Tuesday 30 May 2017

Permainan Baru Sembur Deodoran Di Badan Tular


SELEPAS permainan ‘Blue Whale’ yang menggalakkan remaja membunuh diri menjadi tular, kini satu lagi permainan pelik dicipta oleh remaja di mana mereka akan menyembur semburan deodoran ke kulit badan hingga terbakar.

Perbuatan berkenaan dirakamkan dan mereka yang berjaya menahan kesakitan akan dikira hebat.

Dalam cabaran itu, mereka akan menyembur semburan tersebut ke kulit dan cuba menahan diri selama mungkin.

Perkara berkenaan didedahkan oleh seorang ibu selepas melihat beberapa pelajar di Cornwall, England mengalami kecederaan.

“Malangnya, kegilaan terbaru adalah semburan deodoran.

“Saya telah memberi amaran (anak saya) supaya tidak melakukannya lagi……hanya ingin anda semua berwaspada,” kata ibu terbabit yang tidak didedahkan identitinya.

Dalam permainan Blue Whale itu, beberapa remaja di Rusia telah membunuh diri manakala dalang di sebalik permainan terbabit telah berjaya ditangkap. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments