Saturday 27 May 2017

Cikgu Tarian Tiang Balas Dendam Lelaki Gatal


SEORANG guru tarian tiang mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam kepada lelaki gatal yang cuba menggodanya iaitu dengan menghantar semula gambar lucah yang diterimanya kepada ibu atau pasangan mereka.

Tindakan itu terpaksa diambil oleh Chloe-Anne Pasquet kerana boleh dikatakan setiap minggu dia akan menerima kira-kira tiga atau empat mesej dan gambar lucah daripada lelaki gatal di Facebook.

“Saya selalu dapat gambar alat sulit mereka dan ada yang cuba menghubungi saya.

“Bukan sahaja orang dewasa malah remaja juga menghantar gambar lucah mereka kepada saya,” kata ibu kepada dua anak yang berasal dari Kent itu.

Menurut Chloe, tindakannya itu juga sebagai `mengajar’ lelaki agar menghormati kaum wanita. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments