KALAU sudah orangnya lucu, buat apa pun boleh bikin orang sekeliling ketawa. Sebagai contoh, pelawak terkenal Korea Selatan bernama Jang Do Yeon ini.
Dek kerana aksi posingnya yang ‘luar biasa’ dan lucu di karpet merah Anugerah Baeksang Art ke-5 , selebriti ini menjadi perhatian satu dunia selepas videonya itu menjadi tular di laman sosial.
Menerusi video berdurasi 25 saat itu, Do Yeon awalnya berjalan ke karpet merah seperti biasa dan berpusing-pusing badannya sambil menunjukan simbol keamanan.
Namun, dia mula mencuri tumpuan ramai apabila melakukan aksi posing yang tidak disangka-sangka dan kelihatan lucu.
Aksinya itu ternyata mendapat sorakan peminat yang hadir pada sesi karpet merah anugerah tersebut.
Setakat ini, video tersebut telah meraih 4.6 juta tontonan dan dikongsi hampir 23 ribu orang.
Acara ini dilaporkan berlangsung pada 3 Mei lalu, tapi difahamkan baru menjadi viral selepas dikongsi ramai netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments