Friday 26 May 2017

Indonesia Heboh Ada Batu Bentuk Alat Sulit Lelaki


WADUH kecoh bangat…. Warga Indonesia kini heboh dengan penemuan sebuah batu yang menyerupai alat kelamin lelaki.

Batu granit berbentuk unik itu dikatakan ditemui di Pulau Burung berdekatan Pulau Belitung, daerah kepulauan Bangka Belitung.

Penemuan batu itu menjadi tular selepas beberapa pelancong merakamkan gambar kenang-kenangan bersama barsama batu tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsi, batu berbentuk zakar lelaki itu berada di tengah-tengah batu di tepi persisiran pantai.


Memetik laporan Tribunnews, gambar batu itu awalnya dimuat naik oleh laman sebuah agensi pelancongan belitungisland.com yang membawa pelanggannya ke kawasan tersebut.

Malah, difahamkan tidak ramai pengunjung datang ke pulau itu sehingga tidak ramai yang tahu kewujudan batu tersebut.

Pun begitu, selepas gambar itu menjadi tular, ramai pelancong dikatakan mula mahu menjadikan Pulau Burung ini sebagai satu destinasi.

Bagi yang teringin melihat dengan mata sendiri, bolehlah terokai Pulau Belitung, yang hanya 45 minit terbang dari Jakarta. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments