Wednesday 31 May 2017

Video: Lelaki Ditetak Depan Rumah Tanpa Belas Ihsan


SEBUAH rakaman video memaparkan seorang lelaki ditetak tanpa belas ihsan di hadapan sebuah rumah, kini menjadi tular laman Facebook.

Menerusi rakaman itu, mengsa yang tidak berbaju dilihat bergelut dengan suspek yang bertindak menetaknya bertubi-tubi mengunakan pisau pemotong ayam.

Suspek juga tidak menghiraukan jeritan saksi dan hon yang dibunyikan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Menurut maklumat yang kami terima, insiden penuh ngeri ini dilaporkan berlaku di Jalan Anson, George Town, Pulau Pinang, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, mengesahkan laporan kejadian ini dan telah menahan suspek.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada pergaduhan mangsa dan suspek yang masing-masing merupakan warga Myanmar.

“Mangsa kini ditempatkan di zon merah, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pendarahan yang banyak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, polis masih lagi menyiasat punca pergaduhan mereka memandangkan suspek enggan memberi kerjasama. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments