Friday 26 May 2017

Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah


DEK kerana sikap tamak manusia, seekor burung merpati menjadi mangsa apabila ‘ditahan’ kerana cuba menyeludup dadah di Kuwait, baru-baru ini.

Al Arabiya melaporkan, pegawai kastam Kuwait telah berjaya merampas 178 pil dadah yang cuba dibawa oleh burung merpati itu dalam sebuah beg kecil.

Pegawai di jabatan itu telah berjaya menjejak burung merpati yang datang dari Iraq dan menangkapnya di sebuah bangunan berdekatan dengan kastam.

Sumber berkata, inspektor di sempadan mula mengesan merpati itu bertenggek di atas sebuah kenderaan berat.


Ketika ditemui, ia kelihatan sukar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Apabila didekati, pegawai mendapati terdapat satu beg diikat yang dipenuhi dengan pil dipercayai dadah pada badan burung terbabit menggunakan tali.

Burung itu kemudiannya dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengenal pasti pemilik.

Merpati jenis Homing itu pada dulunya memang terkenal sebagai penghantar mesej dan boleh bergerak sejauh 160 kilometer. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments