Thursday 25 May 2017

Pakai Seksi, Jururawat Ini Terpaksa Letak Jawatan


KERANA didakwa sering berpakaian seksi, seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Isan, Thailand dengan berat hati terpaksa meletakkan jawatan selepas hal itu tidak disenangi pihak pengurusannya.

Foto yang menunjukkan Parichat ‘Pang’ Chatsri, 26, berpakaian seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mengundang komen negatif di media sosial selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers Association.


Susulan gambar itu disiarkan, Pang menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menuduhnya berpakaian tidak sopan dan menjolok mata tidak selaras dengan pekerjaannya sebagai seorang jururawat.

Sehubungan perkara itu menjadi viral, Pang telah memohon maaf secara terbuka.


“Saya sudah memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap kejadian itu merendahkan imej hospital.

“Saya faham dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan.

“Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta pihak hospital,” katanya dipetik Daily Mail. 

Pang turut menjelaskan, dia berhenti kerja kerana enggan menimbulkan masalah buat majikannya berhubung isu pemakaian seksinya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments