Monday, 22 May 2017

Diperlekeh Kerja Restoran, Gadis Ini Kongsi Cerita


SUDAH menjadi kebiasaan di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi untuk melakukan pekerjaan sampingan demi meraih pendapatan dan juga menimba pengalaman kerja.

Antara pekerjaan yang sinonim dengan pelajar untuk membuat part time adalah seperti di kedai makanan segera, restoran, panggung wayang atau mungkin juga ada yang bergelar pemandu Uber/Grab Car secara part time.

Namun begitu, tak dinafikan ada sesetengah masyarakat Malaysia yang masih lagi cetek akalnya apabila sering kali memandang rendah terhadap kebanyakan pekerja dalam sektor yang disebutkan sebentar tadi.

Hanya manusia yang mempunyai mentaliti kelas ketiga sahaja yang sering kali bersikap judgemental dengan memandang rendah terhadap pekerja-pekerja tersebut.

Baca luahan seorang netizen di Twitter, @naddyM ini memang geram je dengan sikap judgemental uncle ini.

NaddyM telah berkongsikan kisah mengenai rakan sekuliahnya di sebuah universiti awam terkemuka negara yang melalui satu pengalaman ‘buruk’ dengan seorang pelanggan di restoran tempatnya bekerja, baru-baru ini.

Menurut NaddyM, rakannya bercerita terdapat seorang pelanggan lelaki yang datang bersama keluarganya termasuk seorang anak kecil.

Ketika anak pelanggan itu ingin bertanyakan soalan kepadanya, si bapa terus berkata, “Speak Malay, she might not understand” sehingga membuatkan rakannya sedikit tersentak dengan kata-kata tersebut.

Nah, anda baca luahan yang dikongsikan rakan NaddyM:



NaddyM yang ternyata bengang dengan akal cetek pelanggan lelaki itu yang mungkin beranggapan semua pekerja restoran tidak berpelajaran tinggi, memberikan contoh kebanyakan penuntut universiti di seluruh dunia pastinya ada yang membuat kerja part time bagi menampung yuran penggajian dan sebagainya.

Gadis itu turut memberikan contoh kadang-kadang terdapat pelajar yang dapat biasiswa pun tidak malu untuk melakukan kerja-kerja part time untuk mengisi masa lapang mereka.

Situasi sebegitu bukanlah satu perkara baharu di kalangan pelajar universiti di Malaysia malah di seluruh dunia juga termasuk pelajar di Eropah, China, Korea dan juga Jepun.



Walaupun mungkin sesetengah pekerja di restoran tidak berpelajaran tinggi, namun ia bukanlah lesen untuk pelanggan seperti uncle tersebut untuk memandang rendah terhadap seseorang individu itu.

Yang penting adab sesama manusia haruslah sentiasa dijaga. Meskipun tinggi pelajaran, kalau adab tak dijaga, memang tak ke manalah… – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments