Tuesday, 23 May 2017

Letupan Di Konsert: Ariana Grande Mohon Maaf


PENYANYI terkenal Ariana Grande membuat permohonan maaf susulan tragedi letupan di konsertnya yang berlangsung di Manchester Arena, Britain, pagi tadi.

Artis Amerika Syarikat yang terkenal menerusi lagu Side to Side itu membuat permohonan maaf itu menerusi laman akaun Twitter rasminya.

Arina, 23, turut meluahkan perasaan sedihnya selain menyatakan dia kehilangan kata-kata berikutan insiden berdarah itu.


“Kecewa. Dari lubuk hati paling dalam, saya memohon maaf. Saya kehilangan kata-kata (Broken. From the bottom of my heart, i am so so sorry. I don’t have words),” tulisnya.

Sementara itu, portal TMZ melaporkan bintang itu berada dalam keadaan tertekan dan semacam ‘histeria’ apabila mengetahui ada peminatnya yang terkorban.


Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurang 19 orang maut manakala 50 orang cedera dalam dua letupan itu.

Difahamkan, letupan berlaku di lobi pintu depan Manchester Arena ketika Grande baru sahaja menamatkan lagu terakhirnya.

Setakat ini, polis percaya letupan itu dikaitkan dengan serangan pengganas. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments