Friday 26 May 2017

Bom Di Jakarta: Daesh Mengaku Bertanggungjawab


KAHERAH – Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan di perhentian bas Jakarta, yang mengorbankan tiga anggota polis dan mencederakan 12 yang lain.

“Militan Daesh bertanggungjawab menyerang perhimpunan polis Indonesia di terminal bas Kampung Melayu di Jakarta itu,” kata agensi berita rasmi kumpulan tersebut, Amaq.

Turut terkorban ialah dua penyerang bunuh diri itu. Insiden meletus ketika pasukan polis mengawal perarakan masyarakat setempat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Ia adalah serangan paling berbahaya di Indonesia sejak Januari 2016, yang menyebabkan lapan orang terbunuh, empat daripadanya penyerang. – REUTERS/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments