Saturday 29 July 2017

Pihak Produksi Tak Mahu Masuk Campur – Kak Noi


BELUM lagi reda tentang isu panas Aliff Aziz yang didakwa telah memukul isterinya, Bella Astilla kerana ingin mempertahankan aktress Afifah Nasir, kini keluar pula statement daripada pihak produksi drama lakonan mereka berdua.


Terbaru, Afifah telah menafikan tentang hubungan cinta dia dan Aliff. Malah, Afifah juga mengatakan bahawa mereka berada di situ atas urusan kerja. Tapi cliche kan alasan tu? Dah kantoi, bagi alasan ‘jumpa atas urusan kerja’.

“Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

“Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut. “

“Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.”

“Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis.

“Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan”, komen Afifah semalam ketika ditemui oleh pihak media mengenai isu ini.

Tambah Afifah lagi, pihak produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu itu akan memberikan kenyataan tentang isu ini.

Ada pihak media yang telah mendapatkan kenyataan daripada Pengurus Produksi tersebut, iaitu Kak Noi. Tapi bila ditanya, Kak Noi kata mereka sama sekali tidak tahu menahu tentang urusan ‘kerja’ yang dimaksudkan oleh Afifah.

“Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.”

“Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain”, ujar Kak Noi yang menafikan kata-kata Afifah itu

Alamak… Macam mana ni Afifah? Production pun taknak backup awak ni. Jadi isunya sekarang bukan berjumpa dekat pusat karoke atas sebab ‘kerja’ lah ya?

Sudahnya jumpa dekat situ atas urusan apa pulak? Haihh… Entahlah kami tak berani nak komen atau tokok tambah apa-apa mengenai isu ni.

Takut tersalah info, susah pulak nanti. Apa pun, diharapkan isu ni dapat diselesaikan dengan segera lah ya. Aliff juga dikatakan sudah dibebaskankan pagi tadi dengan jaminan polis selepas diambil keterangan kes ini.

Sambungan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan yang seterusnya. Perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments