Thursday 25 May 2017

Cincin Lamaran Disembunyi Dalam Luka Di Perut


DEMI memenangi hati kekasihnya supaya menerima lamarannya, seorang lelaki menggunakan cara yang pelik dan menjijikkan iaitu dengan menyembunyikan cincin dalam luka di perutnya.

Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya itu berasal dari Rusia. Mentang-mentanglah teman wanitanya adalah doktor maka dia telah menggunakan kaedah berkenaan untuk melamar.

Dia juga berjaya memujuk doktor untuk menyembunyikan cincin berkenaan dalam luka di perutnya, kemudian menjahitnya.

Lelaki itu kemudiannya telah meminta kekasihnya mencuci lukanya dan hanya duduk memerhati sahaja.

Ketika wanita berkenaan mencuci luka tersebut, dia menemui sesuai yang berkilat dan apabila mengeluarkannya, ternyata ia adalah sebentuk cincin.

Wanita itu menangis apabila mengetahui kekasihnya itu mahu melamarnya dan dia tanpa ragu-ragu menerimanya. Dia juga mencuci cincin itu lalu menyarungkannya ke jari.

Menurut lelaki itu, dia mahu melakukan sesuatu yang unik ketika melamar kekasihnya. Namun bukan semua orang boleh menerima cara berkenaan malah ramai yang menyifatkan lelaki itu sebagai bodoh dan langsung tidak romantik. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments