Monday 13 February 2017

Gaun Pengantin Berusia 147 Tahun Akhirnya Ditemui


AKHIRNYA gaun pengantin turun temurun yang berusia 147 tahun milik keluarga Tess Newall berjaya ditemui semula selepas pencariannya dilakukan menerusi media sosial dan dikongsi lebih 300,000 kali.


Tess memakainya ketika berkahwin tahun lepas, namun ia hilang selepas dihantar ke kedai dobi untuk dicuci.

“Gaun pengantin ini sangat berharga dan ia dibuat oleh moyang saya, Dora pada 1870. Nenek saya kemudian mencadangkan supaya saya memakainya pada majlis perkahwinan saya,’’ kata Tess.

Selepas majlis berakhir, Tess menghantar ke kedai dobi Kleen Cleaners di Edinburgh namun selepas kedai itu bankrap, Tess bimbang gaun pengantin itu dicuri.

Nasib baik, gaun itu ditemui berselerak bersama baju lain di atas lantai di kedai yang telah ditutup itu. Ia akan dikembalikan kepada Tess dalam masa beberapa hari lagi.

“Kami menerima panggilan telefon daripada pemilik hartanah di situ yang membaca rayuan saya menerusi media sosial. Ibu dan ayah kemudiannya dibenarkan masuk ke kedai terbabit dan alangkah gembiranya kami kerana menemui gaun terbabit.

“Ia masih belum dicuci tetapi terdapat resit di dalam gaun berkenaan,’’ kata Tess.

Sementara itu, pengasas Bridebook, Hamish Shephard, pihaknya telah berhubung dengan beribu-ribu kedai pengantin di seluruh negara bagi memastikan mereka tidak membeli gaun tersebut ketika ia hilang.

“Semua orang gembira Tess mendapat baju itu semula. Pengantin kami kini menyimpan gaun mereka dengan berhati-hati,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments