Thursday 25 May 2017

Budak Jaga Tandas Dipukul Pelancong Dek Caj RM1.25


MALANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ini apabila dibelasah hanya kerana caj tandas 10 baht (RM1.25) kepada pelancong asing yang mahu menggunakan tandas Bangla Road, Phuket, Thailand.

Abdull Seesa yang bekerja untuk mendapatkan wang tambahan dipukul selepas mengenakan caj tersebut kepada seorang pelancong lelaki yang datang bersama rakan-rakannya di kawasan tersebut.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup yang jelas memaparkan enam warga asing itu melibatkan tiga pasangan dilihat memasuki premis tersebut.

Menerusi video itu, salah seorang lelaki warga asing itu berulang kali memukul dan menolak budak lelaki yang juga penjaga tandas itu ke dinding.

Rakan kepada pelancong lelaki itu kemudian melarikan diri sebelum seorang lagi penjaga tandas berlari untuk membantu rakannya.

Mirror melaporkan, bapa Abdull, Tohee Seesa menawarkan 5,000 baht (RM6,250) kepada pihak yang membantunya mengesan pelancong yang telah memukul anaknya dalam kejadian 3 Mei lalu.

Menurutnya, lelaki tersebut berusia antara 30 dan 40 tahun serta bertutur dalam bahasa Inggeris, namun tidak diketahui warganegara pelancong tersebut.

“Tandas ini untuk pelancong di Soi Bangla dan anak saya bekerja untuk mendapatkan wang saku tambahan.

“Apalah jenis manusia yang melakukan perkara ini kepada kanak-kanak berusia 10 tahun. Kami akan menangkapnya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments