Friday 26 May 2017

Pekerjaan ‘Lenyap’ Seiring Perkembangan Zaman


PERKEMBANGAN teknologi yang semakin canggih, ternyata bukan sahaja memberi kesan kepada gaya hidup manusia tetapi juga dalam bidang pekerjaan.

Jika pada zaman dahulu, beberapa pekerjaan ini pernah menjadi sumber rezeki utama kepada orang ramai tetapi kini, semuanya sudah ‘lenyap’ seriring dengan perkembangan zaman yang semakin maju.

Berikut adalah antara pekerjaan yang sudah tidak lagi diperlukan pada zaman sekarang dan digantikan dengan kemajuan teknologi:

1. Operator Lif


Pada zaman dahulu, seorang operator lif diperlukan untuk menggerakkan lif. Gambar ini diambil di Hotel Waldorf Austria semasa operator membantu menekan butang lif untuk kambing biri-biri dan angsa yang menggunakan lif ketika itu. Namun, pekerjaan operator lif ini hampir ‘lenyap’ kerana sudah tidak lagi diperlukan. Orang ramai yang menggunakan lif boleh menekan butang lif sendiri untuk ke tingkat yang diingini.

2. Manusia Radar


Jika dahulu ada yang bekerja sebagai manusia radar. Mereka ini dibayar untuk mendengar jika ada musuh yang datang dengan menggunakan alat seperti dalam foto ini. Seriring dengan perkembangan zaman yang semakin canggih, pekerjaan ini sudah ditinggalkan dan hanya menggunakan alat pengesan radar dan beberapa peralatan lain untuk mengesan musuh.

3. Penghibur Pekerja Kilang


Pekerja kilang memerlukan perhatian yang tinggi dalam membuat sesuatu produk. Ini membuatkan mereka tertekan. Jadi diupah seseorang seperti dalam gambar itu untuk membuat lawak dan bercerita perkara yang dongeng supaya mereka bekerja dalam suasana gembira.

4. Tukang Potong Ais.


Ini bukan pekerjaan yang sulit. Sesiapa saja mampu melakukan. Tetapi kerana pekerjaan ini memerlukan tempoh masa yang lama, maka diupah orang-orang ini untuk memotongnya. Zaman kini, sudah mempunyai mesin untuk memproses air batu dan jauh lebih mudah serta cepat.

5. Pengatur Pin Boling


Dahulunya, untuk mengatur kembali pin boling tegak di tempatnya setelah dijatuhkan oleh bola dilontarkan pemain memang memerlukan kudrat tenaga manusia. Mereka yang sering berkorban melakukan pekerjaan ini adalah remaja. Tapi kini semuanya dilakukan mesin. Mudahkan.

6. Tukang Pasang Lampu


Susahnya zaman dahulu apabila memerlukan seseorang untuk memanjat tangga hanya untuk memasang lampu di jalan raya dan kota besar. Di zaman dahulu pemerintah mengupah tukang pasang lampu jalan menggunakan bahan bakar. Lampu ini perlu dinyalakan setiap hari. Zaman sekarang ini semuanya automatik dan menyala tanpa perlu memanjat tangga.

7. Tukang Tangkap Tikus


Pada zaman dahulu ada pekerjaan yang membasmi tikus di kota besar. Oleh kerana tikus dianggap wabak, tenaga manusia diperlukan untuk menangkap tikus daripada terus membiak. Mereka ini dilatih agar tidak merasa jijik dengan tikus. Kini pembasmian tikus mengunakan racun dan sangkar serta sudah kurang menggunakan tenaga manusia dalam kelompok yang besar.

8. Tukang Penyampai Berita


Ini adalah pekerjaan terhormat pada tahun 1930-an. Kriteria untuk mendapatkan pekerjaan ini adalah memerlukan suara yang kuat. Kini, tidak perlu lagi kerana sudah diambil alih dengan media cetak dan elektronik seperti televisyen dan radio untuk menyampaikan berita. Bukan sahaja berita dalam negara tetapi berita luar negara dapat diketahui dengan mudah. Tidak perlu lagi menjerit untuk menyampaikan berita, cukup sahaja melalui laman sosial yang sudah semakin banyak.

9. Tukang Gali Kembali Kubur


Pekerjaan ini popular pada abad ke-19. Tujuannya untuk ambil mayat dan diberikan kepada calon doktor untuk latihan praktikal. Mayat yang dipilih tidak boleh terlalu hancur. Bukan sebarang kubur boleh digali. Pihak universiti dan pemerintah daerah telah menetapkan peraturan yang penting.

10. Tukang Bangunkan Tidur


Pada zaman dahulu, ada pekerjaan yang ditugaskan untuk membangunkan orang daripada tidur. Mereka ini akan mengetuk tingkap dan pintu pelanggan sehingga mereka bangun. Jika tingkap pelanggan berada di tempat tinggi, mereka ini akan menggunakan galah untuk mengetuk tingkat tersebut. Kini, pekerjaan ini sudah tiada lagi kerana sudah ada jam loceng dan telefon bimbit yang membantu ‘ mengejutkan’ anda daripada tidur. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments