Friday 26 May 2017

Media Sosial Jadi Kawan Wanita `Muka Gajah’


WANITA ini, Liu Ying, 48, hidup dalam kesunyian akibat ketumbuhan di mukanya hinggakan dia cuba membunuh diri selepas pembedahan yang dilaluinya gagal mengubati penyakit berkenaan.

Namun kini, Liu yang digelar `muka gajah’ mendapat sokongan daripada rakan-rakan menerusi live streaming.

Mereka juga memberikan bantuan kewangan kepadanya.

Menurut laman web Pear, Liu mula mengalami ketumbuhan itu sejak berusia sembilan tahun menyebabkan matanya menjadi kabur selain sukar menelan makanan dan bercakap.


Ketika berusia 24 tahun, dia telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor berkenaan namun gagal. Tumor itu juga semakin membesar dan ini menyebabkan Liu menyembunyikan diri daripada orang ramai/

Dia cuba membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan oleh doktor, Hanya pada tahun lepas Liu telah diperkenalkan dengan live streaming menerusi media sosial dan dari situ dia berjaya mendapat rakan yang boleh berkongsi mengenai kehidupannya.

“Orang ramai menderma duit kepada saya dan saya berharap untuk menjalani sekali lagi pembedahan bagi membuang tumor ini.

“Meskipun ada pembuli dalam internet namun saya cuba untuk bersangka baik dan jika pembedahan ini berjaya, saya mahu menggalakkan orang ramai yang mengalami masalah supaya berani,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments