TATKALA para peminat bintang pop Ariana Grande di seluruh dunia mengirimkan tribute kepada penyanyi itu di atas insiden letupan yang berlaku semasa konsertnya di Manchester, UK, Selasa lalu, Kim Kardhasian juga tidak ketinggalan untuk ‘tumpang sekaki’.
Letupan tersebut mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan 119 orang termasuk kanak-kanak selepas seorang pengebom berani mati ISIS menjadikan konsert tersebut sebagai sasarannya.
Menggunakan platform Instagram sebagai saluran untuk menyampaikan sokongan moralnya terhadap Ariana, Kim mengirimkan sekeping gambar dengan kapsyen: “Saya berdoa untuk mereka di Manchester. (Insiden) Ini amat tidak masuk akal dan menyedihkan.
“Saya tidak dapat membayangkan ketakutan dan kesedihan yang dihadapi ibu bapa yang masih mencari anak-anak mereka.
“Konsert sepatutnya menjadi tempat untuk bersuka-ria dan berseronok. Ianya amat menakutkan untuk tidak berasa selamat di dunia ini. Saya amat bersimpati kepada @arianagrande. Saya sayang kamu.”
Sweet kan?
Masalahnya, gambar yang dikirim tu tidak berapa sesuai untuk masa dan keadaan sekarang kerana Kim memuat naik foto throwback bersama adiknya Kendall Jenner dan Ariana berparti sakan di kelab malam!
Tindakan Kim itu pantas dikecam oleh segelintir netizen yang jelas meluat dengan cara bintang realiti itu mengirimkan ucapan simpatinya, apatah lagi sebuah kes yang melibatkan kematian dan kecederaan ramai orang.
“@christinaspinall: Kalau sedih kenapa muat naik gambar kamu bersuka-ria?”
“@xlucii_reyesx: Kamu tidak ada satu gambar berdua pun dengan Ariana? Dalam gambar ini dia cuma dalam ruang yang sama sahaja dengan kamu.”
“@leslie_shea_mann: Jika kamu benar-benar dalam kesedihan, kan lebih elok jika kamu muat naik gambar Ariana sekeluarga atau simbol love saja?”
“lilybeanaikb: Mengapa kirimkan doa kepada Ariana saja? Adakah dia yang dipijak orang ramai? Adakah dia yang mati dalam letupan itu? Tidak. Kamu sepatutnya kirimkan gambar ini kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat, bukan gambar kamu tersenyum gembira.”
Kasihan juga jadi Kim Kardashian ni. Segala tindak-tanduk mengundang kritikan ramai, walaupun apa yang dimuat naik itu sebenarnya berniat baik cuma mungkin dia terlepas pandang sudut sensitiviti.
Sementara itu, mungkin tidak tahan dengan kritikan orang ramai, Kim telah pun memadamkan gambar tersebut daripada Instagram.
Dalam perkembangan lain, Ariana telah menghentikan konsert jelajah dunia Dangerous Woman Tournya buat sementara waktu bagi menghormati mangsa yang terkorban serta atas sebab-sebab keselamatan.
Pengebom bunuh diri yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, Salman Abedi telah meletupkan dirinya sendiri semasa konsert itu berlangsung di stadium Manchester Arena. ISIS telah mengesahkan penglibatan mereka dalam insiden terbabit.
Serangan itu dikatakan yang terburuk pernah berlaku di Britain sejak serangan 7/7 di London tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments