Saturday 15 July 2017

Daler Kesal Terpegang Dada Nelydia


BELUM selesai lagi isu ‘terpegang’ dada Nelydia Senrose ketika berlakon bersama dalam drama Encik Suami Mat Saleh Celup, pelakon Daler Yusof hari ini memohon maaf secara terbuka kepada aktres cantik itu.

Insiden tidak disengajakan itu dapat disaksikan netizen menerusi video dimuat naik oleh Daler, pelakon berdarah kacukan Melayu-Uzbekistan ke laman sosial Instagranya sehingga viral dan hangat diperdebatkan peminat.

kejadian iti berlaku semasa Daler sedang membonceng motosikal yang ditunggang Nelydia bagi menjayakan salah satu

Bagaimanapun, kata Nelydia, Daler memang memohon maaf daripadanya walaupun ia berlaku secara tidak sengaja.

“Ketika kejadian, itulah pengalaman kali pertama saya menunggang motosikal. Saat itu, pelbagai perkara berlegar dalam minda saya, termasuk keselamatan dan nyawa sendiri. Jadi, ia membuatkan saya tidak sedar apa yang berlaku.

“Dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga, saya hilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana menyedari ada bonggol di hadapan. Keadaan itu seterusnya menyebabkan berlakunya insiden yang diperkatakan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia berpendapat perkara itu bukanlah satu isu serius yang perlu diperbesarkan.

“Dia memang ada menghubungi saya untuk memohon maaf. Tetapi, saya tidak ambil pusing pun akan perkara itu.

“Ia hanyalah salah faham dan berlaku di luar kawalan diri. Saya sendiri tidak tahu sama ada sentuhan benar-benar berlaku atau hanya kerana sudut pandang video membuatkan ia kelihatan seperti itu,” katanya kepada BHOnline.

Daler, mengakui kesilapan dilakukan tanpa sengaja, sudah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung dengan perkara terbabit.

“Sejujurnya, saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video terbabit,” kata Daler. - MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments