Monday, 22 May 2017

ideo: 'Anjing Pun Pandai Bersenam Okay'


AMALAN gaya hidup sihat seperti melakukan aktiviti senamrobik berkumpulan ternyata semakin menjadi popular di kalangan masyarakat.

Senamrobik bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan malah ia memberi keseronokan serta kebebasan pergerakan mengikut alunan muzik sehingga mampu dilakukan dalam tempoh yang agak lama.

Bagaimanapun, menjadi tular satu rakaman video memaparkan seekor anjing jenis ‘golden retriever’ yang turut mahu ikut bersenam.

Lapor Huffington Post, anjing yang diberi nama Riptide itu kelihatan mengikut senaman gaya basikal ‘crunches whirl’ dengan gaya yang amat comel sekali.


Video pendek yang dimuat naik di laman Instagram Stanford Women’s Crew Team setakat ini telah ditonton lebih daripada 16,000 tontonan.

Rata-rata netizen memberikan komen betapa comelnya gaya yang ditiru anjing tersebut serta memujinya kerana turut sama bersenam.

“Haa apa lagi alasan orang yang malas bersenam? Sekarang ni anjing pun dah makin pandai,” kata seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments