Sunday 28 May 2017

Cikgu Tangkap Pelajar 9 Tahun Tengok Filem Lucah


SEORANG pelajar perempuan berusia sembilan tahun ‘ditangkap’ menonton filem lucah di sekolah oleh gurunya dan yang lebih mengejutkan cikgunya ialah sebab kenapa budak itu menonton filem itu pastinya memeranjatkan anda.

Menurut kanak-kanak tersebut, dia menonton filem lucah bagi mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam terhadap perbuatan bapanya yang melakukan perkara sama dalam filem lucah itu kepadanya pada hampir setiap malam.

Guru di Sekolah Rendah Elk di Texas, Amerika Syarikat itu kemudiannya menghubungi jabatan kebajikan kanak-kanak selepas mendapati pelajarnya melayari satu web lucah di iPad sekolah.

Ketika ditanya oleh guru, pelajar itu mengakui yang dia melihat filem lucah untuk mengetahui perbuatan apa yang sering dilakukan bapanya sehingga menyebabkannya tidak boleh tidur malam.

Menurut kanak-kanak malang itu lagi, perbuatan jijik bapanya itu berlangsung sejak dia berusia lapan tahun lagi.

Susulan penemuan guru tersebut, bapa mangsa, Anthony Garay, 31, telah ditahan di atas dakwaan merogol kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments