Monday 24 July 2017

Pelakon X-Men Saman Taikun China


BINTANG filem China, Fan Bingbing telah menyaman seorang taikun, Guo Wengui susulan dakwaan sensasinya bahawa Fan telah meniduri ketua anti rasuah China, Wang Qishan.

Fan yang pernah muncul dalam filem in X-Men: Days of Future Past, telah mengupah peguam Amerika Syarikat bagi tujuan berkenaan.

Wengui, kini menetap di Manhattan selepas melarikan diri dari China. Dia sebelum ini membuat beberapa dakwaan melibatkan rasuah membabitkan pemimpin dalam parti komunis.

Susulan itu, China telah meminta Interpol mengeluarkan notis merah dan mengisyiharkan Wengui sebagai suspek jenayah.

Manakala Fan, yang merupakan antara aktres yang menerima bayaran tertinggi di dunia, telah didakwa oleh Wengui meniduri Wang. Beberapa selebriti wanita lain turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Malah Wengui mendakwa dia pernah melihat sebahagian daripada video seks Fan serta pegawai tinggi kerajaan itu.

Dalam samannya, Fan menuduh taikun itu sengaja mereka skandal memalukan dan ia telah menjejaskan reputasinya.

Fan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan bintang filem Li Chen, juga merupakan duta untuk Louis Vuitton dan Chopard.

Fan menuntut Wengui supaya berhenti daripada menyebarkan tuduhan itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments