Wednesday 31 May 2017

Bilik Aeon Terbakar, Asap Memenuhi Mid Valley


SUASANA di dalam pusat beli belah terkenal, Mid Valley, Bangsar menjadi huru-hara, semalam apabila tiba-tiba asap memenuhi ruang udara bangunan itu kira-kira jam 8.15 malam.

Bagaimanapun, persoalan kemunculan asap itu terjawab apabila loceng kecemasan berbunyi memberi tanda berlaku kebakaran.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku di sebuah bilik dalam pasar raya Aeon dalam pusat beli-belah itu di tingkat tiga.

Menurut Ketua Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, seramai sembilan anggota telah dikerah ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu 8.24 malam.


“Hasil pemeriksaan mendapati bunyi loceng kecemasan datang dari sebuah pasar raya di dalam pusat beli-belah itu dan terdapat bau asap.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebakaran berlaku di sebuah bilik di tingkat tiga pasar raya terbabit dan anggota berjaya memadamkan kebakaran itu.

“Siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan kebakaran,” katanya menerusi satu kenyataan.

Netizen turut bercerita mengenai insiden itu di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments