengenakan busana berwarna kuning yang terbelah di bahagian sisi paha kirinya.

Dituduh pelacur, isteri Trump Melania tuntut RM660 juta


NEW YORK: Peguam kepada wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mengaju tuntutan berkaitan kes pencemaran nama baik beliau ke atas Daily Mail.

Dalam tuntutan awal disebut Melania hilang peluang seumur hidup meraih keuntungan dalam perniagaannya, berpunca daripada artikel yang disiarkan Daily Mail.

Lembaga hitam punca Eammiel kemalangan di Jambatan Sg Genai


MUKAH: Eammiel Tan, 20 dari Kampung Teh Labak sekembali dari mencari ulat mulung di hutan, bergegas memandu kereta ke bandar Mukah untuk mengisi minyak kereta seperti diminta oleh ayahnya.

Dalam perjalanan balik dari mengisi minyak di Mukah, Eammiel mengaku tidak memandu terlalu laju, ternampak kelibat lembaga hitam berdiri menghadang laluan keretanya.

Penunggan motorsikal guna nombor plat 'Bakal Jenazah' ditahan


KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal ditahan dalam satu operasi yang dilaksanakan pihak polis kerana mempamerkan nombor pendaftaran belakang bertulis ‘Bakal Jenazah’, di Kompleks Karamunsing, di sini semalam. 

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, suspek berusia 20 tahun dan bekerja di salah sebuah kedai 24 jam itu ditahan dalam OP Roda di kompleks berkenaan lebih kurang jam 2.45 petang kelmarin.

Kereta api langgar van, 2 maut


BEAUFORT: Dua maut selepas sebuah van dilanggar kereta api yang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Stesen Beaufort, berhampiran Kampung Memanjang di sini, petang tadi. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang tadi dalam hujan lebat, ketika van yang dinaiki tujuh orang itu cuba melintasi landasan sebelum dilanggar kereta api jenis satu gerabak.

Sekawan Lebah 'Menyorok' Dalam Kepala Pancuran Bilik Mandi


Singapura, 27 Feb - Sekawan lebah telah berjaya diracun menggunakan penyembur serangga dalam kejadian di Punggol dekat sini pada Ahad.

Menurut The Straits Time, lebah-lebah terbabit ditemui berada di kepala pancuran bilik mandi di rumah seorang penduduk di kawasan terbabit.

Apabila Kilang Simen Diubah Menjadi Sebuah Rumah..


Kalau anda memang seorang yang kreatif, apa sahaja yang dapat ke tangan anda akan menjadi sesuatu yang berseni. Seorang arkitek Sepanyol, Ricardo Bofill membeli sebuah kilang simen di Barcelona pada tahun 1973 dan dikatakan kilang simen berkenaan sudah wujud sejak era perang dunia pertama lagi.

2 kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4


TIANJIN, CHINA - Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli belah, malam semalam, lapor Shanghaiist. 

Sebelum kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut.

Tikam perut sendiri kerana gastrik


KOTA BHARU - Polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang buruh berusia 49 tahun yang menikam perutnya sendiri sehingga terburai ususnya dalam kejadian di Kampung Baru Keroh di Kuala Krai di sini, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, melalui maklumat awal yang diterima, mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor mengalami masalah penyakit gastrik.

Suspek perogol terlepas ketika polis singgah beli makanan


BELURAN: Seorang tahanan kes rogol terlepas ketika ditinggalkan sendirian dalam kereta polis di depan Restoran Kyber di Pekan Nangoh, dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian pada jam 7.15 malam itu, suspek yang dalam perjalanan bersama tiga anggota polis untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, dikatakan meminta dibelikan makanan untuk berbuka kerana berpuasa.

Bekas pengarah Jabatan Air Sabah dibicara mulai 4 Julai


KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh mula bicara kes pengubahan wang haram membabitkan bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan isterinya serta seorang bekas timbalan pengarah jabatan berkenaan. 

Hakim Abu Bakar Manat yang mendengar sebutan semula kes itu hari, ini turut menetapkan 4 depan untuk pengurusan kes.

Jururawat dipaksa rawat militan


TRIPOLI: Seorang jururawat warga Filipina yang ditawan Daesh di bandar Sirte, Libya mendakwa dipaksa merawat militan dan memberi latihan perubatan bersama rakannya. 

Jururawat itu adalah antara kumpulan tujuh wanita, seorang lelaki dan kanak-kanak 10 bulan yang dihantar pulang dari Libya ke Filipina.

Jerung baham anjing di pantai Sydney


SYDNEY: Seekor jerung membaham seekor anjing yang berenang untuk mendapatkan kayu yang dilontar pemiliknya di pantai popular Sydney, mencetuskan amaran kepada pengunjung dan haiwan peliharaan supaya tidak menghampiri pantai. 

Anjing baka Staffordshire Terrier Amerika, berada di dalam air di Bonna Point Reserve di selatan Sydney Ahad lalu, sebelum diserang jerung.

Suspek pembunuhan Jong-nam didakwa esok


SEPANG: Dua wanita yang juga suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret, Sepang, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata pihaknya sudah menerima kertas siasatan kes berkenaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penumpang Uber Dicaj RM2,577 Gara-Gara Silap Alamat


SEORANG lelaki yang menempah perkhidmatan Uber dengan caj £20 (RM110.38) dari Brixton ke Croydon di London terpaksa membayar £467 (RM2,577.24) gara-gara tersilap memasukkan alamat destinasi dalam aplikasi mudah alih itu.

Akibat kesilapan itu, Aaron Wray terpaksa menaiki uber selama lima jam dan 20 minit bagi perjalanan sejauh 386 kilometer ke Bristol.

Lelaki India Nama Cina Pada MyKad Anak Angkat


SEGAMAT – Seorang lelaki berusia 34 tahun yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi tular di media sosial kerana dikatakan mempunyai penampilan yang tidak sepadan dengan namanya, sebenarnya adalah rakyat Malaysia.

Netizen mendakwa lelaki itu yang bernama Pang Chee Pin, merupakan warga Bangladesh disebabkan dia tidak kelihatan seperti orang Cina.

Meditasi Kubur Bantu Atasi Kegagalan Perkahwinan


LUPAKAN kaunseling perkahwinan. Ini ada kaedah baru yang diamalkan di China, untuk mengatasi kekecewaan akibat perceraian iaitu `meditasi kubur’ di mana mereka yang telah menjanda akan bermeditasi di dalam kubur.

Meditasi kubur ini dikatakan kononnya membolehkan wanita yang menjanda membuang sial dan hantu-hantu yang menyebabkan perkahwinan runtuh.

Pasangan Tanpa Malu Berselingkuh Depan ATM


KALAU sudah hilang maruah diri, inilah yang berlaku. Sepasang kekasih dengan selamba melakukan seks di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, menyebabkan orang ramai yang mahu mengeluarkan wang terpaksa menunggu di luar bilik ATM itu.

Monday 27 February 2017

'Buah pinggang saya sudah dicuri,' pembantu rumah


MATARAM: Seorang pekerja dari Lombok Utara, di Nusa Tenggara mengesyaki beliau menjadi mangsa pemerdagangan organ ketika bekerja di Doha, Qatar. 

Sri Rabitah, 25, berkata beliau yang mula bekerja sebagai pembantu rumah di Doha pada 2014, turut mendakwa didera oleh majikan pertamanya.

Seram Dengar Bunyi Tapak Kaki, Rantai Diseret Di Tengah Malam


SUDAH sebulan kami menyewa di Bangunan 25 Old Salata. Bangunan ini mempunyai enam tingkat. Setiap tingkat mempunyai empat unit rumah masing-masing dua rumah ada dua bilik dan dua lagi mempunyai tiga bilik.

Filipina Kutuk Perbuatan Penggal Kepala Warga Jerman


KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina mengutuk tindakan memenggal kepala tebusan warga Jerman oleh kumpulan Abu Sayaf yang memuat naik video pembunuhan kejam itu selepas tarikh pembayaran wang tebusan $600,000 (483,247.42 pound) telah berakhir.

Najib Terdesak Banding Malaysia Dengan Arab Saudi


Siapa pun yang membaca kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak, perlaksanaan BR1M serta GST dan percubaan membandingkannya dengan Arab Saudi, dapat merasakan beliau dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat sempena lawatan Raja Salman ke negara ini.

Pembantu Rumah Ditemui Mati Di Rumah Majikan


GEORGE TOWN – Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia ditemui mati di rumah majikannya di Jelutong, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata wanita berusia 38 tahun itu dilaporkankan tergelincir dan rebah di tangga rumah teres dua tingkat milik majikannya pada pukul 12.45 tengah malam Sabtu.

Banduan Lolos: Polis Siasat Kecuaian Tiga Anggotanya


KOTA KINABALU – Polis sedang membuat siasatan menyeluruh sama ada berlaku kecuaian tiga anggotanya sehingga menyebabkan banduan kes rogol dan samun melarikan diri di, Beluran, Sandakan, Sabtu lepas.

Memalukan… Bila Penyampai Oscar Silap Umum Pemenang


ANUGERAH berprestij Hollywood, Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, dicemari insiden ‘memalukan’ apabila dua penyampai anugerah, iaitu pelakon veteran Faye Dunaway dan Warren Beatty tersilap mengumumkan nama pemenang bagi kategori Filem Terbaik.

Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, 3 Sebatan


KUALA PILAH – Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Feb lepas.

Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin.

Model Mengamuk Diraba Dalam Program TV Live


BERANG dirinya diraba pengacara sebuah rancangan televisyen, seorang model bikini, Rayssa Teixeiro Melo mengamuk sebelum menumbuk hos tersebut.

Perbuatan hos itu menyebabkan Rayssa terus berlalu pergi meninggalkan set program tv yang bersiaran secara langsung pada ketika itu.

Video: Guru Tendang, Sepak Dan Pukul Kepala Pelajar


RAKAMAN video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial.

Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.

Semua petunjuk menuding ke Korea Utara


WASHINGTON: Semua petunjuk menuding Pyongyang sebagai bertanggungjawab dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. 

Rumusan itu dibuat bekas Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan, semalam selepas Malaysia mengenal pasti agen senjata kimia dilarang digunakan dalam pembunuhan itu.

Agensi perisikan Pyongyang ada syarikat senjata di KL


KUALA LUMPUR: Di sebalik pintu tidak bertanda di aras dua sebuah bangunan usang di kejiranan Little India di sini, wujudnya operasi syarikat peralatan ketenteraan digelar Glocom. 

Glocom adalah syarikat dikendalikan ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio tempur sebagai pelanggaran sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menurut laporan PBB untuk Majlis Keselamatan yang diperoleh Reuters.

BR1M & GST Tepat, Kerajaan Arab Juga Melaksanakannya - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang. 

Perdana Menteri berkata, ini kerana langkah kerajaan mewujudkan BR1M turut dilaksanakan kerajaan Arab Saudi untuk membantu rakyat negara itu yang memerlukan bantuan.

Berhenti Letak Kerusi Disebelah Mesin Basuh


Berhenti Letak Kerusi Disebelah Mesin Basuh|Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor Debate News.

Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto, Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina.

Maut selepas makan pil perangsang seks dan buah langsat


Niat sepasang kekasih untuk melepaskan rindu didalam sebuah bilik hotel tidak sampai ke anding apabila kekasih wanita berkenan mengalami kejang kejang dan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku semalam 26/17.

Seorang Guru Dikhuatiri Mati Lemas Di Belaga


MIRI – Seorang guru lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh daripada bot panjang yang dinaikinya di Sungai Batang Rajang tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobel berkata ketika kejadian, Michael Usat Emang, 59, bersama isterinya sedang dalam perjalanan balik ke Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan, Belaga setelah menziarahi saudara yang meninggal dunia di Punan Sama.

Polis Tahan 2 Lelaki Disyaki Pembuat Dan Penjual Bom Ikan


KUNAK – Polis menahan dua lelaki disyaki membuat dan menjual bom ikan dalam operasi berasingan di kawasan pinggir laut penempatan Pala’u di Kampung Kunak Tiga dan Kampung Air Kunak Tiga.

Wanita Warga China Guna Pukau Ditahan Di Puchong


KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga China disyaki terlibat dengan kes tipu menggunakan pukau ditahan oleh orang ramai dan mengikatnya ke sebatang pokok di pasar pagi Pusat Bandar Puchong dekat sini semalam sebelum diserahkan kepada polis.

Kim Jong-Nam Mati Dalam Masa 15 Hingga 20 Minit


KUALA LUMPUR – Laporan autopsi ke atas Kim Jong-nam menunjukkan abang kepada pemimpin Korea Utara itu Kim Jong-un meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas diserang menggunakan agen saraf, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Peguam 34 Tahun Tukar Kerjaya Jadi Pelacur


SEORANG peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan berkenaan bagi memulakan karier baru, iaitu sebagai pelacur.

OMG! Pasangan buat seks di tepi mesin ATM HSBC Bank


Situasi kelucahan melampau ini bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi di luar negara.. 

Orang ramai yang mahu menggunakan mesin ATM itu terpaksa menjadi penonton dan tukang rakam semantara menunggu pasangan berkenaan selesai melakukan seks..

Sunday 26 February 2017

Anak Muhammad Ali Ditahan Kerana Beragama Islam


WASHINGTON DC – Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat selama dua jam di sebuah lapangan terbang Florida sebaik sahaja pulang daripada Jamaica gara-gara namanya seperti nama orang Arab, lapor media Amerika Syarikat (AS).

'Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur Sini'


“SAYA tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan seorang pelajar tingkatan tiga selepas kantoi ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Kuala Terengganu.

Instagram Punca Wanita Moden Suka Payudara Kecil?


LONDON – Bagi wanita khasnya gadis remaja yang mengimpikan untuk memiliki payudara bersaiz besar, maka cuba elakkan penggunaan akaun Instagram terutama swafoto gambar diri sendiri.

Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995


KIRA-KIRA 22 tahun dahulu, zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.

Wanita ingkar arahan polis dan tetap memandu biarpun tayar kereta dikunci


Mungkin kerana ingin cepat menghadiri sesi ujibakat Bad Girl Club, wanita ini menghentikan keretanya pada tempat yang salah.

Wanita ini telah didenda oleh pegawai polis dengan cara tayar keretanya dikunci. Polis menghalangnya daripada bergerak dan perlu membayar denda dahulu untuk membuka kunci, tetapi wanita ini ‘tidak makan saman’.

Jangan Memandai Guna Ubat Tanpa Rujuk Doktor


Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal. 

Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yang tidak diundang.

Denda RM250 jika merokok di taman awam seluruh negara


Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini.

Rekod menaip 48 jam tanpa henti


Alor Setar: Seramai 48 pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), di sini, memecah rekod tersendiri apabila menaip selama 48 jam tanpa henti sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR), malam tadi.

Patutlah rumah Bumiputera 'cepat' habis


Johor Bahru: Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.