Thursday 25 May 2017

Kekasih Curang, Hubungan Cinta Elizabeth Tan Putus


WALAUPUN pedih, Elizabeth Tan terpaksa menerima kenyataan bahawa hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan hanya mampu bertahan selama empat bulan gara-gara kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, penyanyi tinggi lampai itu mengakui pengalaman ini telah membuka matanya kerana dahulu dia pernah meminggirkan keluarganya kerana cintanya itu.

“Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya dengan tangan terbuka.

“Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran. Saya tidak nafikan dia curang.

“Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya,” katanya kepada BH Online.

Menurutnya, hubungannya dengan lelaki itu terputus pada bulan lalu.

Terdahulu, muncul desas-desus menyatakan hubungan cinta Elizabeth bersama seorang ahli perniagaan telah putus angkara seorang aktres. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments